Pernah tengok lori pengangkut sampah? Tadi seawal jam 5.30 am, sy menghantar kawan ke airport. Kereta kami berselisih dengan lori pengangkut sampah. Kagum sy dengan pekerja pembersihan, di awal pagi lagi mereka telah keluar bekerja walaupun jujurnya hati sy merasa jijik dengan lori pengangkut sampah. Mungkin mahu mengelakkan bau yang boleh menganggu masyarakat sebab tu, mereka keluar di awal subuh. Ya lah...awal pagi ndak ramai orang yang berkeliaran di kawasan perumahan. Jalan raya pun lengang, tak banyak kenderaan.
Sampah dipungut dari satu perumahan ke satu perumahan. Dari satu kawasan ke satu kawasan. Dan rasanya bukan satu/dua lori yang diperlukan untuk membersihkan kawasan bandar nih, pastilah pihak perbandaran mengarahkan sekurang2nya 10 lori setiap pagi. Dan setiap lori, akan ada seorang pemandu dan sekurang-kurangnya 3 pembantu. Dan biasanya mereka memakai pakaian warna seragam.
Pulang dari airport, sy duduk di meja belajar, memandang dinding yang penuh dengan tampalan nota-nota tazkirah. Satu persatu sy baca semula. Ada yang sudah setahun lebih tertampal di situ.
“Ya Allah,
setiap kali aku memandang dosaku, mahu sahaja aku mati.
Agar aku berhenti melakukan dosa.
Tapi setiap kali aku memandang rahmat-Mu,
mahu sahaja aku hidup lebih lama.
Kerna kutahu,pengampunan-Mu lebih besar dari dosaku”
Tiba-tiba hati sy teringat2 lori pengangkut sampah tadi. Sy cuba memikirkan dan menncari-cari tafsiran makna dari lori itu.Eh, kenapa perlu rasa jijik memandang lori itu? Tanpa disedari air mata sy menitis. Terasa benar diri ini begitu jauh dari Allah. Terasa benar diri ini begitu busuk dengan dosa......
Pernah berselisih dengan lori tersebut?
Pasti ada satu perkara yang anda akan buat bila berselisih dengan lori ini, tutup hidung, bukan? Kenapa? BAU. Bau yang dibebaskan oleh lori2 tersebut memang menyengat hidung. Kalau yang berselisih tuh adalah pejalan kaki/penunggang motor dan basikal, alamatnya berbau sampah satu badan...!!
Ada lagi, ASAP. Asap yang dibebaskan oleh lori2 ini juga satu pencemaran. Kalau bau yang dibebaskan, mungkin boleh dimaafkan kerana ia memang lori pengangkut sampah. Tapi asap lori? Itukan satu pencemaran jugak? Kenapa pihak perbandaran tidak servis lori2 mereka? Bukankah dengan menyervis, akan mengurangkan pengeluaran asap. Ataupun guna minyak pelincir yang berkualiti sikit.
Lucu bukan? Sebuah kenderaan yang ditugaskan untuk mengurangkan pencemaran sampah, tetapi pada masa yang sama, sama ada sedar atau tidak, kenderaan ini juga meningkatkan pencemaran bau dan udara.
Abis tuh,apa yang buat maryam menangis??
Hm....(^____^). Yang sy bayangkan ada dua perkara.
Satu, kalau lah sy dianalogikan seperti lori sampah tuh. Kedua, majlis perbandaraan tuh dianalogikan seperti sebuah jamaah Islamiyyah.
Analogi Pertama: Lori Sampah
Ditugaskan untuk membersihkan segala kekotoran jahiliyyah yang ada dalam masyarakat sekarang. Bersungguh-sungguh sy laksanakan tugas ini. Awal subuh lagi, sudah keluar rumah. Buat kerja dakwah. Tak kesah, walau ada yang menghalang. Hebat bukan?
"Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan
yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam),
dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik,
serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji).
Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya".
(Surah Ali Imran:104)
Bau Busuk
Tapi sama ada sedar atau tidak, rupanya dalam mebuat kebaikan, sy lupa masih ada lagi dosa-dosa besar yang belum terhapus lantaran kesibukan mengerjakan kebajikan. Membaca buku Tuntutan Bertaubat Kepada Allah SWT karangan Dr.Yusuf Al-Qaradhawi begitu melemaskan sy. Yup...Dosa kecil boleh dihapuskan dengan banyak melakukan kebajikan tetapi untuk dosa besar, perlulah bertaubat.
“Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk” (Surah Al-Hud:114)
Lucunya, kita bantu orang lain mengurangkan dosa, tapi pada masa yang sama, kita bawa dosa2 silam... Bayangkan, kalau dosa itu boleh diukur dengan bau busuk. Macam lori tadi, semakin banyak sampah, lori semakin berbau busuk. Semakin banyak dosa, badan semakin berbau busuk.
“Ya Allah, moga kebaikan yang kulakukan, tidak melalaikan aku dari mengingati dosa yang telah kulakukan”
Asap Lori
Itu baru bercerita tentang dosa diri dan bau busuk. Bayangkan pulak kalau asap lori itu adalah tindaktanduk kita sepanjang berada dalam gerak kerja dakwah. Huhu...sedih bukan?. Kita bantu orang lain untuk memperbaiki diri tapi kadang-kadang ada tindaktanduk kita yang hanya mendatangkan fitnah kepada gerak kerja dakwah. Astaqfirullah Al’Aziim. Hebat betul syaitan dan konco2nya menyerang kita. Hingga kita tidak sedar telah sesat berjalan di jalan yang salah. (Tonton video ini, sebagai renungan bersama)
Syukur Alhamdulillah, Allah yang selalu menjagaku. Meletakkan aku bersama-sama sahabat2 yang baik sekalipun adakalanya tidakku syukuri ni'mat ini....huhu
Analogi Kedua: Majlis Perbandaran
Apa tanggungjawab majlis perbandaran jika terdapat lori-lori pemungut sampah yang hanya menambahkan pencemaran? Hantar pi workshop,kan? Servis. Baiki part-part yang dah rosak. Guna minyak pelincir yang berkualiti dsbg.
Bagaimana pula dengan jamaah? Sy kagum kesungguhan para pendakwah mengembangkan jamaah masing2. Sy juga kagum melihat kesungguhan para pendakwah menambahkan ahli jamaah. Tapi sy pelik, kalau tidak ada penyusunan usrah untuk setiap ahli. Bukankah di dalam usrah para ahli akan diingatkan semula tentang fikrah dan hala tuju jamaah? Bukankah melalui usrah dapat membentuk gerak kerja dakwah yang cemerlang?
Mungkin ada yang berkata, ilmu boleh dicari dengan banyak membaca buku. Ilmu juga boleh dicari dengan banyak mendengar ceramah di TV atau media lain. Jangan harap hanya pada usrah. Tapi boleh terjaminkah ahli jamaah hanya menggunakan buku-buku yang sahih? Mungkin saja, terbaca buku penulisan orientalis barat. Mungkin saja terbaca artikel pendakyah kristian. Lalu, soalan sy, bukankah ia akan mengugat fikrahnya? Bukankah pada akhirnya, hanya akan mengundang fitnah pada perjuangan?
Teringat sy pada seorang penceramah yang sy temui ketika muktamar di Tawau. Berkali-kali beliau menjelaskan kepentingan usrah dalam gerak kerja Islam. Alangkah bagusnya kalau dapat dilaksanakan di sini.....
Tonggak kepada gerakan Islam ialah usrah. Tanpa usrah maka gerakan akan menjadi jumud dan tidak melahirkan generasi pelapis. Tanpa usrah yang betul maka tidak akan mencapai matlamat yang perlu ada pada mana-mana gerakan. Segala keputusan akan dapat dilaksanakan dengan baik apabila konsep usrah dipraktikkan dalam gerak kerja berjemaah.Usrah juga bukan majlis ilmu semata-mata, tetapi majlis untuk meningkatkan komitmen dalam Islam dan usaha memperjuangkannya. Usrah juga merupakan majlis untuk membincangkan masalah organisasi dalam jemaah. Kesilapan memahami fungsi usrah menyebabkan perjalanannya lesu dan tidak bermaya. Ia juga tidak akan memberi apa-apa kesan pada peribadi dan juga pergerakan jemaah.
(Copy and Paste dari web ini)