Monday, September 12, 2011

HIKMAH MENINGGALKAN CAKAP BOHONG

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan pada suatu hari ada seorang telah datang berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. kerana hendak memeluk agama Islam. Sesudah mengucapkan dua kalimah syahadat, lelaki itu lalu berkata :
"Ya Rasulullah. Sebenarnya hamba ini selalu sahaja berbuat dosa dan payah hendak meninggalkannya." Maka Rasulullah menjawab : "Mahukah engkau berjanji bahawa engkau sanggup meninggalkan cakap bohong?"
"Ya, saya berjanji" jawab lelaki itu singkat. Selepas itu, dia pun pulanglah ke rumahnya.

Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal sebagai seorang yang jahat. Kegemarannya hanyalah mencuri, berjudi dan meminum minuman keras. Maka setelah dia memeluk agama Islam, dia sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah dia meminta nasihat dari Rasulullah S.A.W.
Dalam perjalanan pulang dari menemui Rasulullah S.A.W. lelaki itu berkata di dalam hatinya :
"Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu."

Maka setiap kali hatinya terdorong untk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek.
"Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh Rasulullah. Sanggupkah engkau berbohong kepadanya" bisik hati kecil. Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat, maka dia teringat segala pesan Rasulullah S.A.W. dan setiap kali pulalah hatinya berkata :
"Kalau aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah mengkhianati janjiku padanya. Sebaliknya jika aku bercakap benar bererti aku akan menerima hukuman sebagai orang Islam. Oh Tuhan....sesungguhnya di dalam pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yang sangat berharga."

Setelah dia berjuang dengan hawa nafsunya itu, akhirnya lelaki itu berjaya di dalam perjuangannya menentang kehendak nalurinya. Menurut hadis itu lagi, sejak dari hari itu bermula babak baru dalam hidupnya. Dia telah berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan oleh Rasulullah S.A.W. Hingga ke akhirnya dia telah berubah menjadi mukmin yang soleh dan mulia.

Sunday, September 11, 2011

Sakit Hati Tak Bila Orang Suka Mengungkit?

Mengungkit ni banyak jenis kan? Mengungkit bila pernah buat baik, mengungkit kenangan lalu, mengungkit kesalahan lampau, dan bermacam-macam lagilah kan?

Mula-mula macam mulia semacam bila selalu tolong kita dan memberi tanpa kita meminta. Siap dia tanya lagi nak dia tolong kita apa? Indah kan? Tapi ya lah manusia ni banyak jenis kan? Bila kita buat silap sikit, oh dia mula mengungkit! Siap bawa buku kira-kira 5 sen lagi nak bagitahu apa yang dia dah buat untuk kita.

"Orang yang menerima apa yang kamu hulurkan tu bukan tak menghargai kamulah der, dia kan selalu ucap terima kasih banyak-banyak. Tapi balasan yang kamu ingin tu kadang-kadang orang tak mampu nak bagi. Jadi jelas kan selama ni kamu sembunyikan udang di bawah maggi?"

Lepas tu setiap kali gaduh, bila dah berpunca daripada kesilapan dia, dia sibuk nak ungkit satu kesalahan kita di zaman tadika. Kira kesalahan dia yang ke 1000006 itu ditimbal balik dengan satu kesalahan kita di zaman tadika. Menarik. Sakit hati tak? Taklah, i'm okay... (tipu!)

P/s: Saya nak kena study banyak-banyak tentang ikhlas ni, jom sama-sama beramal!

Saturday, September 10, 2011

Wanita di Facebook dan sikap-sikap diorang...

Di Facebook ni ada macam-macam jenis orang kan, ada yang annoying, ada yang merepek benda yang teda-teda ba. Kamu perasan juga kan?


Ini company Eversave ada buat satu servay pasal jenis-jenis friend yang bikin diorang muntah di Facebook.

Survey mendapati....

63% - Komplain sepanjang masa di Facebook
41% - Mengadu pasal politik-politik.
32% - Kasi tau-tau orang pasal kehidupan sempurna diorang...
16% - Post update pasal anak-anak diorang...

Girls... kamu yang mana satu?

Sumber : mashable

Orang kurang upaya pun pandai menderma.. kita bila lagi?

Dia berjalan/merangkak di depan meja tabung amal, dan dia cakap, 'saya mau menderma..'. Tu petugas mau tolong dia menderma, tapi dia degil, dia kata dia mau buat pakai tangan dia sendiri..

Semua ni petugas amal pun terdiam dan ada yang mengalir air mata, diorang pun berdiri sebagai penghormatan..semua duit dia ni hasil pencarian dia sendiri, dia derma 10 dolar, dia bagitu, 'Saya masih ada duit untuk menderma...











Kesilapan Buku Sains Bagaimana Menjadi Kaya

Rahasia Sains Bagaimana Menjadi Kaya..

