Rahasia Sains Bagaimana Menjadi Kaya..
Apabila anda mula membaca tajuk artikel ini sudah tentu persepsi pertama yang bermain dalam pikiran anda ialah “ah! Satu lagi penulisan kekayaan yang pasti membosankan”. Tetapi sekiranya anda meneruskan pembacaan , saya ucapkan terima kasih dan saya berjanji akan menghidangkan satu santapan yang enak kerana apa yang saya tulis disini mungkin boleh mengubah cara anda berfikir tentang kekayaan.
Bagaimana menjadi kaya? Buku Sains Bagaimana Menjadi Kaya mengajar bahawa untuk menjadi kaya manusia hendaklah melakukan sesuatu secara tertentu.Saya sudah membaca buku ini berkali-kali namun cara ‘tertentu’ untuk menjadi kaya belum juga saya temui. Buku ini tidak mengajar apakah langkah langkah yang patut diambil untuk menjadi kaya. Buku ini hanya mengajar pembacanya supaya berharap kepada Alam Semesta menurunkan kuasa ajaib untuk menjadikan dirinya kaya. Amat mengherankan kerana terdapat ratusan orang mendakwa telah menjadi kaya dengan hanya terbaca buku tersebut. Anda boleh layari website khas berkaitan dengan buku ini di http://www.scienceofgettingrich.net/. Mudah mudahan setelah membaca buku tersebut anda juga akan menjadi KAYA.
Kuasa Alam Semesta tidak akan menurunkan atau memberikan apa apa benda atau perkara yang ajaib kepada manusia kerana apa yang manusia perlu untuk menjadi kaya, Alam semesta sudah pun memberikannya. Semua sumber untuk menjadi kaya sudah tersedia di dunia ini. Udara, tanah, air, bahan mentah, logam, hutan, lautan, duit semuanya ada. Manusia hanya perlu berusaha untuk mendapatkan sumber kekayaan ini.
Definasi kaya adalah anda mepunyai duit dan harta yang sangat banyak! contohnya anda memilki jumlah kekayaan sebanyak 10 juta ringgit dan tidak berhutang sesen pun.
Bagaimana untuk memiliki duit dan harta yang sangat banyak?
Robert Kiyosaki pengarang buku Rich Dad Poor Dad memberi panduan bagaimana menjadi kaya yang amat praktikal. Saya yakin apa yang beliau tulis adalah ‘cara tertentu’ yang disebut dalam buku ‘Sains Bagaimana Menjadi Kaya’ itu. Menurut beliau ada tiga cara tertentu untuk menjadi kaya iaitu pertama, anda mestilah anak orang yang sangat kaya.
Sebagai contoh apabila anda berusia 21 tahun bapa anda telah mewariskan duit sebanyak RM10 juta kepada anda. Kedua, anda berkahwin dengan orang yang sangat kaya. Apabila sudah berkahwin nanti, pandai pandailah mengambil hati suami atau isteri kaya itu supaya dapat berkongsi kekayaannya. Ketiga, anda mestilah mempunyai kegiatan yang memberi anda pendapatan bersih lebih RM50,000 setiap bulan.
Mari kita bincang bersama. Cara pertama tadi memang boleh menjadikan anda kaya tetapi dengan syarat bapa anda sudah sediakala kaya dan bapa anda mewariskan hartanya kepada anda semasa anda masih muda lagi. Cara kedua adalah mencari pasangan hidup yang kayaraya. Lihatlah pasangan-pasangan orang kaya yang berkahwin dan tersiar dalam berita semasa. Artis artis muda berkahwin dengan datuk datuk orang kaya. Orang orang biasa berkahwin dengan jutawan.
Masalahnya ialah pada kebiasaannya kebanyakan orang kaya hanya akan mengahwini orang kaya. Ini kerana mereka takut berkongsi kekayaannya itu bersama dengan orang yang tidak kaya. Maklumlah kebanyakan orang kaya ini agak kedekut. Jangan persalahkan sifat kedekut mereka sebab untuk menjadi kaya salah satu sifat penting yang harus anda amalkan adalah sifat kedekut.
Disinilah kita nampak peluang. Sekiranya anda belum kaya dan berhasrat berkahwin dengan orang kaya supaya anda cepat kaya, maka anda haruslah belajar teknik-teknik mengurat orang kaya dan menjadikan orang kaya itu jatuh cinta kepada anda. Saya yakin ilmu mengurat orang kaya adalah satu ilmu yang amat berharga dan boleh dianggap rahasia. Buktinya system pendidikan kita tidak memasukkan subjek ‘mengurat orang kaya untuk menjadi kaya’ dalam pembelajaran di sekolah kerana sifatnya yang memang rahasia. Pada pandangan saya orang miskin harus memiliki ilmu ini. Supaya dengan itu banyaklah orang miskin jadi kaya kerana terkahwin dengan orang kaya.
