Pada jumaat-ahad lepas, sy seperti biasa terlibat lagik dengan program sekolah bersama sahabat-sahabat PSS yang lain, Nadhir, Arif, Fadlan, Nik Syuhada’ dll. Macam tiap-tiap minggu ada program, hujung minggu jak mesti sy tiada di rumah. Hari biasa jangan cakap la. Orang nak ‘datang’ rumah pun terpaksa tangguh. Tangguh dari satu bulan ke satu bulan. Hinggalah sekarang Ramadhan. Sedar tak sedar dah nak akhir tahun. Tak tau bila ada masa terluang untuk bincang dengan family. Benda2 macam nih kena bincang time semua orang tenang supaya tak terkejut, tak boleh kelam kabut. Tapi masalah sekarang adalah MASA. Masa yang terus berlalu sedangkan umur semakin meningkat. Eh, bila aku nak kahwen nih? (apa aku cakap nih....sapa nak datang rumah??(T__T)
Sekolah nih agak jauh jugak dari KK. Letaknya di kawasan Penampang. Sy sesat masa nak ke sana. Call 2-3 orang kawan untuk minta direction yang betul. Terpaksa 2-3 kali pusing....huhu. inilah balasannya kalau tidak memberi perhatian bila orang bercakap(saudara Afifie ada menunjukkan jalan ke sekolah tersebut semasa kami nak ke rumahnya di Putatan minggu lepas...huhu).
So, jika nak ke sana, pertama sekali pegi ke Surau Austral, then jalan lurus terus. Jumpa traffic light pun kena jalan terus jugak. Hinggalah jumpa bulatan tengkolok yang besar. Jauh traffic light dengan bulatan tengkolok tuh dalam 10-15 KM. Kiranya memang jauh la. Buat U-turn kat bulatan tuh then jalan lurus hinggalah jumpa simpang servay. Jalan lurus. Haa...sekolah tuh ada kat situ.
Dari luar lagi, sekolah nih kelihatan cantik, bersih dan kemas. Bunga-bunga yang disusun rapi menambahkan indah di pandangan. Ditambah lagi dengan hiasan kata-kata hikmah dan bahan ilmiah yang digantung tersusun sepanjang perjalanan ke surau benar-benar menceriakan suasana sekolah ini. Satu persatu cuba sy hadam makna tersirat kata-kata hikmah yang sempat sy baca. Eh, semuanya ada kaitan dengankehidupan manusia, potensi untuk merubah diri, potensi untuk Berjaya. Kalau kat sekolah agama, pastilah segala ayat al-quran dan hadis jadi perhiasan. Wah, sy seakan berjalan di taman syurga ilmu...!!
Yup...zaman sekarang perlu kreatif dalam menyampaikan ilmu. Tidak semestinya datang kelas bagi lecture jak. Tapi kaedah menampal2 bahan ilmu di sepanjang laluan pelajar juga satu idea menarik. Sy yakin kalau melalui jalan yang sama setiap hari, pasti akan mata tidak terlepas dari melihat dan membaca setiap kata-kata hikmah tersebut. Pada akhirnya, kita akan ingat. Ini pun satu cara supaya pelajar mudah mengingat pelajaran. Dan bayangkan orang yang sepanjang jalannya penuh dengan ilmu-ilmu baru, sy yakin ada keberkatan dalam setiap langkahnya.
Sampai di surau, rupanya faci lain belum sampai.Kekok. Kekok rasanya bertemu dengan adik-adik di sekolah ini buat kali pertama yang terdiri daripada adik2 tingkatan 1-2. Dan lebih kekok lagi bila mereka bertanya satu persatu kakak-kakak faci lain. Huhu....sapa la sy jika dibandingkan faci lain?
Dengan jadual program yang tidak pasti, sy hanya menurut jadual adik-adik ini. Buka puasa, solat maghrib, makan malam then solat isyak dan terawih. Alhamdulillah faci-faci yang lain dah datang. Jadi, program malam tuh diisi oleh saudara Reny Fezri dan adik Hafiz, sebagai penterjemah bahasa isyarat. Penterjemah bahasa isyarat?

