Wednesday, November 24, 2010

Modul yang menyentuh hati.....!!!

6.58 pm
Aku baru balik dari meeting malam muhasabah dengan beberapa orang sahabat IKRAM. Ini kali pertama mereka meminta bantuan aku. Malam muhasabah ini insyaAllah akan dilaksanakan esok malam di masjid. Walaupun aku sudah biasa mengendalikan malam muhasabah bersama sahabat-sahabat PSS sebelum ini, tapi kali ini aku rasa berdebar-debar. Dan rasa ingin menangis....Terima kasih Allah, segala puji hanya bagi-Mu yang memilih aku untuk mendapat ilmu baru dari meeting ini....!!

Kalau ikut yang ada dalam kepala aku, sudah pastilah aku akan copy & paste daripada modul2 muhasabah yang lepas. Modul yang biasa dibuat bersama saudara Amin dan Nadhir, Modul tentang ibubapa ataupun modul tentang cinta Allah, cinta Rasul, tanggungjawab kemudian tentang kematian.

Tapi rupanya mereka sudah prepare modul yang berbeza. Modul ini sesuai untuk mad'u atau da'ie yang baru terlibat dalam kerja dakwah. Modul ini juga boleh diubahsuai untuk disampaikan kepada da'ie-da'ie yang dah lama terlibat dalam kerja dakwah. Tapi kalau nak buat untuk orang yang tak pernah didedahkan dengan dakwah pun boleh.

Dan aku sendiri tidak pernah merasai modul seperti ini. Dengar sahaja penjelasan dari Ukhti Ana mengenai modul tersebut pun, sudah cukup untuk membuatkan aku dan sahabat2 hampir menangis. Yang pasti hingga kini pun hati aku masih berdebar-debar. Masih terngiang-ngiang nasihat seorang ukhti meminta aku solat Taubat banyak2 sebelum malam muhasabah esok kerana tugasan aku adalah gambaran adakah malam esok berjaya atau tidak. Dan pastilah aku perlu persiapkan hati sebelum melaksanakan tugasan tersebut. Ya Allah, mampukah dan layakkah aku mengambil tugasan ini??

10.18 pm
Luruh hati aku selesai solat Isyak tadi. Terasa benar aku tidak layak memikul beban ini. Jika dalam PSS, aku tidak perlu risau tugasan2 seperti ini kerana pastinya ada sahaja sahabat PSS yang lebih layak memikul beban seperti ini. Jujur, kalau diikutkan hati, memang aku hanya ingin jadi penonton, ataupun mungkin jadi peserta. Tapi bila memikirkan membantu sahabat IKRAM bermakna membantu Islam, aku gagahkan hati. Walaupun hakikatnya aku tak mampu. Ya Allah, aku tak mampu menghadapi malam muhasabah esok!! Berikan aku kekuatan hati.....

Modul Muhasabah Diri
1. Aku akan memulakan sesi dengan rasa syukur dan ajak peserta berzikir ramai2. Selesai berzikir, aku kena ajak mereka memikirkan tentang cinta Allah dan Rasul (bab ini la yang aku tak mampu sampaikan.....layakkah aku bercerita dihadapan adik2 sedangkan aku sendiri, masih penuh dengan cinta dunia? huhuhu.....)

2. Peserta diminta untuk duduk dan tutup mata. Then muzik kisah tentang "Kasih Rasul" dimainkan.

3. Abis jer video, peserta diminta untuk berdiri dalam satu barisan.

4. Aku kena minta dorang bayangkan yang dorang sekarang berada di hadapan Allah. Bayangkan dengan sungguh2...!!

5. Then aku kena bertindak sebagai ala-ala "malaikat dlm kubur" bertanya soalan demi soalan kepada adik2 tuh secara keras dan nada tinggi. tapi bukan soalan masa dlm kubur...soalannya sangat menyentuh hati. Terutama insan2 seperti aku.....(ada suara latar, spt berzikir/istiqfar semasa aku bertanya-tanya soalan)

a) Siapa yang tidak solat zohor hari ini, selangkah ke belakang.....!!!

b) Siapa yang hari ini, tidak terlintas langsung di hatinya untuk membantu Islam, selangkah
ke belakang....!!!

c) Siapa yang hari ini tidak menyentuh langsung al-Quran, selangkah ke belakang...!!!

d) Siapa yang hari ini menunjukkan auratnya di hadapan orang yang bukan sepatutnya,
selangkah ke belakang...!!!

e) siapa yang tak ikhlas datang ke program ini, selangkah ke belakang....!!!!

Setiap kali ada aku bertanya soalan di atas, aku jugak kena beri tekanan(atau ala-ala mem"provok") lagi pada mereka. Contoh:


"Siapa yang hari ini, tidak terlintas langsung di hatinya untuk membantu Islam, selangkah ke belakang....!!! Sampai hati kamu langsung tidak memikirkan tentang Islam?? Bayangkan apa kita nak jawab di hadapan Allah nanti kalau di hati kita tidak terlintas langsung nak bantu Islam?...bla.....bla......bla....sambung soalan lain

Kalau ada 20 soalan, dan kita tidak dapat memenuhi kesemua yang dituntut dalaam soalan2 itu, bayangkan betapa kita jauh 20 langkah dari Allah. Itu untuk hari ini. Hari ini jarak kita dengan Allah 20 langkah. Bagaimana dengan dosa yang sebelum-sebelum ini? Dapatkah kita mengira berapa langkah jauhnya kita dari Allah?? Ini cuma perkiraan pada malam muhasabah, bayangkan secara realitinya berapa jauh kita dari Allah???

Sayu bukan?? Memikirkan soalan-soalan yang patut ditanya pun, entah berapa kali aku menyapu air mata. Terlalu sedih memikirkan bagaimana dengan diri sendiri. Dan aku tak dapat bayangkan bagaimana aku besok. Adakah aku akan sekuat seperti penceramah-penceramah muhasabah sebelum ini? Atau Kak Ana harus jadi back up???


____________________________________________________________________
*Lupa pula aku bertanya kepada mereka apa nama modul ini. Modul ini diakhiri dengan seorang sahabat akan bertugas sebagai penenang. aku paling suka ayat2 ini:
" adik-adik, tak usah la menangis sebab walau macamana adik2 jauh, percaya lah Allah sentiasa dekat....!!! Sekarang ini, berlarilah adik2...berlarilah menuju ke arah Allah....!!!! Dia sentiasa ada untuk kita...bla....bla...."
Sebelum bersurai....adik2 tersebut akan diminta untuk mengisi azam baru selepas ini.

Monday, November 22, 2010

Mualaf yang manja

Malam semalam aku ke kelas bimbingan mualaf(KBM) utk latih dorang jadi pendakwah profesional. Ini bukan kali pertama aku perlu bercakap-cakap di depan mereka. Bukan jugak kali ketiga tapi kali kedua.

Kalau ikut penilaian nafsu, aku rasa banyak perkara yang aku tidak berapa setuju dengan program ini. Sama ketidaksetujuan aku dengan program GEMS. Mewah & manja hingga yang terlahir adalah eksekutif2 yang perasan bagus walaupun tidak semua begitu.

Aku sebenarnya tak faham satu perkara bagaimana seorang da'ie boleh dilahirkan dalam masa yang singkat. Sedangkan aku sendiri mengambil masa yang lama untuk mengetahui medan dakwah. Dan setelah mengetahui, aku masih tidak memahami. Setelah memahami pulak, belum ada rasa tanggungjawab. Itu pun ambil masa yang lama untuk aku lahirkan rasa tanggungjawab. Bila ada rasa tanggungjawab, aku terpaksa mengambil masa yang lama untuk memastikan dakwah benar2 mengalir dalam diri aku, itu pun masih belum berjaya.Kadang-kadang aku jatuh dengan kefuturan, kadang-kadang aku bangkit tapi itupun take time. Mujurlah aku ada sahabat-sahabat yang tidak pernah meninggalkan aku yang sedang merangkak-rangkak walaupun mereka telah berlari jauh ke depan.

Eh, kenapa aku membandingkan kisah aku dengan mereka?? Macamlah mereka sama macam aku, lembab di medan dakwah.....Bukankah mereka adalah orang-orang yang dipilih Allah untuk memeluk Islam? Bukankah mereka jugak la yang dipilih Allah untuk mengikuti program sebegini?? Dan bukankah mereka jugak la yang dipilih Allah untuk merasai ni'matnya hidup tanpa dosa saat mereka mula2 melafaskan syahadata'in??

Ya...itu semua aku akui. Walaupun aku nih Islam dari lahir, masuk sekolah agama dan terjun ke dalam jema'ah di usia muda tapi hakikat yang harus aku terima adalah aku kalah dengan kelebihan ni'mat Islam yang mereka temui. AKU KALAH...!!

Tapi aku masih tak faham sekarang nih, macamana KBM nih boleh berjaya menghasilkan da'ie dalam masa yang singkat?

Sejak KBM nih ditubuhkan di Sabah, berkali2 aku memikirkan perkara ini yang hingga kini aku tak temui pun jawapan. Tapi bila memikirkan betapa banyaknya hikmah yang kutemui sepanjang pertemuan pertama dan kedua dengan mereka, aku jadi malu dengan diri sendiri, terlalu mudah menghakimi orang lain. Mujurlah aku bukan seperti hakim di mahkamah, bukan setakat menghakimi tetapi mudah pulak menjatuhkan hukuman. Semoga aku tidak begitu. Semoga setiap kali aku memandang keburukan, Allah berikan aku mata yang boleh memandang hikmah dan hati yang boleh merasakan hikmah.

Sebenarnya ada beberapa perkara yang aku mau kongsi dalam entri ini. Tapi cukup sampai sini dulu. Sebab aku mau sambung kerja.

Carikan aku jodoh....

Boring
3.51 pm... boring...ya....tiba2 aku rasa teda semangat bekerja hari ini. Hendak kusalahkan suasana, ndak boleh jugak.Sebab kita la yang membiarkan diri kita ditawan suasana.

Walaupun zaman ini ramai yg menggunakan FB untuk menghilangkan rasa keboringan dan kesunyian. Dan macam biasa laman google jadi pilihan aku untuk mencari gambar2 menarik untuk dijadikan poster dan bahan2 lain(nnt kan kehadirannya).

Ntah camana, tiba2 ada kawan tanya(guna ym fb) soalan yang paling boring diusia ini, “ Ko suda kahwin ka?”

Boring mo jawab soalan tuh sebab macam tiap2 minggu mak aku akan tanya soalan yang lebih kurang sama....”bulan berapa mo kahwin?”. Sebab kalau ikut perancangan,memang tahun ini, bersedia(^_________^)

Perbincangan aku dengan kawan aku tuh meleret2 dari soalan tadi hinggalah hal minta tolong carikan jodoh. Hai....apa nih, minta tolong carikan jodoh, aku sendiri teda...hahahaha

Dan aku pun dengan bijaksananya akan mencadangkan kawan aku sendiri, seorang doktor yang sgt baik dan sopan santun, boleh jadi suami yang baik.

