Adakah Ini Pemimpin Yang Paling Miskin Masa kini ?
Kereta itu berusia 23 tahun dan bernilai kira-kira AS$1,900 (RM6,220).
Menurut deklarasi hartanya, bekas pemimpin gerila itu tidak mempunyai akaun bank dan aset lain. Manakala sebuah ladang bunga yang kecil pula diletakkan atas nama isterinya.
Pendapatan yang dilaporkan dalam deklarasi itu hanya gajinya sebagai Presiden iaitu kira-kira AS$11,000 (RM36,014) sebulan.
Harta Presiden Uruguay cuma bernilai RM6,200Presiden tersebut memberikan 20 peratus daripada pendapatan bulanan itu kepada pergerakan politiknya.
Beliau yang berumur 75 tahun menjalani kehidupan dengan penuh kesederhanaan.
Gaya hidup Mujica berbeza dengan Naib Presidennya, Danilo Astori yang mengisytiharkan kekayaannya sebanyak AS$250,000 (RM818,499). Ini termasuk sebuah rumah dan kereta yang bernilai 10 kali ganda daripada kereta Volkswagen Beetle tersebut. - AP
No comments:
Post a Comment