Kalau nak tau, pelajar sekolah nih bukan seperti pelajar sekolah harian biasa. Di sini, atlit-atlit sukan sekolah dikumpulkan. Dan yang paling menarik, pelajar bermasalah pendengaran jugak diletakkan di sini. Beruntunglah adik-adik seperti adik Hafiz, sebab mereka datang sini bukan sahaja sebagai pelajar atau atlit tapi apa yang lebih dari itu mereka belajar menggunakan bahasa isyarat. Sy dapat menjangkakan, jika adik-adik seperti adik Hafiz ini di”train”, insyaAllah tidak mustahil suatu hari nanti dia jadi pendakwah kepada golongan bermasalah pendengaran. Sekurang-kurangnya bila time mengundi, golongan ini mengundi parti yang betul...hehe.
Program berjalan tidak jauh beza dengan program-program yang pernah kami adakan di sekolah lain. Cuma pengisian untuk hari terakhir agak berbeza. Adik-adik dihidangkan dengan ceramah perbandingan agama. Kesilapan-kesilapan yang terdapat pada bible. Mungkin sengaja akhi Nadhir mengadakan sesi seperti ini, masalah kristianisasi. Jadi sudah pastilah pengisiannya perlu diubahsuai sesuai dengan keadaan pelajar di situ.
Paling tidak berdisiplin? Yup...rasanya inilah kali pertama sy rasakan faci muslimatnya paling tidak berdisiplin. Time riadhoh, dapat sms dari akhi nadir&nasir baru bergerak ke surau. Time ceramah pengisian, kena panggil oleh adik Rosie baru bergerak ke Surau. Time qiam? Segannya nak cakap. Mujur ada yang datang mengejutkan....Kami manja dan kurang berdisiplin. Mungkin itulah yang dapat sy katakana tentang kami sepanjang program tersebut. Yup...mungkin kerana adanya adik-adik tingkatan 5 yang boleh diharap untuk menguruskan peserta menyebabkan kami jadi “manja”. Dengan kata lain kurang berdisiplin. Atau inilah tanda-tanda orang yang tak layak lagi berjuang(aku ler tuh).

Sepanjang program hati sy berkali-kali tersentuh melihat adik-adik bermasalah pendengaran. Kalau ada adik Hafiz, ada jugak lah tukang translet ke bahasa isyarat. Tapi bila takda?? Huhu....Bayangkan malam penghayatan, suasana gelap. Tidak ada translator utk dorang kerana jika adapun, tetap tidak membantu. Sy tidak dapat bayangkan bagaimana diri sy andai jadi seperti mereka. Kita hanya melihat orang bercakap, teriak, berjalan dsbgnya. Tapi tidak kedengaran bunyi langsung. Kita hanya mampu melihat slide tayangan tapi tidak mendengar langsung suara penceramah mahupun music latar setiap video.
Ada insan lain yang hidupnya lebih susah dari sy. Ada insan lain yang kurang upaya berbanding sy. Ada insan lain yang lebih perlu dikasihani. Susah sangatkah untuk sy mensyukuri kehidupan yang telah sy lalui? Aduhai maryam..........!!
Biasanya, kalau malam penghayatan, hati sy lah yang paling keras untuk menangis. Hati sy lah yang paling keras untuk menghadam segala pengisian dalam malam penghayatan itu. Hati sy buta melihat model kuburan yang sy reka sendiri. Hati sy tuli mendengar zikir-zikir yang dibaca oleh akhi Amin. Hati sy sedikitpun tidak tersentuh mendengar “pukulan-pukulan” alam kubur. Tapi pada malam itu, buat kali pertama, sy menangis semahu-mahunya. Hati saya benar-benar sayu melihat adik2 tersebut. Di tambah lagi dengan alunan istighfar dan zikir oleh akhi Amin menderaskan lagi air mata sy.
Ada insan lain yang hidupnya lebih susah dari sy. Ada insan lain yang kurang upaya berbanding sy. Ada insan lain yang lebih perlu dikasihani. Susah sangatkah untuk sy mensyukuri kehidupan yang telah sy lalui? Aduhai maryam..........!!
No comments:
Post a Comment