Monday, November 22, 2010

Mualaf yang manja

Malam semalam aku ke kelas bimbingan mualaf(KBM) utk latih dorang jadi pendakwah profesional. Ini bukan kali pertama aku perlu bercakap-cakap di depan mereka. Bukan jugak kali ketiga tapi kali kedua.

Kalau ikut penilaian nafsu, aku rasa banyak perkara yang aku tidak berapa setuju dengan program ini. Sama ketidaksetujuan aku dengan program GEMS. Mewah & manja hingga yang terlahir adalah eksekutif2 yang perasan bagus walaupun tidak semua begitu.

Aku sebenarnya tak faham satu perkara bagaimana seorang da'ie boleh dilahirkan dalam masa yang singkat. Sedangkan aku sendiri mengambil masa yang lama untuk mengetahui medan dakwah. Dan setelah mengetahui, aku masih tidak memahami. Setelah memahami pulak, belum ada rasa tanggungjawab. Itu pun ambil masa yang lama untuk aku lahirkan rasa tanggungjawab. Bila ada rasa tanggungjawab, aku terpaksa mengambil masa yang lama untuk memastikan dakwah benar2 mengalir dalam diri aku, itu pun masih belum berjaya.Kadang-kadang aku jatuh dengan kefuturan, kadang-kadang aku bangkit tapi itupun take time. Mujurlah aku ada sahabat-sahabat yang tidak pernah meninggalkan aku yang sedang merangkak-rangkak walaupun mereka telah berlari jauh ke depan.

Eh, kenapa aku membandingkan kisah aku dengan mereka?? Macamlah mereka sama macam aku, lembab di medan dakwah.....Bukankah mereka adalah orang-orang yang dipilih Allah untuk memeluk Islam? Bukankah mereka jugak la yang dipilih Allah untuk mengikuti program sebegini?? Dan bukankah mereka jugak la yang dipilih Allah untuk merasai ni'matnya hidup tanpa dosa saat mereka mula2 melafaskan syahadata'in??

Ya...itu semua aku akui. Walaupun aku nih Islam dari lahir, masuk sekolah agama dan terjun ke dalam jema'ah di usia muda tapi hakikat yang harus aku terima adalah aku kalah dengan kelebihan ni'mat Islam yang mereka temui. AKU KALAH...!!

Tapi aku masih tak faham sekarang nih, macamana KBM nih boleh berjaya menghasilkan da'ie dalam masa yang singkat?

Sejak KBM nih ditubuhkan di Sabah, berkali2 aku memikirkan perkara ini yang hingga kini aku tak temui pun jawapan. Tapi bila memikirkan betapa banyaknya hikmah yang kutemui sepanjang pertemuan pertama dan kedua dengan mereka, aku jadi malu dengan diri sendiri, terlalu mudah menghakimi orang lain. Mujurlah aku bukan seperti hakim di mahkamah, bukan setakat menghakimi tetapi mudah pulak menjatuhkan hukuman. Semoga aku tidak begitu. Semoga setiap kali aku memandang keburukan, Allah berikan aku mata yang boleh memandang hikmah dan hati yang boleh merasakan hikmah.

Sebenarnya ada beberapa perkara yang aku mau kongsi dalam entri ini. Tapi cukup sampai sini dulu. Sebab aku mau sambung kerja.

No comments:

Post a Comment