Tuesday, August 17, 2010

Daurah: Kudat-Pulau Banggi

Destinasi seterusnya adalah Pulau Banggi. Tapi kami terlambat, bot Jam 9 telah 'belayar'. Jadi utnuk mengisi masa, kami ke Simpang Mengayau, Kudat. Just jalan-jalan. Tak tau camana nak kaitkan tempat nih dengan gerak kerja dakwah. Kecuali melihat keindahan ciptaan Allah SWT.


Tempat ini, sekalipun sudah puluhan ribu orang bukan Sabah datang melawat, jujurnya ini kali pertama sy ke sini. Pernah sy diajak oleh beberapa akhowat untuk melawat tempat nih, tapi sy menolak dengan alasan sibuk. Pernah juga sahabat Medic dari UIAM ajak ke sini, sy setuju tapi entah macam mana tiba-tiba sy tidak dapat mengikuti rombongan mereka. Entah lah...mungkin kerana memang sikap sy yang tidak suka berjalan-jalan(sekadar melawat tanpa objektif) kecuali dibelanja....hehehe.

Antara perkara menarik yang berlaku di sini adalah, kekeliruan petunjuk simpang. Tak tau nak ikut kiri atau kanan. Agak lama kami di dalam kereta, ketawa & berbincang jalan mana yang perlu diikut. Akhirnya kami decide ikut petanda biru sebab papan tanda tuh lebih besar daripada papan tanda coklat...hahaha(^__________^). Yang sy pelik, teda ka orang Kudat/pelancong yang komplen benda nih?


Selesai makan tengahari di situ, kami bergegas ke bandar Kudat untuk menaiki feri jam 2.00 pm. Sempat jugak kami membeli makanan tapau untuk dimakan atas feri. Saya? Sudah semestinya nasi putih dan telur dadar dicampur sedikit kicap dan lada, makanan febret.

Kudat, sekali imbas tidak jauh beza dengan tempat sy, Pekan Tuaran. Cuma mungkin bezanya dari sudut penduduk. Sy lihat di sini 50-50 muslim-kristian. Kalau Tuaran jumlah penduduk muslim agak ramai. Tapi bila waktu solat, kalau kat surau Maktab Kent, hanya beberapa kerat sahaja yang datang .....huhu(T____T). Kalau nak tengok ramainya, tunggulah time raya. Eh, rasanya semua tempat pun lebih kurang jer macam kat Tuaran.....di mana tanggungjawab sy? huhu....


Alhamdulillah walaupun keadaan ombak agak kuat, kami tiba dengan selamat di Pulau Banggi lebih kurang jam 3-4 pm. Kami disambut oleh ust. Basal, seorang pendakwah yang sedang giat di pulau ini. Macam-macam perkara yang kami kongsi selain taaruf. Kami yang kepenatan terhibur dengan ust. Basal, seorang yang peramah dan suka buat lawak . Sleng bahasanya yang pandai bertukar-tukar, menambahkan lagi keceriaan kami petang itu.


Ada satu perkara tentang ustaz ini yang membuatkan sy kagum. Pertama, zaman mudanya. Kalau ikut cerita, dia dulunya seorang samseng. Pada masa yang sama dia suka mengembara. Jauh dia mengembara, dari pulau ke tanah besar terus ke semenanjung. Dan sudah pastilah orang yang menggembara dapat menimba pelbagai ilmu. dari sini, beliau mendapat kesedaran demi kesedaran(kesedaran agama). Setelah lama di perantauan, akhirnya dia kembali semula ke pulau ini, membangunkan madrasah, menyemarakkan dakwah di pulau ini...!!

Zaman muda inilah kita pakai untuk merantau, mencari ilmu yang mungkin tidak ada di tempat kita. Yup....mungkin agak terlambat untuk sy merantau. Yup...sy sedar kelambatan ini adalah berpunca dari kelambatan sy bergabung dengan jemaah, tapi insyaAllah sy akan terus mengembara di bumi ini(kalo dah kahwen laen cerita...hehe), bersama-sama membantu jemaah untuk menyebarluaskan Islam terutama di Sabah walaupun mungkin terpaksa bergerak tengah malam. Walaupun sahabat-sahabat sy(Geng KARAS) mula menjauh. Walaupun pernah parents sy mengatakan kerja2 yang sy lakukan ini hanyalah memenatkan. Iya...mengajak manusia ke arah kebaikan memang kerja yang memenatkan. Mencegah mereka dari kemungkaran juga kerja yang memenatkan.


Penat. Memang penat. Tapi inilah kepuasan yang sy cari. Sy pernah rasai bagaimana hidup seorang muslim yang jauh dari Islam. Berkali-kali sy cuba mencari formula untuk merawat hati sy. Macam2 ustaz dan ustazah sy tanya. Jawapan yang selalu diberi banyakkan solat, banyakkan zikir, banyakkan selawat dll. Sy cuba semua tuh. Tapi sy tetap rasa ada something yang kurang dalam diri sy. Hinggalah sy temui satu jawapan: mungkin sy kurang membantu Islam, sebab itu sy jauh dari Islam. Ya Allah, segala puji hanya bagi-Mu, yang sentiasa memberi petunjuk kepada hamba-Nya.


Kedua, zaman tuanya. Zaman tuanya diisi dengan memberi khidmat kepada masyarakat di situ. Ajar mengaji tanpa bayaran apa-apa. Subhanallah....tak terbayang sy balasan apa yang Allah sediakan untuknya. Bagaimana dengan kita nanti....?

Selesai solat jamak, kami dibawa oleh ust. Basal meninjau-ninjau beberapa kampung berdekatan menaiki pick-up. Pernah naik pick-up? Setahu sy, Pick-up hanya ada di Sabah. Kalau nak rasa, jom ke Sabah. Ini pun macam first time sy naik...hehe.


Tempat pertama yang kami lawat adalah kawasan FELCRA. Sempat jugak sy dan Miza naik basikal(teringat zaman sekolah rendah). Sahabat yang lain meneruskan objektif lawatan, mencari maklumat penduduk. Dan padawaktu maghrib, kami sempat melawat satu jeti. Pemandangannya sangat cantik.

Aktiviti waktu malam pulak, kami isi dengan sesi bersama anak murid ust. Basal. Tak sangka hebat jugak Afifie masa memberi tazkirah pada adik-adik. Macam yang dia sentuh. Syazwan pun sama. Hingga sy tak tersalin tazkirah yang mereka sampaikan. Firdaus Azinun?? Macam biasalah, pandangannya jauh melangit. Dengan ilmu sy yg sedikit, tak mampu sy kejar(^___^)

Opps....lupa nak gitau. Kami pulang ke tanah besar pada keesokan harinya dengan bermacam-macam perasaan. Sempat jugak sy mencatat no.hp ust. Basal, jadi kalau ada sesiapa yang nak ke Pulau Banggi, boleh kontek sy(*____*)












Boleh buat wallpaper

No comments:

Post a Comment