Biasanya, bila aku tawarkan Dr.1/Dr.2/Dr.3 atau calon lain pada mana2 kawan, mereka tidak akan banyak soal walaupun tidak menerima cadangan aku. Tapi kali ini aku berdepan dengan soalan yang memerangkap aku sendiri: “Kenapa doktor tuh bukan dengan kau? Konfius aku nih”

Terkejut aku dengan soalan tuh. Lama jugak aku berfikir apa aku nak jawab . Akhirnya terpaksala aku berterus terang dengan kawan tuh. Memang la doktor tuh baik, tapi kerana dia baik la aku rasa aku tak layak. Mungkin kerana aku ada 2 kelemahan yang selama ini tidak diketahui oleh kawan aku:

1. Aku mudah rasa rendah diri walaupun aku selalu buat2 terer/bersikap "sombong" depan kawan2
2. Aku paling takut membuat keputusan walaupun orang selalu cakap aku hebat dalam memimpin

Dan untuk menyedapkan lagi perbincangan kami tadi, aku cari semula artikel tulisan ust.sarip yang ini . Sebab tajuk ini pernah membantu aku mencari beberapa jawapan kepada beberapa persoalan. Tapi kebetulan atau memang Allah nak bantu, buka sahaja web ust.Sarip keluar tajuk ini, Mencari Keserasian. Aku belum baca abis lagi link ini, tapi aku yakin mungkin dapat bantu kawan2 lain jugak. Selamat menambah ilmu...!!

Monday, October 11, 2010

Sucikan Susu


Di saat saya terfikirkan tajuk untuk entry ini, teringat balik zaman sekolah rendah dulu bila saya belajar tentang bahasa kiasan contohnya, cantik laksana bidadari, gemuk macam badak, hitam seperti arang dll.

Bahasa-bahasa kiasan ini biasanya kan menggunakan perkataan -perkataan seperti umpama, bagai, laksana, macam, seperti dll untuk menguatkan dan menjelaskan lagi maksud sesuatu perkara yang ingin disampaikan. Sebagai contoh, gemuk macam badak. Badak digunakan di sini untuk menguatkan lagi statement gemuk itu kerana badak itu sendiri memanglah secara lahiriahnya dilahirkan sebagai haiwan yg gemuk. (hatta cucur badak pun gemuk, hihi).

Ok. entry kali ni bukanlah saya buat tutorial bahasa melayu ke ape kan, tapi cuba perhatikan balik tajuk entry di atas. Ikhlas bagaikan susu. Ape kaitan susu dan ikhlas? Kalau badak memanglah jelas kepada bahawa badak itu gemuk dan arang itu hitam, tapi bagaimana pula dengan susu? Ikhlaskah susu? Bukankah ikhlas itu lahir dari hati dan susu mana ada hati kan??

Susu yang murni

Hurm... macam ni, ikhlas itu bererti kita mengkhususkan segala perbuatan kita hanya kepada Allah semata-mata dan melupakan sebarang pandangan manusia dalam setiap amal perbuatan kita. Maksudnya di sini, ikhlas itu hadir bila bila kita membuat sesuatu amalan itu hanya untuk Rabb yang maha esa, dan kita langsung tidak mengharapkan sebarang pujian atau takutkan makian manusia. Solely kerana Allah semata, tidak bercampur dengan tujuan-tujuan lain.
Begitu jualah susu. Di dalam al-Quran, Allah menceritakan perumpamaan yg indah untuk keikhlasan.

"Dan sesungguhnya pada binatang ternakan itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu. Kami memberimu minum daripada apa yang berada di dalam perutnya (berupa) susu yang bersih antara tahi dan darah, yang mudah ditelan bagi orang-orang yang meminumnya." [An-Nahl:66]

Dari bahagian mana susu itu keluar dari binatang ternak? Sudah tentulah, dari tempat yang antara darah dan tahi keluar, maka keluarlah susu yang bersih lagi menyegarkan. Bahkan sangat bagus untuk manusia dan anak-anak binatang tersebut.

Pernahkah kita meminum susu dan mendapati susu yang kita minum itu bercampur dengan setitis darah mahupun tahi? Mestilah tak pernah kan....yucks! Sedangkan susu itu sendiri datangnya dari tempat yang sama dengan kedua-dua darah dan tahi, tapi tak pernah pula susu yang kita dapati itu bercampur dengan kotoran tersebut. Begitulah hebatnya ciptaan Allah dan betapa penyayangnya Allah itu memberi suatu nikmat yang cukup besar buat hamba-hamba-Nya.

Sepatutnya, macam itu jugalah amalan kita. Setiap amal yang kita lakukan itu hadir dengan niat yang ikhlas untuk mendapat redha Allah semata-mata. Tidak bercampur dengan anasir-anasir luar yang mengotorkan kesucian sesuatu amalan tersebut. Sedangkan Allah sendiri memberi kita susu yang murni dan tidak bercampur, maka adakah pantas bagi kita memberi-Nya amalan yang tercampur?

Mari mensucikan setiap amal perbuatan kita buat-Nya, sejernih dan semurni susu.
Wallahu'alam.




Copy dari:

Are my intentions alright?

Waking up in the morning,
gotta make my prayer
Am I really gonna' make it,
when there is no one there?

Taking trips to the masjid (mosque),
even when it's tough
Am I going for the sake of Allah?
Am I showing off?

Gonna' get me the knowledge,
gonna study Islam
Am I going just to build my ego?
so they call me “the Man”?

Does it matter if the people respect me,
when its not for Allah?
When I know anytime
He can take me,
without one real du'a (prayer)

Does it matter if they say I'm a big shot?
when I get no reward for my deeds
And I'm dragged on the Day of Resurrection
Cause of the folks that I wanted to please

Plus I know that Allah has the power
To raise me up in their eyes if it need be
I should always make my intentions,
for my Lord, Allah completely

[Chorous]
Are my Intentions alright?
Am I doing for Allah?
When I'm looking deep, deep down inside
Do I have the right niyyah?
Wearing thoubs with a kufi,
kufiMiswaks leather socks like the old days
Am I trying to follow the Prophet?
or am I seeking praise?

Giving talks on Islam to people
I'd be quoting Hadith and Qur'an
Am I speaking so they like how I'm speaking?
and they say I'm “the Bomb”

Donating to Islamic centers,
giving money so the Deen can grow
Am I giving for the sake of Allah?
or is it for show?

Many times I have found my intentions
Are not what I want them to be

I know I start on the right direction
But Shaitan starts talking to me
And I forget that without my niyyah,

I'm just wasting my time
My intentions cannot bring the reward,
when they're out of line

So I pray to Allah to help me,
to do everything for Him only
Doesn't matter if the people despise me
Cause with Allah I can never be lonely

Yah Allah,
accept this niyyah
Coming from young Muslims
striving to be believers

So on the day, our deeds
You'll measure.

Know we only did this strictly for Your pleasure,
Your pleasure
Your mercy,
Your ajur (reward),
Your Jannah (heaven),
forever and ever and ever

And reward us for those who listen
Heeded to the message,
changing their condition
And know that everything up
until this point I've ever written

I submit as my repentance
And if its blessings
You're sending my way

I beg You hold them to the judgement day
so maybe in Jannah you can look back and say...
it was a lovely day, a lovely,
a lovely day,
yes a lovely day

Are my intentions alright,
am I doing for Allah
When I am looking deep deep down inside,
do I have the right niyyah (intention)?

[Chorous]
Are my Intentions alright?
Am I doing for Allah?
When I'm looking deep,
deep down inside
Do I have the right niyyah?

Thursday, October 7, 2010

Setiausaha Sulit II


Macam gila gila pulak bila bagi nama "setiausaha sulit" sy= "HABIBIEY". Sy cuma nak ikut sunnah Nabi SAW (^___^). Kalau sy ada apa-apa barang, sy mahu bagi nama. Macam yang Rasulullah buat kat unta dan pedangnya, takda masalah kan? Bila bagi nama, kita akan rasa lebih sayang, betul tak? (Tgh fikir nak bagi nama apa laptop nih....)


Berbalik kepada cerita "setiausaha sulit" @ haBiBiey, adakalanya sy cemburu pada kawan2 yang tidak punya diary tapi dapat menyusun jadual waktu dengan baik. Tapi sy?? Sejak tingkatan 3 hingga kini, ke mana saja sy pergi, sy perlukan haBiBiey.


Pernah sy katakan pada kawan: orang Islam tak perlu risau pasal jadual harian. Cukuplah solat jadi penjaga masa.


Tahun 2009, sy diuji. Kehilangan haBiBiey. Itulah tahun di mana jadual sy agak porak poranda. Sy tak mampu nak sumbatkan dua tugas dalam satu masa. Tugasan Kerja dan Tugasan PSS. Itu tak termasuk lagi jadual mutaba'ah harian dan muhasabah bulanan. Semuanya kucar-kacir. Ya lah, dah biasa hidup dengan "setiausaha sulit".


Masa tulah saya rasai betapa seorang Islam itu perlu mempunyai diary. Apa yang sy sedih, hubungan dengan sahabat2 seperjuangan pun mula jauh. Jauh hanya kerana sy tidak tahu menyusun masa...!!!


Berbulan-bulan sy kehilangan haBiBiey. Dan berkali-kali juga sy cuba menyusun jadual semula. Rupanya, kalau kita dah biasa dengan hidup kucar-kacir, bukan semudah itu juga untuk kita susun semula.


Menyusun jadual sama sahaja seperti mendidik nafsu yang liar.

Dan Allah-lah yang selalu mentarbiah hamba-Nya.....

Setiausaha Sulit


Saya baru sahaja selesai talk preview M-Pro di Hotel Tang Dynasty, KK. Semalam terpaksa tunda usrah ke malam ini. Usrah dengan sahabat2 mualaf di Hidayah Centre KK. Hujung minggu nih, ada agenda lain pulak. Agenda PERIBADI.


Yah...macam tak biasa, jadual penuh. Siang dan malam. Hanya diary hitam yang selalu sy bawa tak pernah jemu menuliskan jadual harian sy. TQ diary hitam kerana sudi jadi "setiausaha sulit" sy. Walaupun baru bertugas hujung bulan ogos baru-baru ini, tapi diary hitam telah menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi.


Tiba-tiba, teringat pulak kat Rasulullah SAW. Rasulullah SAW suka sangat bagi nama kat barang-barang milik Baginda SAW. Mungkin ramai yang tau Rasulullah suka bagi nama kat unta2nya: Al-Qaswa', Lazzaz, As-Sakab, Al-Murtajiz, At-Tarbi dan Al-Lahif.


Rasulullah juga suka bagi nama kat benda2 tak hidup. Contohnya, pedang baginda: Zul-Faqqr, Battar, Al-Haif, Rasub dan Al-Mukhzim.


