sayu baca nih.......
Setitik airmata ibu yang tumpah dari perbuatanmu samalah pedihnya seperti sebutir peluru yang menembusi dadamu..
p/s: ana dapat mesej daripada seorang ibu yg mngadu terasa hati dgn anaknya. Katanya sudah lah tidak pulang menjenguknya. Telefon pun tidak. Hanya sms pengganti diri. Kata ibu itu lagi, dia mahu mendengar suara anaknya. Wahai anak yg tak bisa pulang berhari Raya bersama keluarga terutamanya bersama si ibu dan dan ayah. Telefonlah mereka. Berbuallah dengan mereka. Insha Allah akan terubat rindu mereka. Rindu benar mereka padamu wahai anak. Jangan biarkan air mata itu mengalir kerana terasa hati denganmu kerana sesungguhnya neraka akan tersenyum dan melambai-lambaikan tangan kepadamu.
Teringat ana kepada lagu azimat ibunda dr kump far east:
"setitis air mata ibu yg gugur kerana kesedihan
segaris luka dihati ibu kerna kederhakaan
Tertutup pintu syurga jika tiada keampunannya"
Beruntunglah bagi mereka yg sentiasa mnggembirakan ibu dan bapanya kerana rahmat Allah menyertainya. Wahai anak...mereka benar2 menyayangimu, merinduimu...balaslah semua itu walau hanya dengan menelefon mereka.
No comments:
Post a Comment