Friday, March 12, 2010

Kerja atau buat bisness..??

Semalam ada 2 meeting. Meeting nak buat biznes dengan seorang kawan dan meeting seorang kakak. Saya nak buat biznes. Macam-macam idea biznes timbul di fikiran saya.Saya tidak sabar meletupkan segala ilmu yang saya kutip sepanjang bekerja dengan sekolah swasta, GEMS dan kursus keusahawan. Bukan tidak bersyukur dengan pekerjaan sekarang, tetapi saya ingin bebas daripada masalah ‘duit gaji haram’. Saya nak bagi contoh, kita diberi kerja dari jam 8 am hingga 5 pm. Tetapi adakah betul kita gunakan waktu kerja itu untuk bekerja??(peringatan untuk penulis)

Jom muhasabah diri....!!

Masuk pejabat, 1st sekali kita akan buka laptop. Then cek email. Kot-kot ada emel bos. Tapi adakah kita benar-benar hanya akan cek emel yang bersangkutan dengan kerja? Tipulah kalau kita tidak melencong menghadap facebook. Tipulah kalau kita tidak melencong menghadap berita online. Tipulah kalau kita masuk pejabat terus buat kerja. Kalau jam 8 am masuk, jam 8 tu lah baru nak sarapan. Baru nak mekap. Nak bayar bil air lah. Nak bayar bil broadband lah...dan macam-macam lagi. Itu tidak termasuk kita menggunakan telefon opis untuk urusan peribadi...adus

Itu baru hal kita dengan bos. Belum lagi hal kita dengan Allah. Seakan kita tidak merasa diperhatikan Allah. Seakan hidup kita hanya di dunia. Seakan Malaikat tiada fungsi sekalipun berada dengan kita sepenuh masa...(peringatan untuk penulis)

Adakalanya, saya merasakan betapa tidak amanahnya saya bekerja dengan orang. Merenung gaji yang setiap bulan diterima menambahkan kegelisahan hati saya. Mahu saja setiap kali terima gaji saya kata pada bos, “Bos, terima kasih. Minta maaf semua silap saya. Termasuklah jika saya menggunakan waktu pejabat untuk urusan peribadi. Minta maaf sangaat-sangat....!!”

Andai saya ada duit sendiri, saya nak buat biznes. Sebab utamanya hanya dua. Saya yakin dengan hadis Rasulullah SAW bahawa 9 dari 10 rezeki datang dari berniaga. Kedua, supaya bila hujung bulan, saya tidak gelisah memikirkan duit yang diterima.....!!

Terima Kasih Presiden...!!

Saya baru balik dari berjumpa seorang kakak. Banyak benda yang kami bincang termasuklah hal dakwah. Ya...saya akui saya amat ketinggalan dalam dakwah. Dan banyak perkara yang saya tidak faham tentang dakwah. Alhamdulillah Allah menemukan saya dengan kakak ini. Darinya, sedikit sebanyak saya belajar tentang dakwah dan perjuangan. Pertemuan tadi, sempat saya tuliskan satu ayat yang cukup indah untuk direnungi....

“Keje dakwah nih sebenarnya pilihan Allah. Kita adalah pilihan Allah”

Rasa ingin menangis saat itu juga. Terlalu terharu dan rasa hina mendengar perkataan ‘pilihan Allah’. Teringat saya pada sahabat-sahabat dalam PSS. Saya rindukan mereka semua. Sudah lama saya tidak mengikuti sebarang aktiviti dakwah PSS. Dan saya seakan ketinggalan informasi-informasi baru PSS. Saya tahu semuanya silap saya, tidak tahu mengurus masa dan emosi. Berdepan dengan lambakan kerja. Ditambah lagi ujian peribadi. Aduss...saya begitu mudah jatuh hanya kerana masalah remeh sebegitu. Nyata, dakwah bukan untuk orang seperti saya yang hanya melakukan kerja dakwah di masa lapang sahaja. Dakwah juga bukan untuk orang manja seperti saya yang bila diuji sedikit terus lemah. Dakwah untuk orang-orang hebat seperti sahabat-sahabat PSS, yang bekerja sepanjang masa...aduss...!!

Kadang-kadang saya ingin menangis bila teringatkan diri saya ketika mula-mula menyertai sahabat PSS. Saya akui saya masuk tanpa ada ilmu dan kefahaman yang sahih. Ya..orang lain buat program kerana faham apa itu dakwah. Sedang saya, sekadar ikut-ikut. Hanya satu yang saya harapkan daripada saya isi masa lapang dengan benda tak berfaedah lebih baik saya ikut sahabat2 PSS. Namun saya akui, jauh di sudut hati saya, rasa rendah diri jika dibandingkan dengan sahabat-sahabat yang lain. Siapalah saya ketika itu.

