2011,
tahun baru datang lagi. Bagi umat Islam tahun barunya sudah lama bermula 7 Dis 2010 bersamaan 1 Muharram 1432H. Tapi sorry la, baru hari nih dapat tulis blog...hehe
Hari nih, aku pegi kerja macam biasa. Macam hari-hari yang lepas. Jadi hari nih, aku nak cerita benda lain lah...bukan pasal kerja. Benda lain nih pasal meeting semalam, meeting untuk program 8hb nih.
Semalam buat meeting dengan beberapa orang kawan. Meeting program 8hb nih. Meeting nih, kalau diikutkan memang sudah lewat. Seminggu nak program, baru buat meeting. Bagi yang biasa buat program on-the-spot, mungkin tidak menjadi masalah. Macam program dengan pelajar SMK Pinggan-pinggan, Pitas. Esok nak program, malam tuh baru kami meeting dan amik bahan2 program. Akhirnya kami bertolak ke Pitas jam 1 pagi. Dalam keadaan begitu, Alhamdulillah masih sempat siapkan slide ketika dalam perjalanan. Perjalanan amik masa 3-4 jam sebab kena singgah rehat dan solat subuh kat Kota Marudu. Penat...memang penat...tapi bagi yang dah biasa, penat itulah kepuasan. Kepuasan bila dapat bantu agama Allah....(^__^)
Bagi yang tak biasa, yup...sudah pastilah berlaku perselisihan faham dan alasan demi alasan, satu persatu terkeluar...Dan aku seharusnya belajar untuk menerima keadaan itu. Menerima keadaan bahawa tidak semua orang boleh buat kerja on-the-spot...dan tidak semua orang boleh berkorban....aku tak boleh anggap yang semua orang sama macam aku. Aku kena ajar diri aku supaya menerima perbezaan setiap sahabat. Walaupun dari kecik, aku selalu anggap semua orang sama......!!
Meeting nih sepatutnya dihadiri oleh sahabat2 bekerja, tapi sedih bila yang datang semuanya sahabat2 IPT kecuali seorang. Terpaksalah aku melantik AJK tanpa melalui sistem demokrasi. Aku ndak pasti kalau ada yang ndak setuju dilantik tanpa pengundian. Tapi biasanya begitulah pengarah program. Lantik AJK dulu then usulkan dalam meeting. Masalahnya bila aku ndak tau sapa yang mau datang, jadi terpaksalah aku lantik orang yang bukan sepatutnya.
Kalau ikutkan hati, memang rasa patah hati jugak bila kawan yang sepatutnya datang, ndak datang. Tapi kena teruskan jugak... Dakwah tidak akan menunggu orang yang hujung minggunya untuk TV. Dakwah tidak akan menunggu sesiapa. Dakwah akan terus berjalan. Yang penting kena yakin, kalau kita tolong agama Allah, akan datang pertolongan yang tak disangka-sangka......
Program on-the-spot dengan adik2 Junior Medic
No comments:
Post a Comment