Ini kali pertama sy ke Kampung Sri Pandan, Putatan. Jalan kampung nih agak kecil, sama macam jalan ke rumah sy. Kami akan bertemu Ust. Hanzalah di sana. Sy di fahamkan ust. Hanzalah sedang member ceramah di sana. Subhanallah....kagum sy pada bekas guru mengaji sy ini, hidupnya diisi dengan dakwah dan tarbiah. Siang mengajar, malam berdakwah.Mungkin berkat jiwa dakwah yang telah semai sejak kecil oleh orang tuanya. Subhanallah.....Ya Allah, berikan aku jiwa pendakwah.
Sementara menunggu ust.Hanzalah siap mengimamkan solat isyak di Surau Al-Firdaus, Kg. Sri Pandan, sempat kami bercerita dengan golongan makcik-makcik mengenai keadaan orang Islam di kampung tersebut.
Kagum sy pada usaha mereka menghidupkan surau di situ. Pelbagai aktiviti dirancang, sama ada aktiviti harian mahupun hujung minggu. Lihat sajalah pada malam itu, surau penuh dengan masyarakat kampong tersebut. Anak-anak kecil turut sama solat berjemaah. Bagi yang masih tidak memahami konsep solat, pastilah bermain, berlari-lari, naik turun surau menjadi aktiviti mereka. Tapi takpa, bukankah melentur buluh biarlah dari rebungnya?? Biasakan bawa anak-anak kecil ke masjid. InsyaAllah bila dah dewasa , masjid diimarahkan.
Selesai solat isyak, jemaah dihidangkan dengan sedikit makanan ringkas. Kami pula sempat membuat ‘usrah singkat’(halaqah) bersama beberapa adik-adik perempuan. Ada yang menarik tentang mereka. Walaupun tinggal di kampong yang agak jauh dari dunia usrah/halaqah tapi bila sy meminta setiap seorang member tazkirah ringkas selama 1 minit, tak sangka ada di kalangan mereka yang bercakap seolah-olah sudah lama berada dalam dunia tarbiah. Berkongsi cerita zaman sahabat dan beberapa keeping hadis, yang sy kira sy sendiri sudah lupa. Subhanallah, bila Allah mahu member petunjuk kepada hamba-Nya, di manapun mereka berada, mereka tetap akan dapat hidayah....!!
Perbincangan dengan ust.Hanzalah banyak berkisar mengenai kajian sahabat2 dari Rusia. Kajian tentang kepentingan umat Islam mengembalikan penggunaan mata wang emas (dinar emas). Yup....sy kurang jelas apa yang disampaikan oleh Saudara Syazwan(kurang ilmu&kurang pengkajian...huhu). Tapi secara logiknya, memang kita kena tipu dengan penggunaan wang kertas. Emas harganya tidak akan turun bahkan terus naik. Beza dengan wang kertas. Dulu zaman sekolah rendah(kalau ada sapa yang masih ingat), pegi sekolah cukup dengan membawa 20 sen. Kawan-kawan yang bawa RM1 akan dianggap anak orang kaya. Tapi sekarang, apa yang boleh dibeli dengan 20 sen tuh? Maknanya nilai wang yang dipakai sekarang ini semakin susut. Faham?? Kalau tak faham sy bagi satu lagi analogy yang sy dapat dari Pulau Banggi.
Emas kalau dibuang ke laut, ada orang yang akan sanggup terjun untuk mendapatkannya. Emas kalau dicincang2 halus, akan ada orang sanggup kumpulkannya semula. Emas kalau dibakar, aka nada orang sanggup melecur tangan untuk mendapatkannya. Kerana apa? Kerana emas sangat bernilaidan nilainya tak akan susut. Tapi duit kertas?? Rasanya semua orang boleh fikir.
Saya puji usaha kerajaan Kelantan untuk memartabatkan penggunaan emas dirham. Semoga usaha ini Berjaya. InsyaAllah....!!
Boleh buka link ini: Kelantan Mahu Menjadi Negeri Pertama Pelopori Penggunaan Mata Wang Syariah
No comments:
Post a Comment