Tuesday, August 31, 2010

YM Sahabat: Selamat Berpuasa

Terkejut. Ramadhan tinggal 8-10 hari lagi, tiba2 ada kawan ym semata-mata nak ucap selamat berpuasa. Lucu. Dan sedikit rasa janggal ucapan SELAMAT BERPUASA itu diberikan di hujung Ramadhan. Tapi sekurang-kurangnya ucapan itu menyedarkan sy akan ketibaan LailatulQadar. Tiba LailatulQadar bermakna akan tibalah juga hari pemergian Ramadhan. Bagaimana Ramadhan kali ini? Berjayakah mendidik jiwa ini?


Pernah nampak rama-rama?

Bayangkan nilai seni dan kecantikan yang terdapat pada setiap rama-rama yang berterbangan. Macam-macam bentuk dan design pada kepaknya. Dan lebih indah jika rama-rama itu berterbangan di taman bunga.

Rasanya semua tahu sebelum ia menjadi beautiful butterfly, ia sebenarnya hanyalah catterpillar yang menggelikan. Gemuk, jalan lembab, pelahap dan "tidak sopan". Ia boleh menghancurkan tanaman hanya dengan memakan daun-daun tanaman tersebut. Akhirnya mereka digelar makhluk perosak tanaman. Manusia sangat membenci makhluk-makhluk ini hingga terpaksa mencari idea mencipta kaedah untuk menghapuskan catterpillars.

Dalam beberapa masa, tiba-tiba ia menjadi beautiful butterfly. Kepaknya yang berwarna-warni. Dan bermacam-macam design. Dan tingkahlaku beautiful butterfly sangat berbeza berbanding semasa menjadi ulat. Dalam cerita-cerita kartun, beautiful butterfly sering dikaitkan dengan watak baik yang cantik dan sopan. Manusia jatuh cinta dengan beautiful butterfly. Hingga mereka dan mencipta pelbagai hiasan berdasarkan beautiful butterfly.


Pelik bukan? Daripada haiwan yang dibenci bertukar menjadi haiwan yang disukai.

Tapi tau tak sebelum ia bertukar daripada seekor catterpillar kepada beautiful butterfly, ia melalui satu proses "berpuasa" dalam kepompong? Tak terfikir tak? Kalau haiwan pun perlu melalui proses "berpuasa" untuk bertukar daripada seekor haiwan yang gemuk, jalan lembab, pelahap dan tidak sopan kepada seekor haiwan yang sangat cantik, aktif dan sopan?



Membaca buku HIKMAH TERAPI PUASA, PUASA KERANA ALLAH menyedarkan sy betapa banyaknya hikmah-hikmah puasa. Puasa dapat mentransformkan kita daripada manusia yang kurang sihat kepada manusia yang sihat. Daripada manusia yang kurang sopan kepada yang sopan. Dan sy simpulkan, daripada manusia yang tidak disukai kepada manusia yang disukai.



hm....bagaimana pula dengan puasa kita kali ini? Cukupkah untuk melatih kita menjadi manusia yang "cantik"?

"Ya Allah, ramadhan akan pergi. Doaku agar istiqomah dalam mencari redho-Mu. Dan sampaikan aku ke Ramadhan berikutnya"



No comments:

Post a Comment