Mungkin ramai yang menggangap saya hebat hanya kerana saya seorang ‘kakak’ dalam PSS. Tapi tidak ramai yang tahu, sebenarnya saya masih rapuh dan lemah. Saya baru sahaja mengenali perkataan dakwah. Itupun masih merangkak-rangkak untuk memahaminya apatah lagi memasukkan perkataan dakwah itu dalam diary harian saya.

Dan Allah seakan memahami jiwa hamba-Nya. Dia menemukan saya dengan kakak ini. Darinya saya pelajari banyak hal jamaah dan kepentingan berdakwah. Berada dalam jamaah Islam amat memerlukan pengorbanan dan perjuangan. Tapi semua itu hanya mampu dilakukan untuk orang yang faham tarbiyah dan dakwah. Bila kita faham apa itu dakwah, datangkan apa bentuk ujian sekalipun pasti kita akan sanggup harungi kerana kita tahu betapa indahnya merindui syurga Ilahi...!

Saya teringat kata-kata presiden PSS ketika muktamar lepas, “kalau nak faham dakwah, cuba hadam dulu sirah Rasulullah. Qiamullail jangan tinggal. Mathurat baca setiap hari...!” Aduss....rasa-rasanya saya ingin menangis saat itu juga. Betapa rendahnya ilmu dan amalan saya. Betapa saya hanya suka meragui gerak kerja jamaah tanpa berusaha memahaminya dengan ilmu. Seakan tidak layak berada di hadapan orang lain. Terima kasih presiden...! Saya akan sedaya upaya memahami erti dakwah dan jamaah sekalipun sekadar belajar melalui blog ustaz ini atau blog sahabat ini, sekalipun terpaksa merangkak-rangkak memahami buku-buku gerak kerja dakwah. Saya akan cuba. Sekalipun saya ketinggalan berbanding sahabat lain. Terima kasih presiden...!!

Wednesday, March 10, 2010

KERJA ITU IBADAH



Jam sudah menunjukkan jam 1.08 am. Mata sudah tidak mengantuk. Kertas kerja bertaburan di atas meja dan katil. Penat memang penat.

Kadang-kadang sy rasa seakan mahu berhenti kerja. Duduk di rumah seminggu dua. Bunyinya seakan tidak mensyukuri apa yangada. Baru tadi sy bercakap dengan seorang sahabat, yang baru sahaja bekerja. Itupun hanya menggunakan SPM. Tidakkah sy merasa beruntung berbanding dia? Huh...!

“Kerja Itu Ibadah”

Pernah dengar ayat di atas?? Alaa..sy yakin bagi yang selalu menjalankan kerja dakwah, ayat di atas amatmudah diselami. Tapi bagaimana untuk yang bekerja seperti sy?? Berkali-kali sy memikirkan ayat di atas, nyata sy masih tidak faham dan sukar untuk menghayati ayat di atas. Itu yang menyebabkan adakalanya sy rasa tertekan dengan kerja yang sy lakukan sekarang.

Banyak persoalan yang timbul. Andai kerja itu ibadah, apa kriterianya?

Dulu sy menyangkakan kerja itu ibadah andai kita dapat membantu orang Islam. Sy ingat lagi tempat praktikal sy, sebuah pekan yang jauh dari Kota Kinabalu. Tempat pertama yang sy pergi adalah masjid. Seronok sy melihat kanak-kanak di situ. Akhirnya sy mengajar kelas tuisyen secara percuma di masjid itu. Sy seronok dapat bantu orang Islam di situ.

Dulu sy sangkakan ‘kerja sebagai ibadah’ itu ertinya ke mana sahaja kita pergi, kita bawa fikrah Islam bersama. Dan itulah yang sedaya upaya sy bawa. Sy ingat lagi ketika di GEMS, sy membantu peserta meng’organize program Islam. Seronok sy rasakan bila sy dapat berbincang dengan mereka program-program Islam yang sesuai diadakan. Pertandingan Nasyid, pertandingan asma’ul Husna, pertandingan kuiz Islami, pertandingan poster, ceramah, usrah, tazkirah...Dan macam-macam lagi.

Tapi bagaimana pula kerja-kerja lain (contoh pengurusan, buat akaun)?? Jujur, sy lakukan kerana perlu mencapai KPI...aduss...!! Sy menangis. Sy betul-betul nak faham apa itu “kerja sebagai ibadah”?



Sekarang sy masih lagi keliru dan tak faham apa itu ‘kerja sebagai ibadah’?.
Kerja sy kali ini menguruskan program sekolah. Pergi ke sekolah buat promosi. Sy selalu pesan dengan diri sy supaya simpan niat untuk bantu orang lain memperbaiki diri. Niatkan sebagai dakwah. Tapi bila orang bertanya harga konsultasi yang kami buat, sekali lagi sy rasa ingin menangis.....Apakah sy buat kerana nak bantu orang Islam atau mencari keuntungan?