Nama. Nama perlu bukan sahaja sebagai doa tapi simbol penghargaan. Bayangkan, kalau kita dipanggil dengan nama "woi", mesti marah kan. Tapi dengan panggilan nama, kita akan rasa dihargai. Wah...hebatnya Rasulullah dalam menjaga barang-barang miliknya. bukankah pemberian nama adalah satu penghargaan?


Hm...berbalik kepada cerita "setiausaha sulit" sy, rasa-rasanya sy pun nak bagi namalah kat dia. Nama apa yaa.....hm.....sy suka nama amir. Tapi takkan nak bagi nama amir huhu....sy nak bagi nama Habibiey...yup. "KESAYANGANKU".

Wednesday, October 6, 2010

Menangis lagi....

iya....
tiba-tiba hari ini, jam ini, detik ini sy seakan ingin menangis lagi,
Terharu rasanya,
Bila hari-hari yang sy lalui terasa bahagia.

Allah...Allah yang selalu memberikan rasa bahagia.
Yang tak henti-henti berikan sy rasa bahagia.
sekalipun selalunya sy lalai

Terima kasih Ya Allah,
Yang selalu berikan sy rasa bahagia...

Adakalanya sy rindukan "tekanan",
kerana dengan tekanan sy lebih dekat dengan-Nya,
Tapi entah kenapa,
saat ini, apa sahaja yang berlaku segalanya sy rasakan bahagia,
Terima kasih Ya Allah,
kerana meletakkan aku dalam tarbiyah,
dengan tarbiyah,
aku mencintai dugaan,
dengan tarbiyah,
aku bahagia menerima cubaan,
Itukan tanda sayang-Mu padaku?
terkadang cuba sy muhasabah,

layakkah sy peroleh semua rasa bahagia ini?
Sedangkan baru semalam ada sahabat meluahkan rasa sedihnya?
Menitis airmatanya,

Tapi aku,
aku hanya mampu mendengarnya dengan rasa bahagia...

Monday, October 4, 2010

Tiada kata....

Tiada kata yang terluah saat menerima email ini...

Hanya doa moga diri dan keluarga serta zuriat seterusnya jauh dari budaya ini.



































Thursday, September 30, 2010

Penipu.....!!!



"awakk*....tadi ada makcik minta duit dengan aku.."

Belum sempat duduk, kawan sepejabatku sudah membuka mulut menceritakan "kebajikan" yang dia lakukan pagi tadi. hm....orang lain pun buat kebajikan jugak, takde la pulak nak cerita kat orang, prasangka jahat tanpa segan silu membisik-bisik ke telingaku terus meluncur laju masuk ke hati. Adoi....kalo ndada iman, macam ni lah. Senang-senang jak berprasangka pada orang lain.

"Berapa banyak dia minta?", aku cuba melayan.

"5 ringgit jak"

RM5?? Macam aku pernah kena juga, bisik hatiku. Untuk kepastian, aku menemuramah kawanku semula.

"makcik tuh, dengan anak lelakinya, kan?"

"iya. Dia kata dia hilang duit"

"Dia kata mau pegi papar, kan?"

"iya. itu lah dia cuma minta RM5 jak"

Sah...memang sah...sah makcik yang pernah meminta duit RM5 dengan aku bulan Ramadhan yang lepas nyata hanya menipu.

"Masa time aku kena tuh pun dia kata mau ke papar. Dari tawau konon. Dia kata dia kena tipu, habis duit dia hilang"

"Aku pulak dia kata dari keningau. Mau ke papar. Tapi dia kata duit dia abiss"

"kau bagi dia berapa la?"

"RM5 jak sebab aku fikir, kalo mau bersedekah pun biarlah dengan kemampuan"

"RM5?? awakk* tau sy bagi berapa? RM20 sebab aku kesian. Aku siap belikan lagik anak lelakinya makanan. Time tuh, dah la aku ndada duit, bulan ramadhan lagik tuh...!!"

Ops...kali ini giliran aku pulak mengebahkan "kebajikan" yang aku lakukan pada makcik tuh di bulan Ramadhan yang lepas, yang selama ini aku sembunyikan dari mana2 kawan atau keluargaku. Riak dan ujub terasa seakan sedang berlegar-legar di segenap ruang di hatiku. Bila syaitan dan nafsu menguasai, keikhlasan hati runtuh sekelip mata. Yup..terlalu sukar mejaga keikhlasan bila diri rasa tertipu. Bagaimana mungkin saat ini dapat kami bersangka baik kepada makcik tersebut?

"Eei, geramnya aku dengan makcik tuh.....!!"

"tu la pasal...."

"yang aku geram, dia bawa anak dia sekali apsal. Makcik tuh ndak sedarkah dia tengah ajar anak dia menipu??Esok lusa, budak tuh tipu dia pulak, baru dia tau..!!"

"lepas tuh, yang hebatnya. dia tak minta banyak, jadi kita pun kesian!!"

"RM5, kalo minta kat 10 orang, dapat la RM50 sehari, bleh kaya jugak nih"

"Yang aku pelik, dia kata mau ke papar. Tapi dia menuju ke Centre Point"

"kurang assammm punya makcik!!!"

Perbualan kami petang itu, akhirnya bertukar menjadi kutuk-mengutuk kepada makcik tersebut. Geram. Memang geram bila rasa tertipu. Tapi jauh di sudut hati sy, mungkin Allah saja nak uji keikhlasan aku berbuat kebajikan kepada makcik tuh di bulan Ramadhan. Mungkin...mungkin...yaa mungkin saja begitu.

Bulan Ramadhan yang lepas, sy tak bayar zakat. Bapa yang bayarkan. sy tercari-cari ruang yang membolehkan sy bersedekah tanpa diketahui oleh sesiapa. Kalau bersedekah di masjid, pasti sahaja ada mata yang melihat. Kalau bersedekah ketika bersama jemaah, mungkin saja ada hati yang memuji. Ah.....Ramadhan kali ini, sy memang bertekad mencari ruang yang membolehkan sy bersedekah tanpa diketahui orang kerana sy ingin rasakan betapa manisnya bersedekah tanpa diketahui oleh mana2 manusia.

Suatu hari di bulan ramadhan yang lepas, sedang sy berjalan dari Centre Point ke Api-Api Centre, sy disapa oleh seorang makcik bersama anak lelakinya(usia dlm lingkungan 9-11 tahun) meminta duit RM5. Dia dalam kesusahan.Dia baru balik dari Tawau. Dia kena tipu. Duit habis semuanya. Anaknya belum makan. Suami dah meninggal...bla...bla...bla.....

Mau menangis rasanya mendengar cerita makcik tuh. Sy menangis bukan kerana sedihnya cerita makcik tuh tapi sy menangis gembira. Gembira kerana Allah beri peluang kepada sy untuk bersedekah tanpa diketahui orang. Dan inilah saat2 yang selalu nanti dalam hidup sy.

Tapi hati siapa tak rasa geram bila tahu makcik yang sama rupanya sekadar menipu. Eei...!! Berkali-kali sy cuba bersangka baik. Namun pada akhirnya kegeraman yang sy temui. Kalau sy jumpa sekali lagi makcik tuh, sy akan katakan padanya:

"Makcik, kalaupun, memang susah, dan tak tau nak cari duit, janganlah menipu orang. Makcik tuh masih sihat. Masih boleh bekerja. Dan lagi satu, yang makcik bawa anak makcik nih apsal? Hari nih, dia belajar menipu orang melalui makcik. esok lusa, dia tipu makcik. Baru padan muka makcik...!!"

*************************************************************************************

Selesai "sesi kutuk-mengutuk", sy kembali duduk di kerusi. Buku Adab Ramadhan, Hikmah Terapi Puasa, 24 Jam Amalan Rasulullah, Bagaimana menyentuh Hati, Bahagiakan hati dan buku-buku lain yang tersusun di atas meja seolah-olah sedang menangisi ketidakikhlasan aku. Betapa banyaknya ilmu yang kuperoleh dari buku-buku itu. Namun mudahnya aku lupa. seolah-olah hilang keberkatan membaca buku-buku tersebut. Adoi....!!!

Cuba kusumbat kembali ayat-ayat tarbiah yang pernah kuperoleh dari buku-buku tersebut. Huh...manusia. Hari nih kata ikhlas, esok lusa, baru diuji sedikit sudah mengamuk.

Dan Maha Kreatif-nya Allah dalam menguji keikhlasan hamba-hamba-Nya. Perkara yang sudah hampir sebulan berlalu, diuji hari ini. Dan aku? aku hanya mampu menangisi ketidakikhlasanku.

Makcik tuh menipu sama ada di bulan Ramadhan atau tidak. Sama ada di depan anaknya atau tidak, bukanlah satu persoalan besar. Tetapi apa yang penting adalah apakah hati ini mampu mengekalkan keikhlasan bila diuji dengan penipuan.....huhu
"Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku,
ibadahku, hidupku,
dan matiku hanyalah untuk Allah,
Tuhan semesta alam.
Tiada sekutu bagi-Nya;
dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku
dan aku adalah orang yang pertama-tama
menyerahkan diri (kepada Allah).”
(QS Al-An’am : 162-163)
*awakk: nama panggilan mesra antara sy dan sahabat tersebut

Thursday, September 16, 2010

Senyum Syawal....

Seperti biasa, sy datang awal ke pejabat hari nih. Lebih bersemangat dari sebelumnya. Ramadhan yang telah pergi hilang rindunya dek kemeriahan nafsu berhari raya. Oh...sukarnya mendidik iman tatkala nafsu jadi raja. Solat dhuha yang dilakukan pagi tadi seakan mengisi jiwa yang semakin kemarau hanya kerana sepanjang raya kurang menjaga makanan rohani.

Sampai di pejabat, sy susun segala buku-buku yang kebanyakkannya belum terbaca, kertas-kertas amanah yang masih berselerakan di atas rak turut sy susun. Hari nih, sy nak susun jadual harian semula. Nak buat jadual mutaba'ah. Dan paling penting, nak buat target selepas ini.

Kenangan-kenangan sepanjang Ramadhan dan Syawal silih berganti mengisi ruang fikiran. Ada perkara yang mengembirakan tapi lebih banyak perkara yang mengecewakan, itu harus sy lalui. Kerna sy harus akur sy tidak akan mampu mengubahnya kecuali menghadapinya. Dan sy juga harus kuat, air mata ini terlalu mahal untuk menangisi secebis luka. Yup...ia terlalu mahal. Apa yang sy mampu lakukan adalah terus tersenyum dan tersenyum di pagi raya dan hari-hari seterusnya.

Dengan senyuman yang tidak pernah tanggal di bibir, sy menyambut hari raya bersama sahabat-sahabat lain. Sengaja, sengaja sy paparkan wajah gembira pada insan-insan yang memberi senyuman. Sekalipun senyum itu hanya umpama "ubat penahan sakit". Sakitnya kurang terasa tapi lukanya masih berdarah.

Maryam, kau harus kuat...!! Bukankah Allah menguji sesuai dengan kemampuan dirimu?? Bukankah ujian itu tanda kasih Allah padamu?? Kau harus kuat maryam. Ingat, ujian adalah guru yang tidak bercakap tetapi ia sangat mendidik dan mengajar. ...!!

