6.58 pm
Aku baru balik dari meeting malam muhasabah dengan beberapa orang sahabat IKRAM. Ini kali pertama mereka meminta bantuan aku. Malam muhasabah ini insyaAllah akan dilaksanakan esok malam di masjid. Walaupun aku sudah biasa mengendalikan malam muhasabah bersama sahabat-sahabat PSS sebelum ini, tapi kali ini aku rasa berdebar-debar. Dan rasa ingin menangis....Terima kasih Allah, segala puji hanya bagi-Mu yang memilih aku untuk mendapat ilmu baru dari meeting ini....!!
Kalau ikut yang ada dalam kepala aku, sudah pastilah aku akan copy & paste daripada modul2 muhasabah yang lepas. Modul yang biasa dibuat bersama saudara Amin dan Nadhir, Modul tentang ibubapa ataupun modul tentang cinta Allah, cinta Rasul, tanggungjawab kemudian tentang kematian.
Tapi rupanya mereka sudah prepare modul yang berbeza. Modul ini sesuai untuk mad'u atau da'ie yang baru terlibat dalam kerja dakwah. Modul ini juga boleh diubahsuai untuk disampaikan kepada da'ie-da'ie yang dah lama terlibat dalam kerja dakwah. Tapi kalau nak buat untuk orang yang tak pernah didedahkan dengan dakwah pun boleh.
Dan aku sendiri tidak pernah merasai modul seperti ini. Dengar sahaja penjelasan dari Ukhti Ana mengenai modul tersebut pun, sudah cukup untuk membuatkan aku dan sahabat2 hampir menangis. Yang pasti hingga kini pun hati aku masih berdebar-debar. Masih terngiang-ngiang nasihat seorang ukhti meminta aku solat Taubat banyak2 sebelum malam muhasabah esok kerana tugasan aku adalah gambaran adakah malam esok berjaya atau tidak. Dan pastilah aku perlu persiapkan hati sebelum melaksanakan tugasan tersebut. Ya Allah, mampukah dan layakkah aku mengambil tugasan ini??
10.18 pm
Luruh hati aku selesai solat Isyak tadi. Terasa benar aku tidak layak memikul beban ini. Jika dalam PSS, aku tidak perlu risau tugasan2 seperti ini kerana pastinya ada sahaja sahabat PSS yang lebih layak memikul beban seperti ini. Jujur, kalau diikutkan hati, memang aku hanya ingin jadi penonton, ataupun mungkin jadi peserta. Tapi bila memikirkan membantu sahabat IKRAM bermakna membantu Islam, aku gagahkan hati. Walaupun hakikatnya aku tak mampu. Ya Allah, aku tak mampu menghadapi malam muhasabah esok!! Berikan aku kekuatan hati.....
Modul Muhasabah Diri
1. Aku akan memulakan sesi dengan rasa syukur dan ajak peserta berzikir ramai2. Selesai berzikir, aku kena ajak mereka memikirkan tentang cinta Allah dan Rasul (bab ini la yang aku tak mampu sampaikan.....layakkah aku bercerita dihadapan adik2 sedangkan aku sendiri, masih penuh dengan cinta dunia? huhuhu.....)
2. Peserta diminta untuk duduk dan tutup mata. Then muzik kisah tentang "Kasih Rasul" dimainkan.
3. Abis jer video, peserta diminta untuk berdiri dalam satu barisan.
4. Aku kena minta dorang bayangkan yang dorang sekarang berada di hadapan Allah. Bayangkan dengan sungguh2...!!
5. Then aku kena bertindak sebagai ala-ala "malaikat dlm kubur" bertanya soalan demi soalan kepada adik2 tuh secara keras dan nada tinggi. tapi bukan soalan masa dlm kubur...soalannya sangat menyentuh hati. Terutama insan2 seperti aku.....(ada suara latar, spt berzikir/istiqfar semasa aku bertanya-tanya soalan)
a) Siapa yang tidak solat zohor hari ini, selangkah ke belakang.....!!!
b) Siapa yang hari ini, tidak terlintas langsung di hatinya untuk membantu Islam, selangkah
ke belakang....!!!
c) Siapa yang hari ini tidak menyentuh langsung al-Quran, selangkah ke belakang...!!!
d) Siapa yang hari ini menunjukkan auratnya di hadapan orang yang bukan sepatutnya,
selangkah ke belakang...!!!
e) siapa yang tak ikhlas datang ke program ini, selangkah ke belakang....!!!!
Setiap kali ada aku bertanya soalan di atas, aku jugak kena beri tekanan(atau ala-ala mem"provok") lagi pada mereka. Contoh:
"Siapa yang hari ini, tidak terlintas langsung di hatinya untuk membantu Islam, selangkah ke belakang....!!! Sampai hati kamu langsung tidak memikirkan tentang Islam?? Bayangkan apa kita nak jawab di hadapan Allah nanti kalau di hati kita tidak terlintas langsung nak bantu Islam?...bla.....bla......bla....sambung soalan lain
Kalau ada 20 soalan, dan kita tidak dapat memenuhi kesemua yang dituntut dalaam soalan2 itu, bayangkan betapa kita jauh 20 langkah dari Allah. Itu untuk hari ini. Hari ini jarak kita dengan Allah 20 langkah. Bagaimana dengan dosa yang sebelum-sebelum ini? Dapatkah kita mengira berapa langkah jauhnya kita dari Allah?? Ini cuma perkiraan pada malam muhasabah, bayangkan secara realitinya berapa jauh kita dari Allah???
Sayu bukan?? Memikirkan soalan-soalan yang patut ditanya pun, entah berapa kali aku menyapu air mata. Terlalu sedih memikirkan bagaimana dengan diri sendiri. Dan aku tak dapat bayangkan bagaimana aku besok. Adakah aku akan sekuat seperti penceramah-penceramah muhasabah sebelum ini? Atau Kak Ana harus jadi back up???
____________________________________________________________________
*Lupa pula aku bertanya kepada mereka apa nama modul ini. Modul ini diakhiri dengan seorang sahabat akan bertugas sebagai penenang. aku paling suka ayat2 ini:
" adik-adik, tak usah la menangis sebab walau macamana adik2 jauh, percaya lah Allah sentiasa dekat....!!! Sekarang ini, berlarilah adik2...berlarilah menuju ke arah Allah....!!!! Dia sentiasa ada untuk kita...bla....bla...."
Sebelum bersurai....adik2 tersebut akan diminta untuk mengisi azam baru selepas ini.
Assalamualaikum...
ReplyDeleteModule dan nama2 diatas terasa dekat dihati..
Boleh ana tahu dimana program ini dibuat?