Apabila anda mula membaca tajuk artikel ini sudah tentu persepsi pertama yang bermain dalam pikiran anda ialah “ah! Satu lagi penulisan kekayaan yang pasti membosankan”. Tetapi sekiranya anda meneruskan pembacaan , saya ucapkan terima kasih dan saya berjanji akan menghidangkan satu santapan yang enak kerana apa yang saya tulis disini mungkin boleh mengubah cara anda berfikir tentang kekayaan.


Bagaimana menjadi kaya? Buku Sains Bagaimana Menjadi Kaya mengajar bahawa untuk menjadi kaya manusia hendaklah melakukan sesuatu secara tertentu.Saya sudah membaca buku ini berkali-kali namun cara ‘tertentu’ untuk menjadi kaya belum juga saya temui. Buku ini tidak mengajar apakah langkah langkah yang patut diambil untuk menjadi kaya. Buku ini hanya mengajar pembacanya supaya berharap kepada Alam Semesta menurunkan kuasa ajaib untuk menjadikan dirinya kaya. Amat mengherankan kerana terdapat ratusan orang mendakwa telah menjadi kaya dengan hanya terbaca buku tersebut. Anda boleh layari website khas berkaitan dengan buku ini di http://www.scienceofgettingrich.net/. Mudah mudahan setelah membaca buku tersebut anda juga akan menjadi KAYA.

Kuasa Alam Semesta tidak akan menurunkan atau memberikan apa apa benda atau perkara yang ajaib kepada manusia kerana apa yang manusia perlu untuk menjadi kaya, Alam semesta sudah pun memberikannya. Semua sumber untuk menjadi kaya sudah tersedia di dunia ini. Udara, tanah, air, bahan mentah, logam, hutan, lautan, duit semuanya ada. Manusia hanya perlu berusaha untuk mendapatkan sumber kekayaan ini.

Definasi kaya adalah anda mepunyai duit dan harta yang sangat banyak! contohnya anda memilki jumlah kekayaan sebanyak 10 juta ringgit dan tidak berhutang sesen pun.

Bagaimana untuk memiliki duit dan harta yang sangat banyak?

Robert Kiyosaki pengarang buku Rich Dad Poor Dad memberi panduan bagaimana menjadi kaya yang amat praktikal. Saya yakin apa yang beliau tulis adalah ‘cara tertentu’ yang disebut dalam buku ‘Sains Bagaimana Menjadi Kaya’ itu. Menurut beliau ada tiga cara tertentu untuk menjadi kaya iaitu pertama, anda mestilah anak orang yang sangat kaya.

Sebagai contoh apabila anda berusia 21 tahun bapa anda telah mewariskan duit sebanyak RM10 juta kepada anda. Kedua, anda berkahwin dengan orang yang sangat kaya. Apabila sudah berkahwin nanti, pandai pandailah mengambil hati suami atau isteri kaya itu supaya dapat berkongsi kekayaannya. Ketiga, anda mestilah mempunyai kegiatan yang memberi anda pendapatan bersih lebih RM50,000 setiap bulan.


Mari kita bincang bersama. Cara pertama tadi memang boleh menjadikan anda kaya tetapi dengan syarat bapa anda sudah sediakala kaya dan bapa anda mewariskan hartanya kepada anda semasa anda masih muda lagi. Cara kedua adalah mencari pasangan hidup yang kayaraya. Lihatlah pasangan-pasangan orang kaya yang berkahwin dan tersiar dalam berita semasa. Artis artis muda berkahwin dengan datuk datuk orang kaya. Orang orang biasa berkahwin dengan jutawan.

Masalahnya ialah pada kebiasaannya kebanyakan orang kaya hanya akan mengahwini orang kaya. Ini kerana mereka takut berkongsi kekayaannya itu bersama dengan orang yang tidak kaya. Maklumlah kebanyakan orang kaya ini agak kedekut. Jangan persalahkan sifat kedekut mereka sebab untuk menjadi kaya salah satu sifat penting yang harus anda amalkan adalah sifat kedekut.


Disinilah kita nampak peluang. Sekiranya anda belum kaya dan berhasrat berkahwin dengan orang kaya supaya anda cepat kaya, maka anda haruslah belajar teknik-teknik mengurat orang kaya dan menjadikan orang kaya itu jatuh cinta kepada anda. Saya yakin ilmu mengurat orang kaya adalah satu ilmu yang amat berharga dan boleh dianggap rahasia. Buktinya system pendidikan kita tidak memasukkan subjek ‘mengurat orang kaya untuk menjadi kaya’ dalam pembelajaran di sekolah kerana sifatnya yang memang rahasia. Pada pandangan saya orang miskin harus memiliki ilmu ini. Supaya dengan itu banyaklah orang miskin jadi kaya kerana terkahwin dengan orang kaya.