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga,
pada hal belum nyata bagi Allah
orang-orang yang berjihad
di antara kamu
dan belum nyata orang-orang yang bersabar”
(Ali Imran: 142)


RUMAH TERBUKA PSS
Sy sempat ke majlis rumah terbuka PSS. Simple. Tapi nyata siraman tazkirah dari Saudara Zulhilmi menyegarkan semula semangat hadirin2 yg hadir. Sayangnya, sy terpaksa pulang awal.

Orang Kuat PSS: Saudara Fairuz

Orang Paling Kuat PSS: Kak Faridah

Suasana Program

RUMAH SAYA, DESA SRI TAMAN LAYA-LAYA, TUARAN
Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi melawat rumah sy terutama sekali yang tolong masak.....hehe


RUMAH TNC UMS


RUMAH HASLINAH, BEKAS KRU KK

RUMAH ROHANA/ROHANI, KAMPUNG SRI PANDAN, PUTATAN

RUMAH MAKCIK CANTEQ, KAMPUNG MERUNTUM, PUTATAN
RUMAH KAK SYAHEED, KAMPUNG BENONI, PAPAR

Friday, September 10, 2010

Antara dua tetamu...

Dua tetamu sedang berjalan di hadapan anda yang sedang menunggu di pintu rumah. Seorang yang lebih mulia berjalan di hadapan sementara yang seorang lagi berjalan di belakang. Siapa yang patut di alu-alukan dahulu? Tentu yang di hadapan. Bukan sahaja kerana kemuliaannya tetapi kerana dia berada di hadapan. Tentu kurang beradab jika mengalu-alukan tetamu yang di belakang tetapi indah tak indah dengan yang di hadapan...

Begitulah kita selalunya. Puasa baru bermula, sudah sibuk nak raya. Puasa baru sehari dua, lagu-lagu Selamat Hari Raya dah berkumandang. Kad ucapan Hari Raya dah bertimbun. Ada yang dah sibuk menbeli belah. Nampak sangat gopohnya kita nak raya dan seolah-olah berkata kepada Ramadhan yang mulia... cepat-cepatlah pergi!

Ghairah nak kan kuih sedap, ada ibu bapa yang sanggup minta anak berbuka puasa untuk merasa kuih masakannya. Ada yang berbuka lepas azan Zohor akibat lelah selepas mengacau dodol. Saf-saf sembahyang terawih kian susut. Lailatul Qadar dah dimeriahkan dengan pelita api, bukan pelita hati. Roh Ramadhan dilayukan dengan semangat raya.
Orang-orang soleh dahulu sayu apabila Ramadhan berlalu. Hati mereka merintih, bagaimana dengan puasa yang telah dipersembahkan kepada Allah? Puasa sekadar lapar dahaga? Sedangkan hati, akal, nafsu masih bermaharajalela? Mereka mula bimbang, kerana sebaik Syawal menjelang, musuh ketat yang dirantai dibebaskan semula. Syaitan mula beroperasi semula. Kalau semasa Ramadhan, melawan nafsupun tewas, apalagi bila nafsu dan syaitan bekerjasama. Lalu mereka pun berdukacita.

Namun bila takbir raya bergema, mereka menangis hiba. Syukur berpadu sayu. Syukur, kerana Allah masih izinkan mereka menyambut hari kemenangan walaupun merasa gagal berpuasa dalam ertikata yang sebenarnya. Ya, mereka malu kepada Allah kerana menerima kurnia yang tidak layak mereka terima. Mereka terasa bagaikan anak nakal yang diberi hadiah oleh ibu bapanya.

Itu orang-orang soleh. Kita bagaimana? Sudah tahu gagal berpuasapun tetapi beraya macam menang. Sebab itu bila merayakan Hari Raya makin jelas ' kekalahan-kekalahan' kita. Orang bersyukur dengan sembahyang, kita menyanyi. Pendedahan aurat, pergaulan bebas dan macam-macam kemungkaran berlaku atas nama Hari Raya. Nikmat Allah kita kufuri. Lalu Hari Raya, menjadi hari melahirkan 'kekufuran' (kederhakaan). Hakikatnya, arus nafsu hanya diempang sepanjang Ramadhan, untuk dialir selaju-lajunya di Hari Raya.

Aduh! Kalau begini, selamatkah kita di Hari Raya? Ya, 'hari' raya dah tentu selamat tetapi 'orang' raya belum tentu selamat. Bukan saja selamat tak accident dalam perjalanan pergi dan balik ke kampung dunia tetapi selamatkah kita di kampung Akhirat? Justeru selamatnya kita di sana, ada kaitannya dengan cara kita berpuasa dan menyambut Hari Raya di sini. Di sanalah (Akhirat) hakikat Hari Raya yang sebenarnya.

Copy and Paste dari:

Tuesday, September 7, 2010

air mata seorang naqib

AIRMATA SEORANG NAQIB….

Kita sama-sama masih teringat ketika kita mula-mula
bertemu. Tidak ada yang lebih berbahagia di dalam hati
ini selain melihat wajah-wajah ceria pelajar-pelajar
baru yang begitu bersih dapat menjejakkan kaki ke
sebuah pusat pengajian Islam. Memang ayah bonda
menginginkan suatu yang terbaik buat mu. Mahukan
engkau menjadi orang yang terpelajar dan berguna
kepada mereka, kepada agama dan kepada negara.
Ketika hari pendaftaran, kami sama-sama menjengah diri
melihat muka-muka kalian. Kalian adalah ibarat rahmat
kepada kami kerana dari kaliannya kami mendapat
ketenangan dan kesejukan hati. Bagaimana..? akan kami
ceritakan segala-galanya nanti!
Kemudiannya kalian di heret ke sana kemari dengan
minggu pengenalan. Kalian didedahkan dengan apa yang
ada ditempat belajar yang baru ini. Moga kalian dapat
berta’aruf dengan cepat di alam baru ini. Kalian
bersolat jamaah dan berma’thurat sama-sama. Kalian di
dudukkan di dalam LDK dan kalian akhirnya menjejakkan
kaki ke malam terakhir pengenalan.
Kami masih mengintai-ngintai kalian. Bukan wajah dan
gaya… tetapi watak dan budi. Manakah di antara kalian
yang akan bersama kami? Manakah di kalangan kalian
yang akan mewarisi jejak kami?
Memang kami mengentahui dan menyedari.. kalian datang
dengan keinginan yang berbeza. Ada yang ingin mendapat
segulung sijil yang nantinya akan dipersembahkan
kepada ibu dan ayah. Ada yang tertolak kerana ayah dan
ibu menghendaki demikian. Kami faham itu semua… dan
itu semua tidak langsung penting bagi kami.
Kalian didudukkan di dalam usrah-usrah akhirnya. Kita
sama-sama saling mengenal, mendengar dan memberi.
Bercerita dan membaca. Berbincang dan bermesra.
Bukankah itu satu titik permulaan yang indah dalam
pengalaman hidup kita?
Kita kemudian bertemu lagi dalam tamrin dan dauroh.
Duduk dan mendengar.. makan dalam dulang bertemu
kepala. Kemudiannya tidur diatas lantar tanpa
hamparan. Kesemuanya menjadi detik manis dan kenangan
yang mungkin sukar dilupakan.
Dari situlah kesemuanya bermula… Kami memerhati dan
cuba mengenal. Siapakah dari kalangan kalian yang sudi
untuk bersama lebih memahami apa yang sedang kami
fikirkan?
Kami hanya ingin mengongsi beban yang sedang kami cuba
pikulkan selama ini. Kami faham ianya begitu berat dan
tidak mampu ditanggung oleh hanya dua tiga kerat
manusia yang lemah seperti kami. Bebannya berat dan
perjalanannya panjang. Hasilnya belum tentu diperolehi
di masa terdekat.
Kami berfikir dan berfikir … bagaimanakah cara terbaik
untuk mengenali siapa dari kalian yang berminat. Kami
adakan usrah… kami adakah tamrin dan kami adakan
dauroh.. kami adakan mukhayyam… dan entah apa lagi.
Semuanya adalah kerana cuba mengenali kalian..
disamping untuk memberi sedikit sebanyak kesedaran dan
ilmu.

Akhirnya …
Kami telah dikurniakan Allah dengan kalian. Kalian
menampilkan diri dengan semangat dan kesediaan untuk
bersama. Kami begitu gembira. Kami tidak meminta
kalian berbuat demikian. Sedikitpun tidak ingin
memaksa. Kami hanya membuka jalan dan peluang setelah
memberi kesedaran sedikit sebanyak. Alhamdulillah atas
segala nikmat dan rahmatNya kepada kita.

Bermulalah satu episod baru dalam hidup kita. Mungkin
kita masih ingat kita mula menjejakkan kaki ke alam
baru.. fikrah baru dan ikatan baru. Kalian telah
berjaya memujuk hati kalian untuk bersama dalam
gerombolan ini. Gerombolan yang ingin untuk melihat
dunia berubah ke arah Islam.
Kita mula tangkas melayari perjalanan yang sengit ini.
Kita cuba menumpaskan nafsu yang kadangkala mengganggu
dengan cerita indahnya hidup relaks dan seronok. Tapi
kalian telah berjaya menolak itu semua. Walaupun kawan
dan teman lain telah lama dibuai mimpi, kalian
kadangkala masih termangu di hadapan kami.. menadah
buku dan sedikit risalah. Segalanya hanya untuk
memahami Islam yang masih banyak yang perlu
dipelajari. Kadangkala teman seronok dihadapan cerita
TV dan VCD, tetapi kita menolaknya itu semua.. kerana
masa amat berharga bagi kita untuk dibazirkan pada itu
semua.
Kadangkala kawan-kawan enak tidur ditilam empuk
asrama, tetapi kita terpaksa berjaga malam di
mukhayyam hanya semata-mata untuk melatih diri
bagaimana indahnya dapat berkorban untuk sahabat yang
sedang tidur di lantai bumi.
Betapa banyaknya pengalaman yang kalian telah lalui
bersama kami !

Kami cuba memberi apa yang kami terdaya.
Segala-galanya adalah untuk menjadikan kalian orang
yang bermanfaat untuk Islam. Kami merasa kasihan
kepada Islam yang masih menagih cinta dan pengorbanan
dari penganutnya. Islam masih terumbang ambing
dicampak dan diheret oleh manusia liar. Islam yang
sepatutnya tinggi masih digilis-gilis dan dipijak
ganas untuk manusia zalim. Siapa yang ingin
membelanya? Siapa yang akan meletakkannya ke tempat
paling tinggi yang sepatutnya.

