Saturday, December 19, 2009

GEMS TBR03

Assalamu'alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barokatuh


Siapa tak kenal logo di atas???




Lamanya.....

Assalamu'alaikum



MENULIS



Lamanya saya tidak menulis. Sudah hampir sebulan setengah. Bulan lepas, Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHAEINS) menelefon saya untuk memaklumkan penulisan saya akan di bukukan. Saya terkejut dan gembira.



Dari kecil, sy suka berkarya dan melukis. Subjek yang sy suka di sekolah pun bahasa Malaysia. Karya2 sy boleh ditemui di majalah2 tempatan(sy tak ingat majalah apa, memandangkan sudah cukup lama dan banyak).



Namun muhasabah diri menyebabkan sy sedar, tiada apa yang diperlu dibanggakan dengan penulisan tersebut andai tiada peningkatan dalam diri. Aduss....!!



Sejak sy mula mengikuti kursus Graduate Employability Management Scheme (GEMS), sy mula jauh dari usrah, riadhah, qiamullail dan program keagamaan lain. Ibadat pun dah mula mengurang. Dulu sy berusaha bersungguh-sungguh melaksanakan ibadat2 sunat. Tapi selepas join GEMS nih, sy mula jauh...jauh dan terus jauh. Perangai sy pun sudah mula kembali macam zaman jahiliah dulu. Mudah judge people, sombong, ego.....aduih....!!!



Suatu hari sy terbaca penulisan sahabat saya(klik sini) mengenai menulis. Akhirnya sy sedar, rupanya kekuatan untuk menulis bahan2 dakwah bukan sahaja perlukan bakat tapi sejauh mana kita dekat dengan Allah. Sejauh mana kita menjaga ibadat terhadap Allah....aduss...!!!



USRAH dan NAQIBAH



Dulu sy benci dengan usrah. Sy anti dengan naqibah2 yang ada di kampus. Tapi di tahun akhir, sy sedar bahawa sy perlukan USRAH dan NAQIBAH. Tahukah kamu apa itu USRAh?? NAQIBAH?? Klik sini untuk mengetahuinya.



Usrah menjadikan sy lebih baik dari Siti Maryam yang dulu. Naqibah yang sentiasa memberi nasihat, teguran dan motivasi menyebabkan sy semakin sedar kepentingan Usrah dan Naqibah.



Sudah hampir 3-4 bulan sy tidak mengikuti usrah. Ada banyak sebab duniawi yang dapat sy catatkan. First, sy mengikuti kursus GEMS di Tuaran Beach Resort, resort yang sangat jauh dari bandar dan sangat kurang transport awam ke situ. Second, sy sangat sibuk dengan urusan2 GEMS TBR03. Third, sy tidak mempunyai transport sendiri.Forth.......



Selesai GEMS TBR03 semalam, sy bergegas ke UMS, bilik seorang sahabat. Sy berkesempatan mengikuti TASMI', salah satu program mingguan untuk adik2 junior perubatan. Selesai TASMI', mereka mengadakan sedikit USRAH. Dan yang paling best, ONE MINUTE TAZKIRAH SESSION. Sy rindu saat2 ini. Berada dalam majlis2 agama memberi semangat kepada sy untuk terus berubah...dan terus meninggalkan segala jahiliah yang masih bersarang dalam hati.



Segala puji bagi Allah, yang masih memilih sy untuk terus berada di jalan-jalan yang di lalui oleh hamba-hamba-Nya yang soleh. Semoga Allah terus memilih sy setelah 3-4 bulan sy tidak berada dalam USRAH.



ILMU dan AMAL



Saya tertarik dengan gambar di atas. Sangat mendalam maksudnya, jika dihayati.....