Adalah menjadi suatu kesedihan, apabila ruangan maya yang kita sediakan untuk bertukar-tukar ilmu agama yang kita yakini sahih menurut apa yang difahami oleh para salafussolihin dengan kebenaran ilmu, telah menjadi medan "copy and paste" dan "forward" bahan yang tidak diketahui kebenarannya. Sikap begini, iaitu sikap "copy and paste" tanpa menyelami dahulu bahan adalah suatu sikap yang mesti dihentikan dengan segera kerana banyak mendatangkan kekeliruan dan memberi gambaran salah terhadap ramai orang (mislead) serta menyukarkan pula usaha-usaha untuk membersihkan kekeliruan tersebut. Malah sikap begini menguntungkan pula golongan yang tidak sepatutnya.
Marilah kita mengambil manfaat daripada kata Khalifah Umar bin Abd al-Aziz, "Barangsiapa melakukan suatu pekerjaan tanpa ilmu pengetahuan tentang itu maka apa yang dia rosakkan lebih banyak daripada apa yang dia perbaiki" (Jami' Bayan al-'Ilm wa Fadhlih, karangan Ibn 'Abd al-Barr). Kita juga patut merasa gentar dengan firman Allah swt yang telah menyebutkan "Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang kamu tidak ketahui kerana Sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan kamu dan hati kamu semuanya akan ditanya dan dipersoalkan. " (Surah Al-Isra : 36) dan firmanNya yang lain " Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan sahaja. Sungguh sangkaan mereka langsung tidak membawa manfaat pada mereka (dalam membawa mereka) kepada kebenaran sedikitpun" (Surah Yunus : 36).
Alangkah malangnya kita, andai usaha kita yang kita sangkakan sebagai usaha untuk membantu agama Allah SWT rupanya menjadi sia-sia akibat sikap kita yang tidak mahu terlebih dahulu memastikan kesahihan bahan yang kita dapati itu; apakah ia membantu kefahaman ummah terhadap peri pentingnya kembali kepada ketulenan agama sepertimana yang difahami oleh para salafussolihin terhadap Islam yang diturunkan kepada Rasulullah atau pun semakin membantu mereka menjauhi salafussolihin.
Allah SWT memberi amaran yang cukup jelas di dalam firmanNya, "Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya? Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik-baiknya. " (Al Kahfi : 103-104). Cukuplah kita menjadi pendusta dengan kita menyampaikan segala apa yang kita baca dan dengar tanpa terlebih dahulu memeriksa kesahihannya.

Dalam kita mengambil ilmu berkenaan agama kita, yang paling penting adalah memastikan apakah ilmu itu benar datang daripada Rasulullah dan salafussolihin. Kita menyandarkan pengambilan agama kita terhadap salafussolihin kerana mereka ini adalah golongan awal yang sangat memahami Islam ini dan diikiraf oleh Rasulullah menerusi sabdanya, "Sebaik-baik kurun manusia ialah kurun aku berada di dalamnya dan kemudian kurun kedua dan kurun ketiga" (Sahih Muslim no 1965 Jilid 2, Abu Daud 44 Jilid 5).
Kadang-kadang kita merasa kagum secara melulu terhadap mereka yang digelar ulama tanpa melihat di mana pendirian mereka, apakah mereka itu penyokong tariqat sufi, apakah mereka itu ahli kalam dan sebagainya. Masalah dengan umat Islam kita di Malaysia ini, sesiapa sahaja yang balik daripada Timur Tengah atau mempunyai Sijil Agama itu terus sahaja di anggap ustaz, ulama dan sebagainya.
Saya pernah berhadapan dengan seorang sahabat yang mengambil Syariah tahun dua di universiti tempatan yang sanggup menyorok di dalam bilik sehingga luput waktu Subuh semata-mata takut terserempak dengan sekumpulan pelajar dari jemaah tabligh. Tidaklah saya bermaksud untuk mengatakan semua pelajar jurusan agama begitu, malah ramai mereka ini yang bersusah payah untuk mendalami agama kita setulen-tulen fahaman golongan salafussolihin sampai mereka ini dikeji dan difitnah seperti membawa fahaman wahabi dan sebagainya. Biarlah saya tekankan di sini, dalam kita memilih guru, ulama dan sebagainya untuk mengambil pengetahuan agama kita, biarlah kita melihat sumber pengambilan mereka. Apakah mereka mengambil pengambilan mereka dari salafussolihin atau pun tidak.
Jika tidak, maka tidak kiralah sama ada beliau pengarang kepada 105 buah kitab dan mendapat pula sanjungan orang ramai, maka kuranglah manfaat yang boleh kita ambil daripada mereka kerana kita yang mengakui ahlu sunnah wal jamaah ini amatlah menitik beratkan akan ketulenan pemahaman agama kita daripada golongan awal umat ini. Jika kita mengambil enteng perkara ini, segala macam fahaman pelik akan turut menjadi sebahagian daripada agama kita seperti fahaman golongan jihadi yang mengebom sesuka hati atas nama jihad atau pun golongan sufi yang mengamalkan zikir-zikir pelik atas nama tazkiyatun-nafs.
Sesungguhnya, zaman kita ini semakin sikit manusia yang ingin benar-benar berada di jalan salafussolihin, eloklah kita mengambil ikhtibar daripada hadith Rasulullah SAW: Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepas aku pasti akan melihat perselisihan yang banyak. Maka berpeganglah kamu pada Sunnah aku dan sunnah khulafa Ar-Rasyidin yang diberi pertunjuk selepas aku . Peganglah ia (sunnah) sesungguh-sungguhny a sehingga kalau pun kamu terpaksa mengigitnya dengan gigi geraham kamu. Dan berhati-hatilah kamu dengan perkara baru ! Sesungguhnya setiap perkara baru (dalam agama) ialah bid'ah ! dan setiap bid'ah itu sesat ! (Hadith Sahih , riwayat Tirmidzi (no.2676) , Abu Daud (no. 4607) dan Ahmad (no.12561).
Tidaklah bererti ramainya pengikut, tinggi pula sanjungan masyarakat bererti dialah yang sepatutnya menjadi pengambilan agama kita. Malah Allah memberi amaran yang jelas kepada kita; Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)." (Al An'am : 116). Akhir kata, eloklah kita mengambil ikhtibar daripada kata-kata seorang tabiin, Muhammad bin Sirrin, "Sesungguhnya ilmu adalah agama, maka lihatlah dari siapa kalian mengambil agama kalian" (Diriwayatkan oleh Muslim). Wallahualam.
Tidaklah saya menghalang untuk `forward' atau `copy and paste' bahan-bahan bermanfaat, cuma kajilah kesahihan bahan tersebut. Begitu juga dalam kita mengagumi seseorang tokoh, janganlah cepat memuji orang tanpa melihat latar pengambilan ilmunya lalu kita sebar-sebarkan kegemilangannya kepada orang lain. Begitulah juga jangan kita cepat mengeji orang tanpa melihat latar pengambilannya. Saya memohon maaf kalau tulisan ini menggores hati sesiapa. Saya juga manusia yang lemah, tidak lari daripada salah silap.
Saya menulis ini atas kesedaran terhadap firman Allah SWT ,"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf mencegah dari yang mungkar" (At Taubah : 71). Marilah kita tolong menolong dalam perkara makruf dan tolong menolong dalam mencegah yang mungkar. Saya mendoakan kita semua tetap dalam manhaj golongan awal ummah. Wallahualam.
Mukhlisah Nur: amik dari email Alief Azizi, 26 Julai 2007

No comments:
Post a Comment