Bagaimana nak me-relate-kan kerja korporate dengan Islam?
(Kalau kerja dakwah, mungkin takde masalah)

Sebenarnya, apa itu “kerja sebagai ibadah”??

Friday, March 5, 2010

Dakwah. Kerja.Sahabat. Dan Lain-Lain...

Assalamu'alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barokatuh..

Beberapa minggu ini, sy berdepan dengan 'banyak tugasan'. Ya..semua orang menghadapinya. Dan kerana banyak tugasan inilah kita sering jadikan alasan(sindiran buat diri sendiri).

Sy suka bekerja dengan bos sy sekarang nih. Kalau pejabat lain, mungkin akan sediakan banyak kemudahan kepada pekerja. Ada kemudahan kesihatan, ada kemudahan pinjaman, ada kemudahan..macam-macam. Belum termasuk majlis makan-makan setiap bulan.

Berbeza dengan tempat kerja sy. Kami ada sesi tazkirah setiap hari khamis. Dan ada sesi ceramah setiap malam khamis. Tempat kerja anda ada??

Beberapa minggu lepas, sy ditugaskan oleh bos untuk meng'handle' usrah untuk muslimat di pejabat kami. Huh...Sy sangkakan kerja ini mudah. Ye lah..setakat setup usrah. Just tentukan tarikh, masa dan naqibahnya sapa.

Tapi rupanya sy silap. Bukan mudah untuk mengajak manusia hari ini ke majlis2 agama.

"maryaaaamm...tak cukup ke tazkirah setiap hari khamis?"

"maryaaammm...penat la. kita ada ceramah lagi setiap khamis malam....!"

"maryaaamm...mana boleh buat hari weekends...kami mau berehat...!!"

"maryaaammm.....maryaaammm...."


Sy tarik nafas panjang. Ya, kita memang mudah penat kalo bab berkaitan agama...

Segera sy adukan masalah ini kepada seorang teman. Kata-katanya simple tetapi cukup untuk membuatkaan sy lega.

"Kak, cukuplah dulu sesi tazkirah tuh. Mungkin dari situ, dorang akan faham"

Ya..sy setuju. Kata-katanya sama macam analogi tentang ream of paper. Pernah baca?? Cuba amik satu helai paper. Then tambah dengan satu paper lagi. Then tambah dengan satu paper lagi. Then tambah lagi.Tambah lagi.Tambah lagi hingga cukup jadi satu ream paper.

Begitulah juga dalam kerja-kerja nak bawa manusia ke jalan dakwah. Bilamana seseorang mendapat hidayah, ia ibarat lengkap satu ream paper. Hati kita mungkin tersentuh bila seorang demi seorang datang beri tazkirah. Macam kertas tadi, kita letak sehelai demi sehelai. Sehinggalah penuh dan cukup. Dan orang yang terakhir meletak itu hanyalah mencukupkan rasa untuk kita memahami erti islam.

Bukan sebab hanya seorang yg terakhir itu kita mendapat hidayahNya. Tapi disebabkan adanya kertas-kertas yang terdahulu, yang terbina sedikit demi sedikit. Sehinggalah cukup untuk kita tersentuh dengan hidayah islamiah ini.

Untuk sahabat-sahabat(bakal anak usrah/pekerja) yang diamanahkan pada kita, hendaklah kita menjadi pemberi kertas itu. Mungkin kitalah orang pertama. Tapi disebabkan helaian yang kita bagi, barangkali ialah yang menjadi asbab adik itu faham suatu hari nanti. Yakinlah dengan janjNnya. InsyaAllah. InsyaAllah. InsyaAllah.

Dan it is a big reminder juga buat kita as duat. Yang faham, bahawa da'wah ni bukan hanya kita seorang sahaja yang menyumbang sekiranya sahabat itu memahami erti da'wah dan tarbiyyah, malah menjadi hebat selepas itu. Tetapi sebab ramainya yang datang kepada dia sebelum itu. Dan ini membersihkan niat kita. Dan memahamkan kita erti bahawa, Allah sahajalah yang memegang hati-hati manusia. Dan kita hanya melaksanakan tugas kita. Tidak kisahlah kita jadi pemberi helaian muka depan ke, muka tengah ke, ya, bahkan percentage kita mungkin lebih kecil dari usaha-usaha orang sebelum kita. Tapi semua itu contribute untuk melengkapkan a ream of paper itu kan? Ya, dan kita ini hanya menyambung usaha-usaha orang sebelum-sebelum kita.

Ya, tepat sekali. Lagi besar pahala mereka yang meletakkan batu asas sesebuah rumah, despite of kekurangan banyak benda. Cuba bandingkan dengan mereka yang terus sahaja duduk dalam rumah itu?

Dan tak akan sama mereka yang sebelum fathul dan selepas fathul (pembukaan)... (57:10)