Monday, September 6, 2010

Hari-Hari Tanpa Solat, Qiam & Puasa

Hari pertama ABC ok lagi...

Hari kedua pun masih ok.....

Masuk hari ketiga, jiwa mulai kacau.....

Masuk hari seterusnya, perangai mulai pelik. Stat dah tinggal amalan-amalan yang biasa dibuat. Stat dah buat benda-benda jahiliah yang kecik, buang masa dengan fb, internet hingga jam 3-4-5 pagi dll.

Masuk hari ke lima dan seterusnya mulai hilang semangat, jiwa kacau, fikiran pun ntah apa-apa. Makin banyaklah amalan-amalan lazim tertinggal. Makin banyak amalan-amalan jahiliyyah terbuat. Hati sangat sunyi. Sunyi yang tidak dapat sy ceritakan.

Kalau sunyi dari lelaki, kita boleh cari alternative lain. Borak dengan bapa, lelaki juga. Bergurau dengan adik lelaki, lelaki juga. Chat dengan anak murid, lelaki juga. Hati sy boleh diisi dengan lelaki sekalipun secara fitrahnya sy mahu ia dihuni oleh “pemimpin” sy. Tapi kalau sunyi dari solat, rasanya tiada kata yang dapat sy taipkan untuk sy ceritakan betapa sunyinya jiwa menghadapi hari-hari tanpa solat.

“Ruby, sy takde semangat la sekarang nih..... Sy rindu nak solat”

Itu antara kata-kata yang sering sy luahkan kepada sahabat sy. Hampir setiap bulan. Setiap kali sy wajib meninggalkan solat kerana tuntutan syariat @ ABC.


Kali ini. Di bulan Ramadhan. Sy ingin menangis. Jika bulan-bulan sebelum ini, sy sekadar wajib tinggalkan solat. Tapi kali ini, sy bukan sahaja perlu tinggalkan solat tapi juga puasa...!!

Hari-hari yang sy lalui seakan-akan sama seperti hari-hari biasa di bulan-bulan biasa. Ramadhan seakan hilang ni'matnya. Syawal yang bakal menjelma, tidak sy rasakan auranya. Sy cuba istiqomah, kekalkan amalan-amalan kecil. Buat jadual mutabaah sepanjang waktu ABC. Bangun dari tidur, baca Al-Mathurat. Sebelum tidur, muhasabah diri. Sy sibukkan diri sy dengan aktiviti kebajikan hingga masa untuk keluarga dikorbankan. Tapi ia tetap tidak akan sama dengan hari-hari dibolehkan bersolat dan berpuasa. Ia juga tetap tidak akan sama dengan hari-hari dibolehkan memegang&membaca al-Quran. Auranya sangat berbeza....!!
Solat. Memberi ketenangan. Jaga sy dari perbuatan maksiat. Solat juga menjaga jadual harian sy. Sy tidak perlu melihat diary. Cukup waktu solatt sebagai panduan sy. Tanpa solat, jadual harian sy agak terganggu. Aktiviti jahiliah kadang-kadang tanpa disedari terbuat. Ya lah...banyak masa terluang. Sy rindu solat. (Klik sini)

Puasa. Baik untuk kesihatan. Jaga sy dari perangai-perangai pelik. Emosi juga terjaga. Sy lebih bersabar bila berpuasa. Sy juga lebih banyak mengalah. Dan puasa mendidik sy supaya sentiasa bersangka baik dengan orang lain. Sy rindu berpuasa.

Kelmarin, sy terima bungkusan kecil dari seorang sahabat. Comel. Di dalamnya ada kurma, kismis dan beberapa jenis makanan sunnah. Katanya,bungkusan itu hadiah untuk sesiapa yang buat qiam sepanjang 10 hari terakhir. Sy ingin menangis saat itu. Qiam? Tahukah sahabat itu, betapa jiwa sy sedang kosong tanpa solatdan puasa? Nak qiam, jauh sekali.....

Pernah juga sy terfikir, mungkin Allah bagi cuti supaya sy menghargai hari-hari yang dibolehkan beribadat. Supaya sy bersungguh-sungguh sepanjang tempoh dibolehkan beribadat. Tapi hingga kini, sy masih tak boleh fikir, bagaimana manusia-manusia lain boleh hidup tanpa solat? Tidakkah hati mereka merasa sunyi sebagaimana yang sy rasakan? Bagaimana hari-hari yang mereka lalui tanpa solat? Dan bagaimana jiwa mereka di bulan ini?
================================================================
*ABC= Allah Bagi Cuti

Untuk muslimat sahaja:
Sepanjang waktu ABC, kita dibolehkan buat amalan-amalan lazim kecuali solat, puasa sewaktu dengannya.

Contoh amalan lazim: Bangun tengah malam, berzikir, berselawat dll. Walaupun tidak sama seperti hari-hari boleh beribadat, sekurang-kurangnya kita berusaha menjaga amalan-amalan kecil ini. Takut2 kalau hati tidak diisi benda baik, benda buruk akan masuk huhu.....

No comments:

Post a Comment