Friday, March 12, 2010

Kerja atau buat bisness..??

Semalam ada 2 meeting. Meeting nak buat biznes dengan seorang kawan dan meeting seorang kakak. Saya nak buat biznes. Macam-macam idea biznes timbul di fikiran saya.Saya tidak sabar meletupkan segala ilmu yang saya kutip sepanjang bekerja dengan sekolah swasta, GEMS dan kursus keusahawan. Bukan tidak bersyukur dengan pekerjaan sekarang, tetapi saya ingin bebas daripada masalah ‘duit gaji haram’. Saya nak bagi contoh, kita diberi kerja dari jam 8 am hingga 5 pm. Tetapi adakah betul kita gunakan waktu kerja itu untuk bekerja??(peringatan untuk penulis)

Jom muhasabah diri....!!

Masuk pejabat, 1st sekali kita akan buka laptop. Then cek email. Kot-kot ada emel bos. Tapi adakah kita benar-benar hanya akan cek emel yang bersangkutan dengan kerja? Tipulah kalau kita tidak melencong menghadap facebook. Tipulah kalau kita tidak melencong menghadap berita online. Tipulah kalau kita masuk pejabat terus buat kerja. Kalau jam 8 am masuk, jam 8 tu lah baru nak sarapan. Baru nak mekap. Nak bayar bil air lah. Nak bayar bil broadband lah...dan macam-macam lagi. Itu tidak termasuk kita menggunakan telefon opis untuk urusan peribadi...adus

Itu baru hal kita dengan bos. Belum lagi hal kita dengan Allah. Seakan kita tidak merasa diperhatikan Allah. Seakan hidup kita hanya di dunia. Seakan Malaikat tiada fungsi sekalipun berada dengan kita sepenuh masa...(peringatan untuk penulis)

Adakalanya, saya merasakan betapa tidak amanahnya saya bekerja dengan orang. Merenung gaji yang setiap bulan diterima menambahkan kegelisahan hati saya. Mahu saja setiap kali terima gaji saya kata pada bos, “Bos, terima kasih. Minta maaf semua silap saya. Termasuklah jika saya menggunakan waktu pejabat untuk urusan peribadi. Minta maaf sangaat-sangat....!!”

Andai saya ada duit sendiri, saya nak buat biznes. Sebab utamanya hanya dua. Saya yakin dengan hadis Rasulullah SAW bahawa 9 dari 10 rezeki datang dari berniaga. Kedua, supaya bila hujung bulan, saya tidak gelisah memikirkan duit yang diterima.....!!

No comments:

Post a Comment