Orang orang kaya memang tahu sangat dengan ilmu ini. Sebab itu mereka membantah sekeras-kerasnya jika anak mereka bergaul dengan orang miskin. Apabila banyak orang miskin berkahwin dengan orang kaya, ini sedikit sebanyak boleh membantu mengurangkan kemiskinan rakyat serta mengecilkan jurang perbezaan diantara orang kaya dengan orang miskin dan secara tidak langsung membantu menstabilkan keamanan Negara. Ingat, bagaimana kejatuhan kerajaan Beraja di Perancis suatu ketika dahulu? Dimana majority rakyat miskin telah bangkit memberontak, menghukum kerabat kerabat diraja yang kayaraya, membunuh pemimpin politik dan pemimpin agama kerana didapati bersalah bertanggungjawab diatas kemiskinan dan penderitaan berjuta rakyat Perancis.


Anda mungkin membantah pandangan saya, tapi cuba berhenti sejenak. Bayangkan suami atau isteri anda jutawan. Anda tinggal di sebuah rumah banglo lengkap dengan furniture yang mahal-mahal, kereta mewah, kapal layar, helicopter, makanan yang sedap-sedap, estet perniagaan bernilai puluhan juta. Bayangkan. Siok kan?

Cara ketiga untuk menjadi kaya adalah anda haruslah mempunyai kegiatan yang memberi anda pendapatan bersih sebanyak lebih 50,000 ringgit sebulan. Mungkin jumlah ini terlalu besar dan menyebabkan anda berfikir sukar untuk dicapai. Anda boleh memulakan sesuatu perusahaan secara perlahan-lahan. Bermulalah dengan menambah pendapatan sebanyak 50 ringgit sebulan. Lama lama kelamaan ia akan bertambah jika anda bersungguh-sungguh menggiatkan usaha usaha anda.

Jangan berhenti berfikir. Saya meminta maaf sekiranya ada pembaca yang tersinggung. Namun begitu saya terpaksa mengingatkan anda. INGAT! Sekiranya pendapatan bersih setiap bulan anda adalah negative seringgit, anda boleh dikategori sebagai miskin. Sekiranya anda masih berhutang selepas baki negative seringgit itu anda boleh dianggap papa kedana. Satu keadaan yang agak berbahaya dan tidak selesa untuk hidup. Jangan sekali kali mengamalkan belanjawan deficit!


Bagaimana untuk mendapatkan sesuatu? Anda mestilah terlibat dalam kegiatan ‘Pertukaran’. Setiap benda atau perkara yang anda inginkan hanya boleh diperolehi dengan adanya benda yang anda tukarkan. Sebagai contoh, pada zaman purbakala manusia akan menukarkan seekor kambing untuk mendapat seekor ikan Yu.

Dengan terciptanya wang, system pertukaran ini telah menjadi mudah. Sekiranya anda bekerja makan gaji, anda sebenarnya menukarkan perkidmatan anda iaitu masa dan tenaga anda untuk mendapatkan gaji atau wang. Inilah kelemahan ‘makan gaji’. Anda menukarkan perkidmatan anda kepada satu sumber sahaja iaitu majikan anda manakala nilai perkidmatan anda pula telah ditentukan mengikut persetujuan bersama. Sekiranya anda bersetuju menukarkan perkhidmatan anda dengan gaji sebanyak RM1500 sebulan maka jumlah ini sahajalah pendapatan anda untuk sebulan.

Anda harus mencari jalan lain untuk menambah pendapatan. Anda harus mencari banyak majikan yang menjadi pelanggan perkidmatan anda. Banyak orang yang tidak faham dengan pernyataan ini. Sekiranya anda seorang pekerja dan pada suatu hari nanti anda dibuang kerja atau perkhidmatan anda ditamatkan, ini bermakna majikan anda berhenti membeli perkhidmatan anda. Majikan mungkin mencari pekerja yang dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik dan menguntungkan bagi pihaknya.

Sekarang saya membincangkan perkara yang paling simple. Mengapa orang yang tidak berpelajaran tinggi boleh jadi kaya? Allayarham Datuk Suzilawati hanya bersekolah setakat SPM, pernah bekerja sebagai penoreh getah tetapi sehingga kematiannya, beliau dianggarkan bernilai RM100juta. Satu bukti nyata bahawa menjadi kaya bukanlah satu perkara yang susah. Tidak perlu sekolah tinggi melangit. Apakah yang beliau buat? Apakah pelan tindakannya? Apakah kegiatannya? Adakah dia pernah berkahwin dengan orang kaya? Apakah perkhidmatan atau produk yang dia sediakan sehingga jutaan majikan(pelanggan) membeli daripada beliau?


Kita cari bersama jawapan kepada soalan soalan tadi dalam blog saya seterusnya. Jumpa lagi...