Inilah yang kami cuba lakukan. Alhamdulillah, kalian
mula sedikit demi sedikit memahami apa yang kami ingin
kongsikan. Walaupun kami kadangkala tidak dapat
berehat sebagaimana orang lain… tetapi ketenangan mula
menjenguk.. ketika melihat kalian mula faham dan mula
melangkah. Denyut nadi perjuangan kalian yang mula
bergerak-gerak sudah cukup menggembirakan kami… lebih
gembira dari sang musafir yang terjumpa kembali
untanya yang hilang di padang pasir !

Tentu kalian masih ingat itu semua. Kalian bagi kami
adalah lebih mahal dari dunia dan isinya. Kalianlah
sumber pahala kami di zaman ketandusan pahala dan
bermaharajanya dosa dan maksiat. Bukankah ‘Allah
memberi petunjuk seorang manusia dengan hasil usahamu
adalah lebih baik dari dunia dan isinya’?. Kerana itu
kalian semua lebih mahal bagi kami dari segala harta.
Mungkin dari situlah kalian dapat faham, bagaimana
susahnya kami kerana menjaga kalian. Betapa banyaknya
harta yang kami curahkan kerana kalian. Betapa kami
terpaksa melupakan masa rehat dan hujung minggu untuk
kalian. Betapa kami sudah tidak mempunyai apa-apa lagi
yang dapat kami berikan kepada kalian semua… semuanya
telah diberikan. Mungkin sekarang kalian telah dapat
fahami. Kerana kalian lebih berharga dari dunia dan
isinya !

Sukar kami menceritakan ini semua… terpaksa dan semoga
ianya menjadi pedoman untuk kalian juga. Bahawa hidup
seorang yang tahu di mana Islam berada sekarang tidak
memungkinkannya sempat membina istana dan mahligai.
Tidak memungkinkannya bergembira di setiap hujung
minggu dengan anak isteri. Tidak mungkin berpeluang
untuk menikmati hari-hari perlancongan dan santai
tanpa matlamat dakwah. Tidak mungkin berenak dengan
kenderaan besar dan mewah. Bagaimana ia boleh berbuat
demikian sedangkan Islam masih menunggu pendokong yang
akan menyelamatkannya?

Kerana memahami itu semua, kami wakafkan diri kami
untuk kalian. Biarlah manusia lain dengan dunianya..
namum kita tenang dan gembira dalam alam kita sendiri.
Walaupun orang lain melihat kita dalam kesukaran dan
kesusahan hidup, namum itulah kebahagian kita !
Matlamat kami.. melahirkan kader-kader yang akan
bekerja untuk Islam. Keinginan kami.. apabila kalian
telah melangkah keluar dari sini.. kalian telah
menjadi manusia muslim baru yang membawa bersama-sama
obor yang akan menyuluh tempat-tempat yang masih gelap
di pelusuk sana. Itulah sahaja matlamat dan cita-cita
kami.

Kami tidak mampu memberi kalian kerja yang bergaji
mahal. Kami tidak sanggup menjanjikan jawatan selepas
kalian keluar. Itu semua adalah suatu yang kerdil bagi
kami. Ianya mampu dicari oleh sesiapa walau bagaimana
keadaannya sekalipun. Yang lebih penting dari itu
semua ialah kami tidak mahu kalian tenggelam di dalam
kancah dunia yang sedang bergelumang dengan
materialisma yang tidak mampu diharungi oleh manusia
biasa. Kerana itulah kami cuba bekalkan kepada kalian
dengan kekuatan dan kefahaman. Lebih dari itu, kami
mahukan kalian menjadi manusia yang akan membawa
manusia lain untuk bersama-sama dalam perjuangan kita
yang masih panjang.

Kami cuba sedaya upaya untuk mengajak kalian memahami
bahawa apa yang kita buat ini bukan kerana tempat
belajar kita. Bukan kerana wajib atau ingin menjaga
hubungan dengan pensyarah. Bukan kerana markah atau
prestasi. Kami cuba memotong tali-tali yang mengikat
kalian dengan itu semua. Kami membawa kalian ke luar
sana… berjumpa dengan mereka yang telah mendahului
kita di atas jalan ini. Melangkah ke luar negara..
berjumpa dan mengambil pengalaman mereka. Mereka semua
adalah se jalan dengan kita.. berjuang menegakkan
fikrah yang sama!

Perit letih kami tidak sia-sia. Kalian mula melangkah
ke garisan-garisan akhir bersama kami dengan sabar dan
tekun. Kalian langsung tidak menunjukkan rasa jemu dan
bosan. Walaupun telah ada dikalangan kalian yang telah
kecundang setelah beberapa lama, namum kalian masih
thabat teguh. Kalian mula faham bahawa kerja kita
perlukan disiplin yang tinggi. Kerja kita perlukan
jamaah dan ketaatan. Kerja kita perlukan syura dan
perbincangan dengan naqib/naqibah yang telah begitu
lama memimpin tangan kita sejak kita masih
bertatih-tatih di permulaan perjalanan. Kerja kita
memerlukan kita tidak putus dan bersama dengan jamaah
di mana saja kita berada.

Di saat berpisah, itulah harapan kami. Gembiranya hati
kami melepaskan kalian menuju ke destinasi
masing-masing. Betapa inginnya hati kami untuk
mendengar deringan telefon dari kalian.. menceritakan
pengalaman baru kalian di kampung dan kawasan
masing-masing.. setelah mendapat title baru bergelar
‘DA’I’. Betapa tak sabarnya kami ingin menatap tulisan
dari kalian .. bercerita bagaimana kalian telah mula
mengumpul mad’u-mad’u baru ditempat kalian. Betapa
gembiranya kami nantinya mendengar kalian mula ke
sana-kemari mengikuti program bersama ikhwah dan
akhawat di tempat baru kalian. Kami tidak dapat
bayangkan bagaimana gembiranya hati kami bila
mendengar naqib/naqibah baru kalian begitu memuji
kesungguhan dan semangat yang kalian tunjukkan. Ketika
itulah kami akan mengurut dada gembira… airmata kami
berlinangan kegembiraan.. betapa tanaman kami telah
menghasilkan buah. Usaha kami selama 3 tahun kalian
bersama tidak sia-sia !

Hari berganti hari.. kami di sini terus dengan
kesibukkan melayan adik-adik kalian yang terus tiba
semester demi semester dan cuba untuk menjadi pelapis
kepada kalian. Mereka bersemangat untuk meneruskan apa
yang telah dilakukan oleh kalian. Mereka masih ingat
ketika kalian bersama-sama mereka di usrah, tamrin,
dauroh dan mukhayyam. Mereka masih ingat.. kalianlah
yang mendidik mereka dan mengasuh mereka sedikit
sebanyak. Kami terus membantu mereka sekadar kemampuan
kami ini.. agar mereka menjadi seperti kakak-kakak dan
abang yang telah tamat belajar.

Hari terus berganti… kami masih menunggu sepucuk
warkah atau sedering telefon… atau sepatah salam dari
musafir yang pulang. Namum bayangan masih kelam.
Hari berganti minggu dan minggu berganti bulan. Hati
kami mula bimbang. Apakah yang telah terjadi kepada
anak-anak kami yang telah pergi?
Kami mula bertanya kepada musafir yang lalu… atau
kepada ikhwah dan akhawat yang berjiran.. dimana
anak-anak kami.. pernah terdengar ke si anu dan si
anu? Jawapan negatif membimbangkan kami tentunya.

Kini beberapa bulan berlalu sepi tanpa berita. Bagi
kami.. cukuplah tempoh yang bernama bulan untuk
menghancurkan sedikit semangat dan pegangan kita. Hati
kita sentiasa di intai syaitan. Tidak ada manusia yang
boleh mendakwa dia akan kuat tanpa jamaah. Tidak akan
ada kambing yang tidak keseorangan yang tidak di makan
serigala bila keseorangan.. kerana memang serigala ada
di mana-mana. Paling kurang kita akan mula hilang
ketajaman sensitif terhadap matlamat kita. Kita sudah
boleh mulai lupa tujuan dan halatuju hidup dan
perjuangan kita. Suatu yang begitu membara di dalam
hati kita ketika kita bersama dulu mula pudar dan
tinggal dingin.

Satu demi satu berita kami terima mengenai hal kalian…
jika ketika berpisah kami menjangkakan kami akan
menitiskan airmata kegembiraan mendengar ketangkasan
dan keaktifan kalian… tetapi … titisan sebaliknya mula
mengalir..
Apa yang telah terjadi kepada kalian?
Apa yang telah kalian lakukan?
Kami mula sebak… ketika huruf-huruf ini disusun, kami
tidak dapat menahan air mata lagi. Bersama baris-baris
yang keluar… kami iringi dengan cucuran yang tidak
dapat ditahan..!

Ianya bukan satu buatan. Ianya bukan rekaan satu
cerita dan cerpen. Ia adalah satu kenyataan yang telah
berlaku beberapa ketika lalu dan… air mata ini masih
panas. Ianya adalah perasaan sayu kami bila harapan
telah mulai berkecai. Satu demi satu harapan bangunan
yang kami bina dan kami atur batu bata negara Islam
dan khalifah yang kami inginkan berantapan jatuh di
hadapan kami. Kalau dahulu kami harapkan kalian akan
menjadi tangan-tangan yang akan bersama-sama
mengangkat batu batu yang lebih berat dan menjadi
pembina bangunan ini… kini segalanya hampa.

Tanpa kami sedari, ada di kalangan kalian yang mungkin
terasa amat gembira terlepas dari alam kita. Ada yang
merasakan dunia dakwah suatu yang menghimpitnya..
suatu yang mengurungnya. Barulah kami sedari rupanya
selama ini, itu semua adalah sebuah lakunan.
Ada antara kalian rupanya sudah tidak ingin lagi
bertemu muka dengan kami. Rupanya dulu kami adalah
penyibuk yang mengganggu hidupnya. Sekarang dia telah
bebas.

Kami mula kecewa… kami mula berfikir.. apakah dosa
kami. Kami hanya menghulurkan tangan untuk memimpin
kalian mengenal sedikit tanggungjawab kita semua..
tanggungjawab dakwah dan amal Islam. Kami gembira
kerana sebelum kalian keluar.. kalian telah memahami
itu semua.. tetapi sekarang kenapa ini semua tiba-tiba
berlaku?

Kalian datang ke sini… tetapi muka kamilah orang yang
paling tidak ingin di lihat dan ditemui. Apakah kalian
telah mencampakkan kasih sayang yang telah kami
berikan selama ini. Apakah muka kami begitu buruk
untuk dilihat? Apakah suara kami begitu menyakitkan
untuk disapa?. Jika kalian datang dari jauh kerana
sesuatu subjek dan untuk mengutip markah bagi sekeping
sijil, apakah pelajaran-pelajaran yang sama-sama kita
pelajari di usrah dan dauroh sudah tidak bernilai dan
tidak berharga? Atau apakah kalian telah melayakkan
diri untuk dipanggil anak derhaka?
Kalian segera berlepas pulang. Kami hanya mendengar si
anu telah datang. Tanpa sepatah salam kami terima,
mungkin ia terlalu mahal untuk dikirim. Tiada helaian
kertas ditinggalkan.. mungkin dakwat pena terlalu
berharga untuk dicoretkan.. Kami hanya mendengar
dengan hiba dan air mata mengalir lagi.

