Sampai di pejabat, sy susun segala buku-buku yang kebanyakkannya belum terbaca, kertas-kertas amanah yang masih berselerakan di atas rak turut sy susun. Hari nih, sy nak susun jadual harian semula. Nak buat jadual mutaba'ah. Dan paling penting, nak buat target selepas ini.
Kenangan-kenangan sepanjang Ramadhan dan Syawal silih berganti mengisi ruang fikiran. Ada perkara yang mengembirakan tapi lebih banyak perkara yang mengecewakan, itu harus sy lalui. Kerna sy harus akur sy tidak akan mampu mengubahnya kecuali menghadapinya. Dan sy juga harus kuat, air mata ini terlalu mahal untuk menangisi secebis luka. Yup...ia terlalu mahal. Apa yang sy mampu lakukan adalah terus tersenyum dan tersenyum di pagi raya dan hari-hari seterusnya.
Dengan senyuman yang tidak pernah tanggal di bibir, sy menyambut hari raya bersama sahabat-sahabat lain. Sengaja, sengaja sy paparkan wajah gembira pada insan-insan yang memberi senyuman. Sekalipun senyum itu hanya umpama "ubat penahan sakit". Sakitnya kurang terasa tapi lukanya masih berdarah.
Maryam, kau harus kuat...!! Bukankah Allah menguji sesuai dengan kemampuan dirimu?? Bukankah ujian itu tanda kasih Allah padamu?? Kau harus kuat maryam. Ingat, ujian adalah guru yang tidak bercakap tetapi ia sangat mendidik dan mengajar. ...!!
“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga,
pada hal belum nyata bagi Allah
orang-orang yang berjihad
di antara kamu
dan belum nyata orang-orang yang bersabar”
(Ali Imran: 142)
RUMAH TERBUKA PSS
Sy sempat ke majlis rumah terbuka PSS. Simple. Tapi nyata siraman tazkirah dari Saudara Zulhilmi menyegarkan semula semangat hadirin2 yg hadir. Sayangnya, sy terpaksa pulang awal.
.: Rajin bergambar nih. Beraya mana2 pun bergambar. nak join, nak join~ hehe, acah aja. :-) :.
ReplyDeleteAskm.wbt.. adikku yang dikasihi kerana Allah..cewah! tak sangka ada blog juga ya...mantap!!
ReplyDelete