Thursday, August 26, 2010

Warnaku

Alhamdulillah...akhirnya selesai juga kami mengadakan majlis makan malam amal. Walaupun ajk sedikit. Walaupun ada yang memilih untuk tidak menyertai kami. Walaupun ada yang mempersoalkan majlis makan tersebut. Dan yang paling penting walaupun adakalanya di antara kami terdapat perselisihan faham dalam gerak kerja. Alhamdulillah segalanya selesai.

Banyak perkara sy belajar dari program ini. Paling penting tentang diri sy sendiri. Yup...Berdepan dengan pelbagai karenah AJK secara tidak langsung membantu sy mengenali diri sendiri. Walaupun adakalanya rasa "sakit" bertemu mereka tapi banyaknya sy rasa beruntung kerana dari program ini sy belajar mengenali diri sendiri.

Ada banyak cara nak mengenali personaliti diri. Mungkin boleh lihat dari sudut warna kegemaran, tulisan, tandatangan, bulan kelahiran, hari kelahiran, tahun kelahiran, cara berjalan dsbg(Boleh cari kat web ni).

Sy selalu kaitkan personaliti diri sy dengan warna. Sy seorang yang berwarna hijau. Orang yang berwarna hijau ini secara umumnya baik (^_____^).

WEB 1: Warna ini melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan kekerasan hati. Mempunyai keperibadian yang keras dan berkuasa. Warna ini mempunyai sifat meningkatkan rasa bangga, perasaan lebih superior dari yang lain. Orang yang menyukai warna ini umumnya senang dipuji, senang menasihati orang lain

WEb 2: Warna Hijau adalah satu warna yang melambangkan sensitif dan cita-cita yang tinggi. Ia mempengaruhi tumbesaran, simpati dan ketenangan. Ia berkaitan dengan individu yang boleh dipercayai, berdikari dan minda yang terbuka. Warna hijau muda menunjukkan kebolehan penyembuhan. Ia adalah warna kekuatan dan persahabatan.Makin gela warna hijau mempengaruhi kepada kegopohan, cemburu dan ketidakpercayaan.

Sy selalu bermujahadah membuang sikap negatif sy. Yup.... selalunya sy paling mudah bertoleransi dengan orang lain. Sy juga paling suka ditegur. Terutama sekali kesilapan yang tidak sy sedari. Sy lebih mudah sayang dengan sahabat yg menegur apa sahaja kesilapan sy. Kerana bukan semudah itu untuk bertemu sahabat2 yang alert dengan kita. Bila ditegur, rasa diri diberi perhatian.

Tapi adakalanya sy jadi seorang yang paling susah untuk dibentuk. Lebih-lebih bila arahan yang diberi membuatkan sy rasa terkongkong dan tertekan. Sy sukakan masalah tapi sy tidak suka tertekan. Bila rasa tertekan, sy mudah “memberontak”. Biasanya bila sy tahu sy sudah mula rasa "panas", sy akan senyap atau keluar meninggalkan manusia2 yang membuat sy geram.

Entah kenapa untuk program kali ini, sy rasakan terlalu banyak sikap negatif sy yg selama ini cuba sy mujahadah untuk buang, kembali lagi. Setiap kali pulang dari pejabat, berkali-kali sy pesan dengan diri sy, Allah nak uji sy. Allah nak uji sy. Allah nak uji mujahadah yg sedang sy lakukan.

Banyaknya perkara-perkara yang membuat sy geram sepanjang program ini terutama sekali sikap seorang sahabat XXX. Sy tahu sebagai MT dia berhak member arahan, tetapi sy tidak suka diperkecilkan apatah lagi diberi tekanan. Sy tidak suka arahan-arahan yang kasar. Hingga terasa berat untuk melaksanakan amanah-amanah sebagai AJK. Yang akhirnya sahabat-sahabat lain terpaksa dikerah melaksanakan tugasan yang sepatutnya sy selesaikan. Adakalanya sy rasakan sy masih lagi mementingkan diri sendiri. Bayangkan, semata-mata mahu menjaga hati sy, hati sahabat2lain jadi korban. Ya Allah, kenapa susah benar diri ini berjuang dengan nafsu mementingkan diri sendiri?

Suatu pagi, hati sy tiba-tiba tersentak saat membaca tafsir Surah Al-Hajj, ayat 78. Terasa benar diri ini sedang menerima teguran Ilahi. Terasa benar diri ini sedang diperhatikan Allah Yang Maha Melihat.

“Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamanya) dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan sudah payah dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: "Orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dialah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dialah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan”
Allah tidak memilih sy untuk pergi berperang, berjihad. Tapi Dia cuma memilih sy untuk membuat kerja yang paling mudah, laksanakan program Islam. Tapi itupun tak mampu sy lakukan...muhasabah untuk diri sendiri

No comments:

Post a Comment