Masa berlalu… dan kami mula berfikir sendirian. Mereka
terlalu sibuk. Mereka ada urusan sendiri. Mereka
sedang masuk ke alam kerja. Walau ada di kalangan
mereka kami bantu untuk meneruskan kehidupan mereka…
mencarikan mereka kerja dan tempat pengalaman. Namum
setelah berjaya .. sepatah perkataan pun tidak
didengari. Mungkin terlalu sibuk dengan pekerjaan.
Alhamdulillah. Kami sekali lagi menjadi hampas yang
dicampakkan ke tong sampah!

Kami tidak inginkan pembalasan. Kami tidak pahala dari
kalian. Cukuplah Allah sebaik-baik pembalas. Apa yang
ada di sisi Allah adalah lebih baik dan kekal. Kami
akan tetap begini hingga ke akhir hayat.. selagi Allah
masih memberikan kekuatan. Kerja kami ialah mengumpul
tenaga-tenaga orang seperti kalian, memberi sedikit
sebanyak ilmu dan kefahaman, mendidik apa yang terdaya
agar ada tenaga baru untuk Islam.
Kami tidak inginkan harta kalian, tidak perlu kepada
pujian dan sanjungan kalian. Tidak berhajat ingatan
dari kalian, tetapi kami hanya mahu mendengar kalian
telah menyambung dan menjadikan kerja Islam sebagai
sebesar-besar tugas. Kami hanya mahukan dari kalian
menghidupkan jiwa-jiwa manusia yang telah mati. Itulah
tanda kesetiaan kalian terhadap kami. Sebenarnya itu
adalah janji kalian kepada Allah bila kalian berjanji
untuk bersama kami. Allahlah yang akan menuntut
janjiNya dari kalian.

Ketika kami mendengar ada di antara kalian mula
terlupa atau melupai tugas ini, maka kamilah orang
yang mula-mula menangis. Kalian tentu faham bahawa
tanda awal ialah bila kalian tidak lagi bersambung
dengan jamaah. Bila ada antara kalian yang merasakan
kalian mampu hidup sendiri, kalian sebenarnya kalian
telah silap. Hidup sehari tanpa jamaah dan tanpa kerja
Islam bermakna kalian telah meranapkan harapan kerja
besar kita. Dan tanda awal putusnya kalian dengan
jamaah ialah bila kalian sudah tidak mempunyai naqib
dan usrah. Tanda awalnya apabila kalian telah mula
membelakangkan naqib/naqibah dalam membuat keputusan
dalam hidup kalian. Apakah kalian merelakan diri
kalian untuk menjadi peranap kepada cita-cita Islam
kita.? Apakah kalian tidak takut kepada balasan Allah
bagi mereka yang meninggalkan tugas ini?

Biarlah kami berhempas pulas di sini.. berhujan
berpanas dan berembun. Mengorbankan masa rehat dan
wang ringgit kami demi melahirkan orang seperti
kalian. Biarlah kami terus begini… walaupun kami tahu
mereka semua juga mungkin akan menjadi seperti kalian.
Biarlah kami terus berusaha .. melahirkan anak-anak
yang akan menderhakai dakwah dan tanggungjawab Islam!
Ingatlah.. kerja ini bukan hanya dengan angan-angan
dan azam semata. Cukuplah kalian layak dipanggil anak
derhaka bila dakwah dan amal Islam hanya menjadi angan
dan azam. Betapa ramainya orang yang mampu berangan
dan berazam seperti kalian ! Tapi dimana usaha dan
curahan tenaga? Siapa yang akan ke medan, menarik
tangan-tangan manusia yang sedang hanyut jika semua
hanya berangan dan berazam untuk menarik? Alangkah
mudah berangan dan berazam!

Bebanan perasaan yang kami pikul sebenarnya lebih
berat dari bebanan tugas ke sana ke mari mengendali
program dan mendidik kalian. Apa sangat berat berjaga
malam, membelanjakan ringgit dan berceramah dan
mendengar masalah kalian jika hati kami gembira
melihat hasilnya. Apa sangat itu semua jika hati
bahagia melihat kalian menjadi orang yang akan
mewarisi kerja yang telah kami buat. Kesemua berat dan
beban hilang dan tak mungkin terasa setelah melihat
kalian telah menerangkan bumi yang gelap seluruh
pelusuk bumi.

TETAPI… sekarang kami telah kehilangan segala-galanya.
Ketenangan yang kami ingin cari melalui pengorbanan
ini telah juga hancur. Bahkan ianya lebih berat dari
bebanan fizikal dan material. Kami telah melalui
beberapa generasi kalian. Pengalaman akhirnya
menyimpulkan kepada kami bahawa kami hanyalah manusia
tak berguna dan pengganggu dalam hidup kalian.
Ketenangan hati yang kami ingin hirup dari usaha
mentarbiyyah kalian hanya menambah luka yang telah
ada… Apakah kalian sedar?

Kami iringi kalian dengan doa dan airmata. Pergilah
kalian dengan sijil yang telah diperolehi dari sini
untuk menjenguk dunia yang tiada bertepi. Harungilah
hidup demi mencari ketenangan dan kebahagiaan melalui
jalan yang kalian pilih sendiri. Kami tetap memilih
ketenangan dan kebahagian melalui jalan kami sendiri.
Walaupun kalian telah melukai hati kami… kami hanya
akan menyalahkan diri kami sendiri. Mungkin kamilah
yang menyebabkan kalian jadi begitu. Mungkin kami
belum memberikan yang terbaik untuk kalian. Mungkin
kami belum mengorbankan apa yang sepatutnya kami
korbankan. Mungkin.. kami lah yang bersalah.!

Kini segalanya hanya tinggal kenangan. Kami tidak
mengharapkan kepada kalian lagi. Jika kalian mahu
terus hidup sebagaimana manusia lain… teruskanlah.
Bahkan jika kalian mahu menjadi manusia yang jauh
berlainan dari kami… teruskan. Moga Allah mengampunkan
kami dan kalian. TAPI ingat ! Dakwah tidak memerlukan
kalian untuk hidup. Dakwah adalah satu yang kuat dan
kukuh kerana ia berhubung dengan Allah Yang Maha
Perkasa. Kitalah yang memerlukan dakwah. Dakwah boleh
bersama orang lain jika kita enggan. Tatapi apa
ertinya hidup kita tanpa dakwah? Dakwah adalah nyawa
dan roh kita. Jika kita berpisah darinya…. Kita
sebenarnya telah mati ! Kita akan terkulai layu ibarat
bunga yang telah dipetik dari pokoknya !

Tinggalkanlah kami menangisi anak-anak yang telah
pergi. Anak-anak yang telah mencampakkan kasih sayang
yang cuba kami hulurkan. Mungkin cinta kami tidak
seindah dunia yang menunggu diluar sana. Biarlah cinta
itu dikutip oleh manusia lain yang tahu menilainya.

Apakah kalian tidak mengerti ini semua… apakah cinta
kami tidak bermakna untuk kalian. Adakah ianya terlalu
murah. Kami berkorban untuk kalian lebih dari anak dan
saudara kami sendiri, kerana bagi kami tali akidah dan
fikrah lebih kukuh dan erat dari tali kekeluargaan.
Kalian lebih kami sayangi dari saudara sedarah daging
dengan kami. Kami berikan apa yang terbaik apa yang
kami ada. Kerana kami tahu.. kalian adalah penerus
generasi da’I yang hampir pupus. Apakah kalian tidak
merasainya?
Memang kami tidak memberikan makanan yang mahal-mahal
untuk kalian. Kami tidak membelikan pakaian indah
untuk kalian. Tetapi apa erti makanan dan pakaian jika
kalian hanyut di alam sesat jahiliyyah..?
Hayatilah kata-kata Imam al-Syafie: "manusia
sebenarnya ialah yang merasai kecintaan yang diberikan
kepadanya walaupun sebentar".
Berapa lamakah kecintaan yang telah kami berikan
kepada kalian… apakah kalian tidak merasainya?

Kalian melihat kami tersenyum… ye.. senyuman yang kami
buat-buat untuk mengubat rindu kepada kedamaian
semalam yang telah tiada lagi. Senyuman untuk
menandakan kami masih mampu berlakun dengan hati yang
telah disiat-siat. Berilah senyuman kepada kami,
hulurkan tangan kalian untuk kami salami…. Tetapi hati
ini tidak mungkin terubat tanpa penghayatan dan
penunaian janji yang telah sama-sama kita buat semasa
kita di sini!

Cukuplah… kami hanya akan bersama dengan yang memahami
dan merasai cinta kami. Bagi mereka yang mempunyai
kekasih lain… pergilah.. semoga kekasihnya akan
memberi kebahagian dan ketenangan untuknya. Bagi kami…
di jalan dakwahlah kasih awal dan akhir kami.

Jika kami sendiri futur akibat apa yang telah kalian
lakukan, maka bersedia kalian untuk menerima sahamnya.
Kalian telah mengecewakan kami sedikit sebanyak.
Kalian telah menyebabkan kami tidak percaya lagi
kepada manusia… hingga sampai satu ketika.. kami
merasakan sudah tidak wujud lagi harapan di dunia ini.
Apa tidaknya.. keseluruhan anak-anak kami tidak dapat
meneruskan usaha kami? Jika itu yang berlaku kepada
yang awal… maka bukankah sama pada yang akhirnya?

Tolong … jangan jadikan kami futur.. berilah harapan.
Moga adik-adik kita di sini dan di luar sana dapat
menghirup sedikit dari limpahan cahaya Ilahi yang kita
sama-sama tidak ingin padam.


Wassalamu’alaikum.
CATATAN SEORANG NAQIB YANG HINA.

Tahi Sihat Anda Sihat

Seronok baca entri kawan nih. Cerita pasal tahi. Lawak simple. Tapi ada maksudnya. Selamat membaca:


Alasan lambat paling kukuh?
(jika korang rasa lapar kerana baru belajar puasa, bacalah entry ni, mudah mudahan, rasa lapar korang hilang dengan penuh keinsafan)


Terperangkap dalam ruang menunggu di petang bulan Ramadhan memang memboringkan, masing masing berwajah boring nak mampos lalu aku yang berada di celah-celah kasih sayang di antara mereka cuba membuka topic perbualan agar terubat kebosanan di samping menambah pahala hendaknya…


Jangan ditanya bagaimana kami boleh terperangkap dalam ruang menunggu di petang Ramadhan itu, tapi tanyalah apa topic yang perlu kitaorang bincangkan agar kebosanan ini terbunuh bersama munculnya ilmu baru yang bakal menjadi pencerah kubur jika kena dengan gayanya..


