Destinasi seterusnya adalah Pulau Gaya. Sudah lama benar sy ingin menjejakkan kaki ke pulau ini. Alhamdulillah hari ini dapat sy jejakkan kaki ke pulau ini.
Sesi taklimat bersama makcik Norminah
Sesi taklimat bersama beberapa ustaz dan imam di Pulau Gaya
Melihat kanak-kanak di pulau ini yang asyik bermain mengingatkan sy tentang zaman kanak-kanak yang pernah sy lalui. Dari rambut yang kusut, wajah yang mengharap simpati, pakaian yang kusam hinggalah kaki yang tidak berselipar, tidak jauh beza dengan mereka. Cuma mungkin sy bersyukur punya ibubapa yang mementingkan pendidikan dan kemajuan. Susah macam mana sekalipun, mak dan bapa tetap pastikan kami ke sekolah. Sedikit demi sedikit membina kehidupan keluarga hinggalah kami berjaya seorang demi seorang.
Alangkah baiknya kalau sy dapat temuramah ibubapa di sini. Ingin sekali sy tahu apa perancangan untuk anak mereka pada masa akan datang. Alangkah gembiranya kalau sy dapat temuramah kanak-kanak di sini. Ingin sekali sy tahu apa cita-cita mereka.
Sy kagum mendengar kesungguhan Mak Cik Norminah dan beberapa orang pemimpin di situ untuk membangunkan masyarakat mereka terutama dari aspek pendidikan kanak-kanak. Sanggup memberi ilmu walaupun tanpa bayaran. Sekolah yang bersebelahan dengan masjid adakalanya terpaksa dikongsi terutama hari jumaat kerana masjid yang sedia ada tidak dapat menampung jemaah. Mereka juga terpaksa membeli air yang bersih dari Kota Kinabalu dengan harga RM5 setong. Bagi yang tak mampu akan menggunakan air dari perigi yang telah disediakan. Tertanya-tanya dalam hati sy, di mana tanggungjawab kerajaan saat ini? Sy paling geram kalau pemimpin hanya turun padang bila dekat dengan pilihanraya. Menabur segala macam janji. Bila menang, lupa pada janji. Akhirnya rakyat terpinggir dari kemajuan...!!
Akhir sekali, kami di bawa mengelilingi pulau tersebut. Pemandangan sepanjang berada di atas bot sangat indah. Lucu, bila
Sekolah 3M
Hasil tangan murid-murid Kg. Lok Urai
No comments:
Post a Comment