*Sumber kat sini

Walaupun Tiada Kaki, Namun Gadis Ini Mampu memberi Senyuman


Lihat Kakinya tiada, malah punggung pun tiada
Gadis miskin ini menuruni tangga rumahnya

Bermain papan longsor yang dibuat oleh bapanya..huhu
Gadis ini pun macam , kanak 2 lain ingin ke sekolah
Syukur ada pihak yang membantu , memberi kaki palsu kepadanya
beliau sempat pergi ziarah kawannya di hospital pulak tu...huhu

salam.. aku lihat gambar ini perasaan aku tersentuh, yang pertamanya gadis dari keluarga miskin ini berasal dari cina kakinya tiada dan punggung pun tiada.
Yang keduanya walupun ia susah dan kakinya kudung, tapi ia masih mampu tersenyum....
Kita macam mana...kalau kita silap sikit nak marah je...
kita harus bersyukur dengan kesempurnaan diri yang dimiliki selama ini.... Allah hu akhbar..

Harta PM cuma RM6, 200

Adakah Ini Pemimpin Yang Paling Miskin Masa kini ?

MONTEVIDEO - Presiden baru Uruguay, Jose Mujica mungkin menjadi salah seorang pemimpin paling miskin apabila beliau mengisytiharkan harta kekayaan miliknya ialah sebuah kereta Volkswagen Beetle.

GAMBAR fail pada 2009 menunjukkan Jose Mujica bekerja di ladang bunga milik isterinya sebelum menjadi Presiden Uruguay.


Kereta itu berusia 23 tahun dan bernilai kira-kira AS$1,900 (RM6,220).

Menurut deklarasi hartanya, bekas pemimpin gerila itu tidak mempunyai akaun bank dan aset lain. Manakala sebuah ladang bunga yang kecil pula diletakkan atas nama isterinya.

Pendapatan yang dilaporkan dalam deklarasi itu hanya gajinya sebagai Presiden iaitu kira-kira AS$11,000 (RM36,014) sebulan.

Harta Presiden Uruguay cuma bernilai RM6,200

Presiden tersebut memberikan 20 peratus daripada pendapatan bulanan itu kepada pergerakan politiknya.

Beliau yang berumur 75 tahun menjalani kehidupan dengan penuh kesederhanaan.

Gaya hidup Mujica berbeza dengan Naib Presidennya, Danilo Astori yang mengisytiharkan kekayaannya sebanyak AS$250,000 (RM818,499). Ini termasuk sebuah rumah dan kereta yang bernilai 10 kali ganda daripada kereta Volkswagen Beetle tersebut. - AP

Kisah Doktor Bukan Islam Dengan Surah Yaa Siin

Seorang bekas pelajar UITM Perlis yang kini sedang bertugas di KUIS telah menyampaikan satu kisah luarbiasa dan menarik mengenai keajaiban Al Quran khususnya Surah Yaa Sin, kepada kakitangan Ingress, dalam satu program ceramah agama bulanan syarikat tersebut.

Kisah ini telah benar-benar memberikan kesan yang mendalam kepada jiwanya mengenai mukjizat AlQuran khususnya disaksikan sendiri oleh seorang yang bukan Islam.

Pada suatu hari sekitar tahun 2004, salah seorang kawan beliau telah terlibat dalam kemalangan jalanraya yang dikategorikan sebagai amat serius. Salah satu tulang kerangkanya yang patah hampir mencucuk jantung dan yang satu lagi telah menembusi paru-parunya dan menyebabkan pendarahan.


Tempurung kepalanya kemek dan pecah. Bunyi tarikan nafasnya hampir sama seperti seekor lembu yang telah disembelih dan sedang putus nyawanya. Oleh kerana keadaan beliau sangat teruk maka beliau telah dimasukkan ke Wad ICU. Dalam keadaan seperti itu maka tidak ramailah kawan yang boleh ziarah dengan serentak secara beramai-ramai.

Usaha untuk membantu diteruskan. Doktor terus memberikan rawatan rapi seperti bantuan pernafasan dan sebagainya. Bacaan electrocardiogram(ECG) agak rendah sekitar 45 - 50 sahaja. Pada zahirnya, mangsa ini agak sukar untuk hidup. Walaupun ia akan pulih, mungkin percakapannya tidak lagi seperti keadaan sebelum kemalangan. Setelah semua usaha dibuat, maka sebagai orang Islam kepada Allahlah diserahkan segala-galanya. Ikhtiar berdoa dilakukan. Bacaan Surah Yaa Siin dimulakan secara beramai-ramai diluar bilik ICU.

Sedang mereka membaca Yaa Siin, dan belumpun selesai, tiba-tiba doktor Karam Singh yang bertugas pada hari itu, dengan tergesa-gesa meminta kumpulan yang membaca Yaa Siin ini masuk ke bilik, walaupun melebihi 2 orang.

Dalam hati mereka, tertanya-tanya apakah maksudnya tindakan doktor tersebut. Di atas katil mangsa masih terbaring seperti biasa dan tiada pula tanda yang menunjukkan ia menemui ajalnya. Dalam fikiran yang penuh tandatanya, bacaan diteruskan.