Orang orang kaya memang tahu sangat dengan ilmu ini. Sebab itu mereka membantah sekeras-kerasnya jika anak mereka bergaul dengan orang miskin. Apabila banyak orang miskin berkahwin dengan orang kaya, ini sedikit sebanyak boleh membantu mengurangkan kemiskinan rakyat serta mengecilkan jurang perbezaan diantara orang kaya dengan orang miskin dan secara tidak langsung membantu menstabilkan keamanan Negara. Ingat, bagaimana kejatuhan kerajaan Beraja di Perancis suatu ketika dahulu? Dimana majority rakyat miskin telah bangkit memberontak, menghukum kerabat kerabat diraja yang kayaraya, membunuh pemimpin politik dan pemimpin agama kerana didapati bersalah bertanggungjawab diatas kemiskinan dan penderitaan berjuta rakyat Perancis.
Anda mungkin membantah pandangan saya, tapi cuba berhenti sejenak. Bayangkan suami atau isteri anda jutawan. Anda tinggal di sebuah rumah banglo lengkap dengan furniture yang mahal-mahal, kereta mewah, kapal layar, helicopter, makanan yang sedap-sedap, estet perniagaan bernilai puluhan juta. Bayangkan. Siok kan?

Cara ketiga untuk menjadi kaya adalah anda haruslah mempunyai kegiatan yang memberi anda pendapatan bersih sebanyak lebih 50,000 ringgit sebulan. Mungkin jumlah ini terlalu besar dan menyebabkan anda berfikir sukar untuk dicapai. Anda boleh memulakan sesuatu perusahaan secara perlahan-lahan. Bermulalah dengan menambah pendapatan sebanyak 50 ringgit sebulan. Lama lama kelamaan ia akan bertambah jika anda bersungguh-sungguh menggiatkan usaha usaha anda.
Jangan berhenti berfikir. Saya meminta maaf sekiranya ada pembaca yang tersinggung. Namun begitu saya terpaksa mengingatkan anda. INGAT! Sekiranya pendapatan bersih setiap bulan anda adalah negative seringgit, anda boleh dikategori sebagai miskin. Sekiranya anda masih berhutang selepas baki negative seringgit itu anda boleh dianggap papa kedana. Satu keadaan yang agak berbahaya dan tidak selesa untuk hidup. Jangan sekali kali mengamalkan belanjawan deficit!
Bagaimana untuk mendapatkan sesuatu? Anda mestilah terlibat dalam kegiatan ‘Pertukaran’. Setiap benda atau perkara yang anda inginkan hanya boleh diperolehi dengan adanya benda yang anda tukarkan. Sebagai contoh, pada zaman purbakala manusia akan menukarkan seekor kambing untuk mendapat seekor ikan Yu.
Dengan terciptanya wang, system pertukaran ini telah menjadi mudah. Sekiranya anda bekerja makan gaji, anda sebenarnya menukarkan perkidmatan anda iaitu masa dan tenaga anda untuk mendapatkan gaji atau wang. Inilah kelemahan ‘makan gaji’. Anda menukarkan perkidmatan anda kepada satu sumber sahaja iaitu majikan anda manakala nilai perkidmatan anda pula telah ditentukan mengikut persetujuan bersama. Sekiranya anda bersetuju menukarkan perkhidmatan anda dengan gaji sebanyak RM1500 sebulan maka jumlah ini sahajalah pendapatan anda untuk sebulan.
Anda harus mencari jalan lain untuk menambah pendapatan. Anda harus mencari banyak majikan yang menjadi pelanggan perkidmatan anda. Banyak orang yang tidak faham dengan pernyataan ini. Sekiranya anda seorang pekerja dan pada suatu hari nanti anda dibuang kerja atau perkhidmatan anda ditamatkan, ini bermakna majikan anda berhenti membeli perkhidmatan anda. Majikan mungkin mencari pekerja yang dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik dan menguntungkan bagi pihaknya.
Sekarang saya membincangkan perkara yang paling simple. Mengapa orang yang tidak berpelajaran tinggi boleh jadi kaya? Allayarham Datuk Suzilawati hanya bersekolah setakat SPM, pernah bekerja sebagai penoreh getah tetapi sehingga kematiannya, beliau dianggarkan bernilai RM100juta. Satu bukti nyata bahawa menjadi kaya bukanlah satu perkara yang susah. Tidak perlu sekolah tinggi melangit. Apakah yang beliau buat? Apakah pelan tindakannya? Apakah kegiatannya? Adakah dia pernah berkahwin dengan orang kaya? Apakah perkhidmatan atau produk yang dia sediakan sehingga jutaan majikan(pelanggan) membeli daripada beliau?
Kita cari bersama jawapan kepada soalan soalan tadi dalam blog saya seterusnya. Jumpa lagi...
*Sumber kat sini
No comments:
Post a Comment