Aku memilih untuk membincangkan bab “kesihatan”, sebab dalam umur 30-an sebegini, dan bersama member-member seperut yang perasan muda,(tapi perut buncit mencecah lutut), patut sekali mereka di beri kesedaran tentang betapa pentingnya menjaga keafiatan diri demi ibadat yang masih ada baki lagi separuh umur untuk disempurnakan sebelum jasad terbaring dalam kubur dan akhirnya, perut mayatpun meletup pada hari ketujuh bersama ulat ulat sebesar usus tahik..


Akupun memulakan perbualan dengan ungkapan berbentuk soalan:

“Korang tahu tak, bahawa kesihatan kita dapat diketahui tahap kritikalnya berdasarkan kesihatan tahik kita?”


Terus mereka menjeggilkan mata, terkejut barangkali..


“Kita akan sihat, jika tahik kita sihat”

Sambung aku tanpa rasa bersalah sedikitpun..


“Ok, sekarang aku nak tanya, siapa kat sini yang berak hari hari?”

Ada sorang dua jer yang angkat tangan, itupun teragak-agak., aku dengan gigih bertanya lagi...


“Siapa yang berak selang sehari?”

Ramai pulak yang mengaku dan ada jugak yang bagitahu berak hanya beberapa kali seminggu..


“Baik, jika korang nak tahu, orang yang sihat adalah orang yang berak hari-hari, sebab system penghadamannya bagus, dan lancar., alhamdulillah,”


Ada yang tersenyum, aku terus bercerita:“Orang yang berak jarang-jarang, eloklah korang check balik pilihan makanan korang dan selaraskannya dengan aktiviti harian.. ingat.., kita akan sihat, jika tahik kita sihat”


Mereka mulai gelak dengan penerangan aku, aku terus bersemangat…


“Sekarang cuba korang check warna tahik korang, jika tahik korang berwarna cerah macam kuih Maruku, itu tanda tahik korang sihat, tapi jika tahik korang bewarna gelap macam dodol, itu tandanya tahik korang tidak sihat, dan tahik yang tidak sihat datang dari tuan bontot yang juga tidak sihat..,”
“Jika Tahik korang bewarna kelabu seperti kuih puteri mandi bergelumang kelapa, mungkin korang ada masalah organ dalaman, kalau warna tahik hijau macam kuih puteri ayu itu lagi parah, atau warna hitam kemerah merahan macam sirap bandung terlebih sirap, mungkin usus korang ada barah.. atau korang mengalami pendarahan gastrousus”

“Tapi Hamka, Sunnah Nabi, mana boleh tengok tahik?” Tanya salah sorang dari mereka.

“Ye tak ye jugak, tapi kau jangan tengok betul betul, jeling jer.., tak payah belek dengan tangan, tengok dengan hujung mata cukup, tentu nampak warna tahik korang.., make sure warnanya cerah macam goreng pisang.., bukan hitam macam Almonlondon!”

Mereka gelakkan aku.., apa yang kelakar ntah, dan aku sambung lagi..,

“Tanda lain tahik yang sihat adalah, tahik korang tenggelam macam keropok rebus yang belum masak.., tapi jika tahik korang timbul dalam air macam keropok keping yang digoreng dalam kuali yang banyak minyak, itu tandanya tahik korang ada masalah 'celiac disease' , mungkin?…, check balik pilihan makanan korang, kurangkan makanan dalam tin atau makanan segera..,”

“ Tapi ada jugak perbezaan pendapat dikalangan doctor yang mengatakan, tahik tenggelam itu tak bagus kerana ada banyak toxic, dan tahik yang terapung seperti cekodok goreng pulak yang bagus, ntah? Akupun tak tahu.., tak pernah rasa, tapi aku boleh buat kesimpulan, jika tahik korang timbul dan tidak berbau, bermakna itu adalah hampas tahik dan itu bagus, tapi jika timbul dan bau busuk macam tahik.., itu masalah..”

“Tapi Hamka, macam mana nak tengok tahik dalam tandas cangkung…?” Tanya salah sorang dari mereka dengan penuh minat.

“Alahai, kau pergilah tidur kat hotel dan berak dalam tandas duduk, boleh nampak tahik kesayangan korang tu sama ada timbul atau tenggelam.., jangan balik rumah berak dalam sinki pulak, kesian bini korang nanti dapat laki gila macam korang sebab berak dalam sinki, takpun korang pergi luar Negara, kat sana semua tandas jenis duduk, kan?”

Mereka terus gelakkan aku.., dan aku tak peduli, aku sambung lagi cerita…

“Bentuk tahik juga merupakan indicator bahawa korang ni sihat atau tak, jika tahik korang cair bersepah macam bubur lambuk, memang korang tak sihat.., factor tahik bersepah ini mungkin disebabkan terlalu banyak serat dalam diet atau jangkitan bakteria atau virus, sebab tu air banyak keluar bersama tahik lalu meleleh macam kuah satay..,”

“Jika tahik korang keras macam gula Melaka pula, pun masalah jugak, mungkin sebab kurang makan sayur”“Tahik yang sihat adalah berbentuk seperti keropok lekor yang panjang, dan bila keluar cantik tak putus putus, macam picit ubat gigi gitu.., jika terputus putus, dan korangpun suka kemut, maka tahik korang akan jadi bulat bulat macam kuih bom, jika warna hitam, dah jadi macam tahik kambing.., tak bagus!, ingat.., tahik yang sihat, datang dari manusia yang sihat”

Mereka ketawa tak henti henti.., lalu masa berlalu dengan pantas, dan penantian terisi dengan muzakarah adab makan yang betul…, Apa Nabi makan, Bagaimana Sunnah Nabi makan, Sunnah Nabi berak dan sebagainya…, (dah cerita dalam entry yang lama)

Tapi bila orang yang ditunggu tiba, aku pulak rasa nak berak, lalu terpaksalah mereka semua menambah penantian kerana aku terpaksa dan kau dipaksa…, berak dululah beb..

Selesai berak, mereka mengeluh sebab aku ambik masa yang agak lama untuk berak.., buat kajian tentang tahik ke? Perli salah sorang dari mereka sambil bergurau..Akupun bagi alasan yang paling kongkrit dalam dunia;

“Aku lambat bukan sebab berak, tapi sebab basuh berak, jika aku tak basuh berak, tentu aku cepat, tapi sebab islam mewajibkan kebersihan, maka kenalah ambik masa lama sikit untuk basuh berak, lagipun, lepas basuk berak, tiba tiba ada pulak the last drop of ‘kerepok lekor’, tu yang kena basuh berak lagi sekali.., tu yang lambat.., dan korang kena berterima kasih sebab aku ambik masa basuh berak, jika korang nak cepat, boleh jer aku datang tanpa basuh berak, tapi korang pulak yang susah nanti, maka, oleh kerana aku tak nak susahkan korang, maka lambatnya aku bukan sebab berak, tapi sebab basuh berak kerana korang yang tak suka jika aku tak basuh berak, jadi aku lambat kerana korang!”

Woha!

Sekian,

akhir kata:Tahik Yang Sihat, Datang Dari Manusia Yang Sihat!

Selamat berak!
P/s: kenapa aku rasa tak lapar langsung waktu puasa bila muzakarah bab ketahitan?

Mukhlisah Nur: amik dari KeretaMayat

Monday, September 6, 2010

Non-Muslim masuk masjid??


Sekarang nih, isu orang bukan Islam masuk masjid pulak jadi heboh. Sy berkali-kali dapat email tentang isu nih. Seolah-olah email-email tersebut merayu-rayu kepada sy agar mengeluarkan artikel tersebut dalam blog sy.



Okey...okey...


sekarang sy tunaikan demi sebuah perjuangan....
Jeng...jeng...jeng....



Bila ayam bertelur..
Sekampung riuh, tahi bertaburan..
Posted on Monday, August 30 @ 04:45:28 PDT
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih
Oleh: antihadhari92

"Ramadhan 1431 Hijrah boleh dianggap antara Ramadhan yang tegang.Pokok pangkalnya adalah apabila Ahli Parlimen Serdang(DAP) dikatakan memberikan tazkirah di surau Al-Huda Kajang.Wah,pelik sungguh bunyinya!Adakah imam di surau itu kurang waras akalnya?Membenarkan orang bukan Islam memberi tazkirah?adakah sudah tiada ustaz atau ulama di Selangor?Kenapa tidak dijemput sahaja 40 orang ulama muda memberikan tazkirah?kan itu lebih pantas....


Kalaulah benar,Teo Nie Ching si amoi Cina itu mampu memberikan tazkirah,aku pun mahu mendengarnya.Itu sudah kira baik!Mungkin boleh setanding Ustazah Mashitah sahaja nanti gayanya.Wah,ini hebat.Baru beberapa tahun berkawan rapat dengan pemimpin Pas sudah bisa berceramah.Ini mengalahkan ustazah-ustazah lulusan Mesir!


Cuba fikir ya saudara,apakah tajuk tazkirah yang diberikan pada hari itu?Bahaya judi atau keperluan mewujudkan khilafah islamiah?Nah,aku sendiri pun tidak tahu.Isu mulanya pun aku tidak tahu.Tahu-tahu sahaja,sudah heboh satu negeri mengenai amoi ini.Benarkah dia beri tazkirah? * * *Facebook adalah kedai kopi maya.Kadang-kadang,orang berdebat,kutuk mengutuk lagaknya lagi radikal dari kedai kopi.Aku meneliti cakap-cakap rakan facebookku yang proumno.Berapi-api sekali.Cina babi,balik Tongsan,Racist dan macam-macam lagi.Itu masih dikira biasa.Telingaku sudah biasa mendengar rhatib sebegini.Zikir perkauman itu telah lama berdendang.


Tapi,bila masuk soal sentimen keagamaan,ini yang menjadi pening!Diapi-apikan orang ramai tentang si kafir pijak tempat sujud orang Islam,tidak tutup aurat di rumah Allah,kafir cuba mengotori rumah Allah dan kafir permain agama.Kata orang,gambar kadang-kala memberi seribu persepsi dan makna.Aku cuba perhatikan daripada gambar,di manakah bahagian yang dikatakan mempermainkan agama tersebut. Dia cuma menyampaikan sumbangan kepada surau.Sebagai meraikan orang yang menyumbang,lalu ajk surau beri kebenaran kepada dia berucap.Aku tidak nampak salahnya!


Kalau imam besar masjid negara yang mempertikai tindakan imam dan qariah surau,aku boleh terima.Tapi yang asyik bising ialah puak2 ketuanan Melayu,yang masjid dan surau entahkan pijak atau tidak.Bila orang dangkal cuba berfatwa,jadilah orang jahil bercakap tanpa ilmu.Ya,aku pun tak begitu reti dalam bab fekah sebegini,halalkah atau haramkah?Tapi aku diam sahaja,buat seperti resmi orang bodoh.Jangan jadi resmi bongkak,akhirnya jadi bodoh sombong. Kalaulah puak2 islam umno ini menjadi komuniti islam eropah,aku rasa,sampai bilapun islam tak berkembang.Tapi puak islam di sana sangatlah terbuka.Mereka mengalukan kedatangan non-muslim ke masjid,malah ada yang memberi nashkah al-quran terjemahan untuk pemahaman;satu strategi dakwah,merapat ukhuwah,mencari redha Allah.


