Pada suatu hari seorang oemuda yang terkenal sebagai seorang FASIQ meninggal dunia. Tidak ada seorang pun yang mahu menguruskan jenazahnya. Isterinya lalu membayar dua orang untuk memikul jenazahnya ke masjid untuk disholati. Namun, tidak ada seorang pun yang mahu mensholati jenazah si fasiq tadi.
Akhirnya, sang isteri membawa jenazah tersebut ke tengah padang yang luas untuk dikebumikan. Di situ, ada seorang ahli zuhud yang tinggal di gunung. Dia seolah-olah menunggu kedatangan jenazah si fasiq tadi.
Tersebarlah cerita si zuhud turun untuk mengerjakan solat jenazah untuk si fasiq tadi hingga penduduk sekitar situ turut turun melakukan sholat jenazah kepada si fasiq tadi.
Seusai sholat, penduduk hairan, mengapa si zuhud mahu mensholati jenazah si fasiq. Mereka pun bertanya hal itu kepada si zuhud. "Aku mendengar dalam mimpiku, agar aku mensholati si fulan kerana ia diampuni Allah", jawab si zuhud.
"Bagaimana perilaku jenazah semasa hidupnya?", tanya si zuhud kepada isteri jenazah si fasiq tadi.
"Orang mengenal suamiku memang sebagai ahli maksiat dan sering mabuk," Jawab si isteri.
"Cubalah teliti kembali, apakah dia memiliki kebaikan-kebaikan?", si zuhud bertanya lagi.
"Ya, tiga hal. Pertama, bila dia sedar dari mabuknya di waktu subuh, dia segera mengganti pakaian, berwudhu dan ikut solat subuh berjemaah. Kedua, di rumah tak pernah sepi dari satu atau dua anak yatim. Kasih sayangnya pada anak yatim melebihi pada anaknya sendiri. Bila tak menemukan anak yatim, dia akan mencari. Ketiga, dia pernah sedar dari mabuknya di malam hari. Kemudian menangis dan berkata," Ya Tuhanku, letak neraka Jahannam mana yang Kau kehendaki untuk meletakkan orang terkutuk ini?", jawab wanita itu tentang suaminya.
No comments:
Post a Comment