Setelah selesai membaca surah Yaa Siin dan masih lagi berada di sisi katil mangsa, bekas pelajar ini cuba mengajukan soalannya kepada doktor, "Kenapa doktor suruh kami masuk dan teruskan membaca Al Quran?"

"Semasa awak membaca awak punya holy book diluar tadi, dan ketika pintu terbuka untuk bagi orang masuk, saya lihat bacaan ECGnya naik sampai lebihkurang 70. Ini bukan satu kali, tetapi berlaku setiap kali pintu terbuka, apabila tutup dia turun semula. Masa pintu itu buka, suara awak dengar sampai kedalam, dan ada reaksi positif pada pesakit." Tegas doktor berkenaan.

Subhanallah, rupanya suara bacaan surah Yaa Sin tadi memberi kesan secara langsung kepada pesakit tersebut. Inilah kebesaran Allah Subhanahu wa Taala. Allah berkuasa melakukan apa sahaja yang Ia kehendaki. Mudah-mudahan doktor yang merawat peasakit tersebut mendapat petunjuk dan hidayah daripada Allah swt untuk menganuti agama Islam.

يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَاء لِّمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ

"Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman." - Surah Yunus ayat 57.

sila layari http: //kachipemas.blogspot.com/2010/06/kisah-doktor-bukan-islam-dengan-surah.html

Siapa kata perempuan tak boleh kahwin dua?

Dipetik dari sini.

Amar dan Kundan Singh Pundir adalah saudara kandung. Amar bekerja sebagai pemecah batu, sedangkan Kundan, kakaknya, menggarap lahan pertanian sempit warisan orangtua mereka di Himachal Pradesh, India.

Dua bersaudara berusia 40-an tahun ini selalu tinggal bersama. Mereka berbagi apa saja, mulai rumah, pekerjaan, bahkan berbagi istri. "Sudah menjadi tradisi kami sejak awal untuk memiliki keluarga dari lima atau 10 orang. Dua bersaudara dengan satu istri," ungkap Kundan.


Praktik seperti ini disebut fraternal polyandry, kakak beradik dari satu keluarga menikah dengan perempuan yang sama. Biasanya, pernikahan seperti ini bermotif tradisi dan ekonomi.
Bagi kebanyakan orang, cara seperti ini memang nyeleneh, namun tidak bagi 200-an orang yang tinggal di desa tersebut. Dan itu pula yang terjadi pada Amar dan Kundan.

Desa mereka berada di bibir jurang sebuah bukit setinggi hampir 180 meter. Sebagian besar penduduknya hidup bercocok tanam di lahan sempit. Di wilayah yang keras seperti itu, tak cukup lahan yang bisa diolah atau ditinggali. Jadi, daripada mencari istri sendiri-sendiri dan harus berbagi lahan warisan, kakak beradik seperti mereka kemudian menikah dengan perempuan yang sama. Dengan begitu, tanah warisan tidak terbagi-bagi lagi.

Si istri, Indira Devi, mengaku hidup dengan dua suami bukan perkara mudah. "Kami sering bertengkar," katanya. Sama seperti keluarga lain, pertengkaran mereka biasanya karena masalah duniawi. "Biasanya memang masalah sehari-hari, seperti mengapa kamu tidak melakukan ini atau itu," bebernya.


Satu hal yang selalu mereka setujui bersama adalah punya anak. Dengan Kundan dan Amar, Indira memiliki tiga anak, dua laki-laki dan satu perempuan. Bagaimana dengan kehidupan seks mereka? "Kami membuat shift, bergantian tiap malam. Kalau tidak begitu, tak akan berjalan baik," kata Kundan.

"Agar kehidupan berkeluarga berjalan dengan baik, kami harus melakukannya. Bisa mengatasi halangan dengan baik. Juga mengendalikan hati masing-masing agar tidak terlalu perasa," tukas Amar.



Ketika ditanya ayah biologis setiap anak, Amar dan Kundan mengaku tidak tahu. Anak-anak mereka pun tidak peduli. "Sama saja. Karena ibu dan ayah adalah dewa bagi saya," kata Sunita Singh Pundir, 17, anak perempuan keluarga itu.

Anak pertama dan ketiga Pundir yang laki-laki sepertinya ingin meneruskan tradisi tersebut. "Tentu saja," kata Sonha, anak tertua. Dia dan adik laki-lakinya mengatakan sudah membicarakan itu dan akan segera menikah dengan perempuan yang sama. Namun tidak demikian dengan Sunita. Dia menegaskan tak ingin meneruskan tradisi itu. "Saya ingin punya satu suami saja," sahutnya.

Hanya, ketika dihadapkan pada cinta dan tradisi, Sunita mengaku memilih tradisi. "Saya tak akan pernah meninggalkan tradisi meski harus mengabaikan cinta. Saya tak akan merendahkan martabat orangtua dan saudara laki-laki," lanjut Sunita.