Tapi Islam Umno(islam hadhari) hanyalah memberi susah,menjauhkan orang dari cahaya islah! Apapun,ada bagusnya isu ini timbul.Pertama,kita boleh menyaksikan kedangkalan orang UMNO berfikir.dan lebih daripada itu,kita sendiri sebagai umat Islam boleh memahami soal fekah sebegini dengan lebih mendalam. baca selanjutnya di http://propartiislammalaysia.blogspot.com/


Ni Satu Lagi artikel:
Antara Teo Nie Ching, Rosmah Mansor dan Puteri UMNO..


Posted by Anak Sungai Derhaka at Sunday, August 29, 2010


Teo Nie Ching ialah seorang Ahli Parlimen dari DAP, beliau telah dijemput memberikan sepatah dua kata kerana telah memberikan sumbangan kepada Surau Al-Huda, Kajang pada 22 Ogos yang lalu malangnya lawatannya itu telah mencetuskan kontroversi setelah disensasikan oleh Utusan Malaysia yang mentafsirkan ucapannya itu sebagai takzirah.- lihat di SINI


Disebabkan beliau bukanlah seorang yang berugama Islam jadi beliau tidak menutup rambutnya yang juga sebahagian dari aurat tetapi pakaiannya memang kelihatan sopan.Kejadian ini telah dikritik hebat oleh para Mufti, Ahli Ugama dan Media yang dikuasai oleh UMNO/BN. Pengarah JAIS Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai berkata, perkara tersebut tidak harus berlaku kerana orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki masjid dan surau sedangkan suatu masa dulu JAKIM pernah mencadangkan agar MASJID DIJADIKAN SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN.- baca di SINI


Kemudiannya mereka mempertikaikan pula cara Nie Ching berpakaian yang tidak menutup kepalanya yang juga sebahagian dari aurat denga tidak memakai tudung...


Ini pula ialah gambar Isteri Najib iaitu Rosmah sedang memberikan takzirah (layak kah dia?) didalam sebuah Surau yang tidak tahu entah dimana.Memberikan Takzirah dengan tidak menutup keseluruhan aurat (hampir sama dengan Nie Ching)di hadiri oleh para penyokong UMNO yang jelas kelihatan ada yang tidak menutup aurat didalam Surau tersebut.Mereka adalah orang-orang Islam yang sepatutnya lebih memahami tuntutan Islam dalam menjaga adab dan tertib ketika berada didalam Masjid atau Surau.


Dan sebagai wanita yang berugama Islam cara berpakaian mereka sepatutnya jauh lebih sopan dari Nie Ching yang bukan Islam itu..Malangnya tiada sesiapapun dari para Mufti, Ahli Ugama dan Media yang berani mempertikaikan kelakuan mereka itu.. Mereka memejamkan mata mereka...Adakah kerana perempuan itu Isteri kepada Najib dan pendengarnya pula ialah penyokong UMNO mereka tidak tertakluk kepada undang-undang Allah?


Ini juga gambar Rosmah Isteri Najib yang dibanggakan oleh penyokong UMNO/BN.. juga memperlihatkan aurat didalam Masjid.


Ini gambar lama.. err.. bukan gambar Rosmah. Puteri UMNO sedang membaca Al-Quran sambil mendedahkan aurat
Ini juga gambar puteri-puteri UMNO dalam satu majlis disebuah surau atau masjid.. ada yang penampilannya sama dengan Nie Ching.


PUTERI UMNO TERKECUALI DARI HUKUM ISLAM KE???


Labels: Isu Surau dan Masjid, Pendapat aku laa..., UMNO
11 Comments: 1.


Anonymous said... August 29, 2010 3:48 PM Thank you for the pictures and exposing UMNO's hypocrisy. HATI-HATI DENGAN PERANGAI DAJJAL... said...


August 29, 2010 6:07 PM Umno nak jadi JUARA ISLAM selepas JUARA RAKYAT tak laku!!!Tang mana Umno boleh dikatakan pejuang Islam???Tang yg HALALKAN JUDI tu ke???Ke Tang rambut ahli Parlimen DAP yg terdedah masa masuk surau??? Kenapa ahli Parlimen DAP ni ajer yg di kutuk pasal nmpk rambut masuk surau???Isteri2 pejuang Islam Umno kenapa mcm nmpk rambut juga masa masuk Masjid???Yg pakai seksi baju jarang menggiurkan masa baca al Quran di surau tu saper tu??? Ahli Parlimen DAP ke???err Harus sani mana??? Tak nak bagi komen ke...ke komen berpilih ajer...(kaalau Umno setakat cakap dukacita, kalau PR terus keluar hukum....)


Anonymous said... August 29, 2010 6:33 PM Semua tokoh yang dihuraikan adalah umat islam kecuali TeoNC yang dikatakan berpakaian sopan ! Kalau sopan memamg sopan tidak ada "dikatankan" sopan. Ini bermaksud penulis blog bukan umat Islam ataupun tidak sedia pada ajaran Islam. Disamping itu, Tuanku Sultan Selangor telahpun titah Perbuatan TeoNC tidat harus berlaku tetapi pengikut-pengikut PKR masih degil dan tidak kedengaran titah Sultan kerana ingin rebut undi melalui insiden yang tidak bagus ini ! OMG! Adakah PAS masih memperjuangankan Islam untuk rakyat dan negara ?


mereng! said... August 29, 2010 10:09 PM anonymous (August 29, 2010 6:33 PM)"Semua tokoh yang dihuraikan adalah umat islam" - kenapa? kalo islam x pakai tudung dalam masjid/surau takpe ke? lagi satu, ko pegi e-fatwa pastu baca fatwa pasal bukan islam masuk masjid


Anak Sungai Derhaka said... August 29, 2010 10:09 PM Buat Anonymous 6:33 PMAdakah dengan mengkritik cara berpakaian pemimpin Islam yang tidak mengikut lunas-lunas yang ditetapkan oleh Islam itu meletakkan aku diluar Islam?Antara perintah Allah dan Sultan aku lebih menurut perintah Allah..Islam atau tidak aku ini ditentukan oleh Allah.. bukan ditentukan oleh UMNO.


Anonymous said... August 29, 2010 10:28 PM Salam..Disini saya ingin berkongsi video dari youtube yang disampaikan oleh Dr. Danial..http://www.youtube.com/watch?v=8cbz3hQg_08Harap ianya jelas..


anak taukeh said... August 29, 2010 11:30 PM di malaysia ni umno dan sultan shj yg betul. umno dan sultan sahaja yg masuk syurga...


Anonymous said... August 30, 2010 10:39 AM Setahu aku yg dok KECOH tentukan masuk Syurga/Neraka ni bukan Sultan/Umno..ttp wali Nik Ajis korg tu laa..HIPOKRIT !!! Spin Lg Bleh Spin..


Anak Sungai Derhaka said... August 30, 2010 10:52 AM Buat Anonymous 10:39AM..Kalau hang juga Anonymous 6:33 PM memang bodoh hang ni.. pasal apa yang tulis masa 6:33PM tu hang sendiri tak faham..Manusia yang jelas HIPOKRIT sekarang ini ialah makhluk-makhluk Allah yang masih bodoh kerana merelakan dirinya diperbodohkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO..


Anonymous said... August 30, 2010 4:12 PM Pasal nak menegakan kapir tu betul, korek semua UMNO/BN punya salah...JOM......KITA SEMUA MELAYU SOKONG DAP....JADI HAMBA CINO...JOM, PRU nanti SOKONG DAP....SOKONG DAP....JOM...TINGGAL KAN PERJUANGAN MELAYU, UMNO/BN BUAT APA PUN UNTUK MELAYU, LEBIH BAIK SOKONG DAP, DAH TAHU MELAYU AKAN HANCUR..JOM SOKONG DAP


Anonymous said... August 30, 2010 10:19 PM akal ade blaja dah pandai dahjgn nak b`gaduh merosakkan bangsa ngn agama..wat analysis sendiri..tgk mane yg lbh ikut arahan ALLAH...ikut kelas2 agama..jgn nak ckp tanpa knowledge..sori


Politik & Isu Semasa


Teo dapatkan pandangan mursyidul am PAS
Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching mengadakan pertemuan dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari bagi mendapatkan pandangan mursyidul am PAS itu berhubung isu kunjungannya ke Surau Al-Huda, Kajang 22 Ogos lalu. Pertemuan itu berlangsung di Rumah Kelantan di ibunegara selepas menteri besar dan delegasi kerajaan Kelantan memfailkan saman terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi Dagang Kuala Lumpur, di Jalan Duta.


Menurut Harakahdaily, selepas pertemuan itu, Nie Ching berkata, beliau gembira dapat bertemu dan mendapat pandangan mursyidul am PAS itu. "Tok Guru jelaskan kepada saya bahawa dari segi Islam bukan menjadi satu isu orang Islam masuk ke surau atau masjid. "Dia beritahu sebenarnya pada zaman Nabi Muhammad SAW, orang bukan Islam selalu masuk masjid untuk bertemu Nabi," katnya menjelaskan isi pertemuan. Menurutnya, dalam pertemuan itu juga, Tuan Guru memberitahunya bahawa yang menyempitkan pemahaman berhubung isu bukan Islam kunjungi masjid adalah Umno.


Teo mengunjungi Surau Al-Huda, Kajang Sentral untuk menyampaikan bantuan membaiki pagar surau tersebut dan dijemput jawatankuasa surau untuk menyampaikan ucapan ringkas. Insiden itu bagaimanapun dieksploitasi media arus perdana dan Umno dengan mendakwa ia satu kesalahan dan mencemar imej Islam. Berikutan itu, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengambil alih pengurusan surau tersebut dan akan memberi surat amaran kepada Teoh. Posted on Monday, August 30 @ 19:45:46 MYT by Abujihad (Telah dibaca sebanyak XX kali) Agama & Cara Hidup Bukan Islam Masuk Masjid,Ulasan Tok Guru Nik Aziz Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Ahad lepas.


Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Parlimen tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam. "Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam," katanya kepada pemberita, sebagaimana dipetik Bernama.


Beliau diminta mengulas tindakan Anggota Parlimen DAP itu yang menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat utama surau terbabit. Tindakan Teo itu menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan Majlis Agama Islam Selangor menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengurusan surau tersebut.


Mengulas lanjut, Nik Abdul Aziz berkata tindakan itu dilihat ganjil kerana umat Islam sekarang terlalu jahil dengan agama sedangkan pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. baginda mengajak orang kafir Quraisy tinggal di dalam masjid termasuk dibenar tidur, makan dan minum. "Cuma apa yang dilihat (benda) itu sebagai pelik di zaman ini menunjukkan umat Islam kita terlalu jahil dengan agama," katanya. Sumber


Posted on Sunday, August 29 @ 05:44:16 MYT by velo


(Telah dibaca sebanyak XX kali)