"awakk*....tadi ada makcik minta duit dengan aku.."
Belum sempat duduk, kawan sepejabatku sudah membuka mulut menceritakan "kebajikan" yang dia lakukan pagi tadi. hm....orang lain pun buat kebajikan jugak, takde la pulak nak cerita kat orang, prasangka jahat tanpa segan silu membisik-bisik ke telingaku terus meluncur laju masuk ke hati. Adoi....kalo ndada iman, macam ni lah. Senang-senang jak berprasangka pada orang lain.
"Berapa banyak dia minta?", aku cuba melayan.
"5 ringgit jak"
RM5?? Macam aku pernah kena juga, bisik hatiku. Untuk kepastian, aku menemuramah kawanku semula.
"makcik tuh, dengan anak lelakinya, kan?"
"iya. Dia kata dia hilang duit"
"Dia kata mau pegi papar, kan?"
"iya. itu lah dia cuma minta RM5 jak"
Sah...memang sah...sah makcik yang pernah meminta duit RM5 dengan aku bulan Ramadhan yang lepas nyata hanya menipu.
"Masa time aku kena tuh pun dia kata mau ke papar. Dari tawau konon. Dia kata dia kena tipu, habis duit dia hilang"
"Aku pulak dia kata dari keningau. Mau ke papar. Tapi dia kata duit dia abiss"
"kau bagi dia berapa la?"
"RM5 jak sebab aku fikir, kalo mau bersedekah pun biarlah dengan kemampuan"
"RM5?? awakk* tau sy bagi berapa? RM20 sebab aku kesian. Aku siap belikan lagik anak lelakinya makanan. Time tuh, dah la aku ndada duit, bulan ramadhan lagik tuh...!!"
Ops...kali ini giliran aku pulak mengebahkan "kebajikan" yang aku lakukan pada makcik tuh di bulan Ramadhan yang lepas, yang selama ini aku sembunyikan dari mana2 kawan atau keluargaku. Riak dan ujub terasa seakan sedang berlegar-legar di segenap ruang di hatiku. Bila syaitan dan nafsu menguasai, keikhlasan hati runtuh sekelip mata. Yup..terlalu sukar mejaga keikhlasan bila diri rasa tertipu. Bagaimana mungkin saat ini dapat kami bersangka baik kepada makcik tersebut?
"Eei, geramnya aku dengan makcik tuh.....!!"
"tu la pasal...."
"yang aku geram, dia bawa anak dia sekali apsal. Makcik tuh ndak sedarkah dia tengah ajar anak dia menipu??Esok lusa, budak tuh tipu dia pulak, baru dia tau..!!"
"lepas tuh, yang hebatnya. dia tak minta banyak, jadi kita pun kesian!!"
"RM5, kalo minta kat 10 orang, dapat la RM50 sehari, bleh kaya jugak nih"
"Yang aku pelik, dia kata mau ke papar. Tapi dia menuju ke Centre Point"
"kurang assammm punya makcik!!!"
Perbualan kami petang itu, akhirnya bertukar menjadi kutuk-mengutuk kepada makcik tersebut. Geram. Memang geram bila rasa tertipu. Tapi jauh di sudut hati sy, mungkin Allah saja nak uji keikhlasan aku berbuat kebajikan kepada makcik tuh di bulan Ramadhan. Mungkin...mungkin...yaa mungkin saja begitu.
Bulan Ramadhan yang lepas, sy tak bayar zakat. Bapa yang bayarkan. sy tercari-cari ruang yang membolehkan sy bersedekah tanpa diketahui oleh sesiapa. Kalau bersedekah di masjid, pasti sahaja ada mata yang melihat. Kalau bersedekah ketika bersama jemaah, mungkin saja ada hati yang memuji. Ah.....Ramadhan kali ini, sy memang bertekad mencari ruang yang membolehkan sy bersedekah tanpa diketahui orang kerana sy ingin rasakan betapa manisnya bersedekah tanpa diketahui oleh mana2 manusia.
Suatu hari di bulan ramadhan yang lepas, sedang sy berjalan dari Centre Point ke Api-Api Centre, sy disapa oleh seorang makcik bersama anak lelakinya(usia dlm lingkungan 9-11 tahun) meminta duit RM5. Dia dalam kesusahan.Dia baru balik dari Tawau. Dia kena tipu. Duit habis semuanya. Anaknya belum makan. Suami dah meninggal...bla...bla...bla.....
Mau menangis rasanya mendengar cerita makcik tuh. Sy menangis bukan kerana sedihnya cerita makcik tuh tapi sy menangis gembira. Gembira kerana Allah beri peluang kepada sy untuk bersedekah tanpa diketahui orang. Dan inilah saat2 yang selalu nanti dalam hidup sy.
Tapi hati siapa tak rasa geram bila tahu makcik yang sama rupanya sekadar menipu. Eei...!! Berkali-kali sy cuba bersangka baik. Namun pada akhirnya kegeraman yang sy temui. Kalau sy jumpa sekali lagi makcik tuh, sy akan katakan padanya:
"Makcik, kalaupun, memang susah, dan tak tau nak cari duit, janganlah menipu orang. Makcik tuh masih sihat. Masih boleh bekerja. Dan lagi satu, yang makcik bawa anak makcik nih apsal? Hari nih, dia belajar menipu orang melalui makcik. esok lusa, dia tipu makcik. Baru padan muka makcik...!!"
*************************************************************************************
Selesai "sesi kutuk-mengutuk", sy kembali duduk di kerusi. Buku Adab Ramadhan, Hikmah Terapi Puasa, 24 Jam Amalan Rasulullah, Bagaimana menyentuh Hati, Bahagiakan hati dan buku-buku lain yang tersusun di atas meja seolah-olah sedang menangisi ketidakikhlasan aku. Betapa banyaknya ilmu yang kuperoleh dari buku-buku itu. Namun mudahnya aku lupa. seolah-olah hilang keberkatan membaca buku-buku tersebut. Adoi....!!!
Cuba kusumbat kembali ayat-ayat tarbiah yang pernah kuperoleh dari buku-buku tersebut. Huh...manusia. Hari nih kata ikhlas, esok lusa, baru diuji sedikit sudah mengamuk.
Dan Maha Kreatif-nya Allah dalam menguji keikhlasan hamba-hamba-Nya. Perkara yang sudah hampir sebulan berlalu, diuji hari ini. Dan aku? aku hanya mampu menangisi ketidakikhlasanku.
Makcik tuh menipu sama ada di bulan Ramadhan atau tidak. Sama ada di depan anaknya atau tidak, bukanlah satu persoalan besar. Tetapi apa yang penting adalah apakah hati ini mampu mengekalkan keikhlasan bila diuji dengan penipuan.....huhu
"Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku,
ibadahku, hidupku,
dan matiku hanyalah untuk Allah,
Tuhan semesta alam.
Tiada sekutu bagi-Nya;
dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku
dan aku adalah orang yang pertama-tama
menyerahkan diri (kepada Allah).”
(QS Al-An’am : 162-163)
*awakk: nama panggilan mesra antara sy dan sahabat tersebut
No comments:
Post a Comment