Biasanya, pernikahan seperti itu sudah diatur dan rata-rata para perempuan di desa itu juga memiliki dua suami. Bahkan ada yang punya tiga atau empat suami, bergantung pada jumlah kakak beradik pria yang dimiliki keluarga yang dia nikahi.

Poliandri sebenarnya tindakan melanggar hukum di India, meski secara sosial dapat diterima bagi sebagian masyarakat di sana. Tak ada satupun pejabat pemerintah yang terganggu dengan para penduduk yang melanggar hukum itu. "Sudah terjadi sejak lama. Saudari tiri saya juga punya dua suami, begitu juga dengan ibu tiri saya," kata Indira.
sumber: http://www.taukahkamu.com

*************************************************************************************

Ulasan Mukhlisah Nur:

Perempuan memang boleh jer kahwen dua(kalo tak ikut hukum agama+fitrah larr)...tapi tengok la kesannya...tak tau anak sapa... tak termasuk lagi isu wasiat, menjadi wali pernikahan dan sebagainya.

Thursday, September 8, 2011

Kata orang....


Kata orang SUSAH:
“Apa kita nak makan hari ni…?”

Kata orang SENANG:
“Di mana kita nak makan hari ni..?

Kata orang JAHAT:
“Siapa kita nak makan hari ni..?”

Kata orang MATI,
"aku dah tak boleh makan lagi" :)


Wednesday, September 7, 2011

"The Road Not Taken"

Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I—
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference

Robert Frost
1915

Tuesday, September 6, 2011

Bacaan untuk budak sekolah agama.....



Mereka kata...Kita ni pelajar Sekolah Agama

Tapi Kita...Semakin malu mengaku hakikat itu

Mereka kata...Kita ni mejaga solat

Tapi Kita...Kalau boleh nak buat masa paling hujung waktu

Mereka kata...Kita ni boleh menjadi imam

Tapi Kita... Bagi alasan " Eh ada orang yang lagi layak"

Mereka kata...Kita ni tak kan mengumpat

Tapi Kita...Pantang ada geng. Pasti bergosip

Mereka kata...Kita ni calon suami yang soleh

Tapi Kita...Layak ke gelaran soleh tu untuk kita?

Mereka kata...Kita ni calon isteri yang solehah

Tapi Kita...Layak ke gelaran solehah tu untuk kita?

Mereka kata...Kita ni mathurat dijadikan amalan harian

Tapi Kita...Mathurat tu ape ek?

Mereka kata...Kita ni mengamalkan sunnah

Tapi Kita...Pekara yang wajib pun entah ke mana

Mereka kata...Kita ni menutup aurat

Tapi Kita...Mempersembahkan aurat menjadi kebanggan

Mereka kata...Kita ni qiamullail dijadikan makanan mingguan

Tapi Kita...Last buat pun time kat SMKA dulu

Mereka kata... Kita ni kuat bersedekah

Tapi Kita...Baik simpan buat belanja kekasih

Mereka kata... Kita ni menjaga batasan pergaulan

Tapi Kita...Bertepuk tampar dengan ajnabi menjadi kebiasaan

Mereka kata...Kita ni banyak menghafaz Al Quran

Tapi Kita...As Sajdah masa exam PQS dulu pun entah ke mana

Mereka kata...Kita ni sedap mata memandang

Tapi Kita...Muka pun dah hilang nur dek kerana jarang berwudu’

Mereka kata...Kita ni membaca Al Quran dijadikan kelaziman

Tapi Kita...Agak2 berapa kali seminggu kita baca?ke setahun skali sahaja?

Mereka kata...Kita ni penuh ilmu agama di dada

Tapi Kita...Sekarang kita bukan belajar agama dah. Tak perlu belajar agama!!!!


Di atas ni sedikit fenomena biasa dalam kalangan produk pelajar sekola agama. Sebaik sahaja melangkah keluar dari Sekolah yang dikatakan Agama yang dikurung SMK(A) maka sejajar dengan itu segala tarbiyah dan didikan dari Ustaz dan Ustazah kita abaikan. Kita tergolong dalam bekas pelajar yang ada sedikit fikrah agama.

Tapi ada kalangan kita yang mencemarkan agama. Tak malukah kita melihat bekas pelajar sains, bekas pelajar sekolah harian biasa malahan bekas pelajar King Edward dan Methodist pun lebih menghayati agama dari kta yang bertitle “Budak sekolah agama”. Oh terlupa pula, kita hanya bekas sekolah agama. Tak perlu lagi menonjolkan ciri-ciri murni Islam dalam diri. Tapi ingatlah teman sekalian. sememangnya kita adalah bekas sekolah agama. Tapi kita bukan bekas beragama Islam. Kita masih beragama islam.

Tidak berdesing kah telinga kita mendengar “Ala..budak sekolah agama pun buat begitu dan begini” atau lebih menyakitkan apabila non muslim bercakap “I tengok budak sekolah agama pun macam tu. Patut la Islam ni teruk..”

