Sunday, August 1, 2010

bila kawan tanya pasal kereta...

Tiba-tiba rasa malas pulak hari ini. Asyik nak tidur jak. Eh...mungkin sebab lepas subuh tadi, sy paksa diri untuk tidur lagik. Akhirnya otak jadi lembab... Bersemangat maryam..!! Perjalanan hari ini masih jauh. Kerja-kerja MIPHC masih banyak yang perlu dibuat...Teruskan bersemangat...!!

Bangun jam 4 pagi tadi, sempat sy chatting dengan kenalan lama, Sahabat K, berbincang tentang program hujung minggu nanti. Minggu nih, kena setup program dengan adik2 pelajar perubatan Rusia. Program kat SMAKK dan SEMAI. Then InsyaAllah kena setup juga pertemuan PSS dan adik2 Rusia tuh untuk perkongsian da'e.huhu...setiap minggu ada program, sy tak tau bila la sy ada masa untuk famili. Tapi kalau hujung minggu tanpa program, rasanya masa yang ada lebih banyak sy gunakan untuk benda lain yang tiada manfaat...!! Terima kasih ya Allah,kerana selalu memilih sy mengikuti program Islam.

Terasa sedih hati sy bila Sahabat K bertanyakan tentang apakah sy mempunyai kereta atau tidak. Pertanyaan itu, hanya akan membuat sy sayu. Entah masuk bulan ke berapa sy uruskan pembelian kereta, tapi masih belum mendapat kelulusan bank.

Sy perlukan kereta untuk memudahkan gerak kerja sy. Tapi sy harus yakin ada sesuatu yang Allah nak ajar sy. Iya...mungkin sy masih belum layak mendapat kereta. Al-'Adiyaat yang ada sekarang nih pun masih belum cukup sy train untuk menjadi seperti Al-'Adiyaat sahabat-sahabat zaman Rasulullah SAW. Al-'Adiyaat sahabat-sahabat dulu hanyalah kuda-kuda biasa, yang manja. Tetapi bila di train, akhirnya menjadi kuda-kuda yang hebat terutama di medan perang. Al'Adiyaat perlu mempunyai sifat2 sebagaimana seorang daie.


1. Adiyat berlari kencang & pantas :daie perlu pantas, cepat (jgn buang masa .. infiru !!)

2. Adiyat ganas memercikkan bunga kaki api dari hentakan kaki : sungguh-sungguh, hamasah biar tinggi, thumuhat memuncak !

3. Adiyat menyerang tiba-tiba di waktu pagi : daie perlu start kerja di awal pagi, subuh di awal waktu, takleh malas-malas berselubung dalam duvet & berstrategy (buat keje jangan menonong je)

4. Adiyat meyerbu ke tengah-tengah kumpulan musuh : daie perlu berani, penuh tekad dan tidak segan silu menyebarkan risalah ini


Bagaimana mungkin sy mempunyai Al-'Adiyaat sehebat Al-'Adiyaat zaman sahabat andai sy sendiri masih belum memiliki sifat seorang daie? Kerana itu, sy harus akur kenapa hingga kini kereta yang dah ditempah masih lagi ada di Perodua. Untuk memiliki kereta yang hebat, sy perlulah terlebih dahulu menjadi trainer Al-'Adiyaat. Sy perlu memastikan Al-'Adiyaat yang ada sekarang sentiasa bersedia ke medan dakwah, pantas bergerak. Sy juga perlu memastikan Al-'Adiyaat yang ada sentiasa sihat dan cergas. Barulah sy layak memiliki Al-'Adiyaat yang lebih besar. Tapi untuk menjadikan semua itu, sy sendiri perlulah berubah..

No comments:

Post a Comment