Saya baru balik dari berjumpa seorang kakak. Banyak benda yang kami bincang termasuklah hal dakwah. Ya...saya akui saya amat ketinggalan dalam dakwah. Dan banyak perkara yang saya tidak faham tentang dakwah. Alhamdulillah Allah menemukan saya dengan kakak ini. Darinya, sedikit sebanyak saya belajar tentang dakwah dan perjuangan. Pertemuan tadi, sempat saya tuliskan satu ayat yang cukup indah untuk direnungi....
“Keje dakwah nih sebenarnya pilihan Allah. Kita adalah pilihan Allah”
Rasa ingin menangis saat itu juga. Terlalu terharu dan rasa hina mendengar perkataan ‘pilihan Allah’. Teringat saya pada sahabat-sahabat dalam PSS. Saya rindukan mereka semua. Sudah lama saya tidak mengikuti sebarang aktiviti dakwah PSS. Dan saya seakan ketinggalan informasi-informasi baru PSS. Saya tahu semuanya silap saya, tidak tahu mengurus masa dan emosi. Berdepan dengan lambakan kerja. Ditambah lagi ujian peribadi. Aduss...saya begitu mudah jatuh hanya kerana masalah remeh sebegitu. Nyata, dakwah bukan untuk orang seperti saya yang hanya melakukan kerja dakwah di masa lapang sahaja. Dakwah juga bukan untuk orang manja seperti saya yang bila diuji sedikit terus lemah. Dakwah untuk orang-orang hebat seperti sahabat-sahabat PSS, yang bekerja sepanjang masa...aduss...!!
Kadang-kadang saya ingin menangis bila teringatkan diri saya ketika mula-mula menyertai sahabat PSS. Saya akui saya masuk tanpa ada ilmu dan kefahaman yang sahih. Ya..orang lain buat program kerana faham apa itu dakwah. Sedang saya, sekadar ikut-ikut. Hanya satu yang saya harapkan daripada saya isi masa lapang dengan benda tak berfaedah lebih baik saya ikut sahabat2 PSS. Namun saya akui, jauh di sudut hati saya, rasa rendah diri jika dibandingkan dengan sahabat-sahabat yang lain. Siapalah saya ketika itu.
Mungkin ramai yang menggangap saya hebat hanya kerana saya seorang ‘kakak’ dalam PSS. Tapi tidak ramai yang tahu, sebenarnya saya masih rapuh dan lemah. Saya baru sahaja mengenali perkataan dakwah. Itupun masih merangkak-rangkak untuk memahaminya apatah lagi memasukkan perkataan dakwah itu dalam diary harian saya.
Dan Allah seakan memahami jiwa hamba-Nya. Dia menemukan saya dengan kakak ini. Darinya saya pelajari banyak hal jamaah dan kepentingan berdakwah. Berada dalam jamaah Islam amat memerlukan pengorbanan dan perjuangan. Tapi semua itu hanya mampu dilakukan untuk orang yang faham tarbiyah dan dakwah. Bila kita faham apa itu dakwah, datangkan apa bentuk ujian sekalipun pasti kita akan sanggup harungi kerana kita tahu betapa indahnya merindui syurga Ilahi...!
Saya teringat kata-kata presiden PSS ketika muktamar lepas, “kalau nak faham dakwah, cuba hadam dulu sirah Rasulullah. Qiamullail jangan tinggal. Mathurat baca setiap hari...!” Aduss....rasa-rasanya saya ingin menangis saat itu juga. Betapa rendahnya ilmu dan amalan saya. Betapa saya hanya suka meragui gerak kerja jamaah tanpa berusaha memahaminya dengan ilmu. Seakan tidak layak berada di hadapan orang lain. Terima kasih presiden...! Saya akan sedaya upaya memahami erti dakwah dan jamaah sekalipun sekadar belajar melalui blog ustaz ini atau blog sahabat ini, sekalipun terpaksa merangkak-rangkak memahami buku-buku gerak kerja dakwah. Saya akan cuba. Sekalipun saya ketinggalan berbanding sahabat lain. Terima kasih presiden...!!
No comments:
Post a Comment