Nah.. tahniah untuk kita semua yang berjaya menimbulkan fitnah besar kepada agama yang kita cintai ini. Islam yang tersebar dengan lelah dan keringat umat terdahulu kita cemarkan dengan akhlak “budak sekolah agama” kita tu.

Ingin atau tidak kita sememangnya memegang title tersebut. Bukan kita sahaja. Ramai lagi kawan2 kita dari aliran yang sama BERUNTUNG dengan adanya title tersebut. Kita telah dijinakkan satu ketika dahulu dengan tarbiyah SMKA. Kenapa tidak sekarang kita kembali kepada kita yang dahulu? Jadikan title “budak sekolah agama” itu sebagai wasilah untuk kita memperbaiki diri kita yang dipenuhi dengan lumpur noda ini.

Artikel ini bukanlah dihadirkan atas dasar ingin mengumpat ataupun mengata. Tetapi cuma ingin memperkatakan apa yang harus dikata. Bukan juga niat untuk menyatakan SEMUA produk SMKA itu tidak bagus. Mungkin perkara di atasa hanyalah semata kes yang anamoli. Tapi mungkin juga ianya telah ataupun akan menjadi kes yang major. Sekadar peringatan untuk diri ini dan rakan2 lain yang sudi untuk diperingatkan.

Bukan mengatakan untuk kita menjadi alim seperti ulama’ hebat, Bukan ingin mengatakan kita taat seperti malaikat. Tapi cukup lah menjadi umat sebenar-benar umat. Ingat kata2 ini “Andai tak mampu buat semua jangan tinggal semua” dan jangan sampai “MEREKA KATA kita adalah harapan agama TAPI KITA sebenarnya adalah sampah agama”

Salam Ramadhan Kareem.. Semoga madrasah Ramadhan ini akan mengembalikan zaman kegemilangan tarbiyah diri kita yang pernah muncul di susana SMK (A) satu ketika dahulu..<---errkk...macam dah telambat ucap...hehe



P/S : Mohon dipanjangkan artikel ini untuk kebaikan bersama....

Friday, September 2, 2011

Adab Berposting......


1. Pikirkanlah dahulu isi postingan sebelum mengeluarkan posting. Postingan sebaiknya selalu di dalam hal kebaikan.

Allah berfirman yang artinya,
"Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali bisik-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah atau berbuat ma`ruf atau mengadakan perdamaian di antara manusia" (An-Nisa: 114)

2. Postingan harus BERLANDASKAN ILMU

Dan sabda Rasulullah ( ﷺ): “Barang siapa berbicara tentang al Qur’an dengan akal-nya atau tidak dengan ilmu, maka hendaklah ia menyiapkan tempatnya di neraka”

(Hadist seperti ini ada dari 2 jalan, yaitu Ibnu Abas dan Jundub. Lihat Tafsir Qur’an yang diberi mukaddimah oleh Syeikh Abdul Qadir Al-Arnauth hal. 6, Tafsir Ibnu Katsir dalam Mukaddimah hal. 13, Jami’ As-Shahih Sunan Tirmidzi jilid 5 hal.183 no. 2950 dan Tuhfatul Ahwadzi jilid 8 hal. 277).

3. Jangan membicarakan sesuatu yang tidak berguna.

Rasulullah shollallahu wa sallam menyatakan :

"Termasuk baiknya Islam seseorang adalah ia meninggalkan sesuatu yang tidak berguna baginya"

(HR. Ahmad dan Ibnu Majah)


4. Berpostinglah hanya secukupnya dan sesuai topik pembicaraan.

Rasulullah shollallahu alaihi wa sallam bersabda;

"Janganlah kamu membicarakan semua apa yang kamu dengar. Cukuplah menjadi suatu dosa bagi seseorang apabila ia membicarakan semua apa yang telah ia dengar"

(HR. Muslim).


5. Hindarilah perdebatan dan saling membantah.

Sekalipun berada di pihak yang benar dan menjauhi perkataan dusta sekalipun bercanda.

Rasulullah shollallahu alaihi wa sallam bersabda,

"Aku menjadi penjamin sebuah istana di taman Surga bagi siapa saja yang menghindari perdebatan sekalipun ia benar; dan penjamin istana di tengah-tengah Surga bagi siapa saja yang meninggalkan dusta sekalipun bercanda."

(HR. Abu Daud dan dinilai hasan oleh Al-Albani).


6. Hindarilah perkataan jorok (keji).

Rasulullah shollallahu alaihi wa sallam bersabda,

Bukankah seorang mukmin (jika ia) pencela, pengutuk atau yang keji pembicaraan-nya.

(HR. Al-Bukhari di dalam Al-Adab Al-Mufrad, dan dishahihkan oleh Al-Albani).


7. Hindari sikap memaksakan diri dan banyak omong di dalam berbicara.

Hadits Jabir radhiallahu anhu menyebutkan,

"Sesungguhnya manusia yang paling aku benci dan yang paling jauh dariku di hari Kiamat kelak adalah orang yang banyak bicara, orang yang berpura-pura fasih dan orang-orang yang mutafaihiqun". Para shahabat bertanya,"Wahai Rasulllah, apa arti mutafaihiqun?" Nabi menjawab, "Orang-orang yang sombong".

(HR. At-Turmudzi, dinilai hasan oleh Al-Albani).


8. Hindari prasangka-prasangka buruk

Allah berfirman:

“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka , karena sebagian dari prasangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.(QS Al-Hujurat:12)


9. Hindari ghibah (menggunjing), fitnah (berita bohong) dan mengadu domba.

Sesuai dengan hadith dibawah ini:

Dari Abu Daud : Nabi( ﷺ) bersabda : "Tahukah kamu apa ghibah itu ? Jawab sahabat : Allahu warasuluhu a'lam (Allah dan Rasulullah yang lebih tahu)

Kemudian Nabi ( ﷺ) bersabda: Menceritakan hal saudaramu yang ia tidak suka diceritakan pada orang lain. Lalu Sahabat bertanya: Bagaimana jika memang benar sedemikian keadaan saudaraku itu ?

Jawab Nabi ( ﷺ): "Jika benar yang kau ceritakan itu, maka itulah ghibah, tetapi jika tidak benar ceritamu itu, maka itu disebut buhtan (tuduhan palsu,fitnah) dan itu lebih besar dosanya". (HR. Muslim)


10.Hindari perkataan kasar, dan ucapan yang menyakitkan perasaan serta tidak mencari-cari kesalahan dari kekeliruan pembicaraan orang lain.

Karena hal tersebut dapat mengundang kebencian, permusuhan dan pertentangan.Seperti: Mengafirkan, menuduh fasik, menuduh ahlul-bid'ah (padahal bisa saja dia tidak mengetahui kebid'ahan yang dilakukannya), memvonis celaka dan sumpah palsu.

11. Hindari sikap mengejek, memperolok-olok dan memandang rendah orang yang berposting

Allah berfirman yang artinya,

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokkan), dan jangan pula wanita-wanita(mengolok-olokkan) wanita-wanita lain (karena) boleh jadi wanita-wanita(yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olokkan)" (Al-Hujurat: 11)


12. Jangan bersumpah selain dengan nama Allah

Diriwayatkan dari ‘Abdullah bin ‘Umar ra, bahwasanya Rasulullah bertemu dengan‘Umar bin al-Khaththab ra yang sedang berjalan bersama rombongan, beliau mendengarnya bersumpah atas nama ayahnya. Rasulullah bersabda: "Ketahuilah, sesungguhnya Allah melarang kalian bersumpah dengan nama bapak-bapak kalian. Barangsiapa bersumpah,hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah atau sebaiknya ia diam." (HR. Bukhari : 6646 dan Muslim : 1646)


13. Jangan mencaci dan menyalahkan masa, terutama kepada kaum muslimin

Diriwayatkan dari Abu Hurairah , dari Rasulullah ., bahwa beliau bersabda (artinya), "Allah azza wa jalla berfirman, 'Ibnu Adam telah menyakiti-Ku! Mereka berkata,'Duhai sialnya masa!' Janganlah mengatakan: 'Duhai sialnya masa,' sebab Aku-lah Pencipta masa, Aku-lah yang membolak-balikkan siang dan malam.Sekiranya Aku berkehendak, niscaya Aku akan menggenggam keduanya (yakni menahan siang dan malam)!'"(HR Bukhari [4826] dan Muslim [2246])Dalam riwayat lain disebutkan, "Mereka memaki masa.")


14.Menghindari dusta

Berdasarkan hadits Rasulullah ( ﷺ) : “Tanda-tanda munafik itu ada 3, jika ia bicara berdusta, jika ia berjanji mengingkari dan jika diberi amanah ia khianat.” (HR Bukhari)


15. Menghindari banyak bercanda

Berdasarkan hadits Rasulullah ( ﷺ):

“Sesungguhnya seburuk-buruk orang disisi ALLAH (سبحانه وتعالى) di hari Kiamat kelak ialah orang yang suka membuat manusia tertawa.” (HR Bukhari)


16. Menghindari menceritakan aib orang dan saling memanggil dengan gelar yang buruk

Berdasarkan QS. Al-Hujurat ayat 11-12, juga dalam hadits nabi (ﷺ): “Jika seorang menceritakan suatu hal padamu lalu ia pergi, maka ceritanya itu menjadi amanah bagimu untuk menjaganya.”
(HR Abu Daud dan Tirmidzi)

Bila members melihat ada member lain yang melanggar peraturan-peraturan diatas, maka sebaiknya menasehati member lainnya secara hikmah dan lemah lembut kepada ybs, untuk me-revisi apa yang telah dipostingkannya, jika masih saja membelot dan tidak mengindahkan nasehat, harap segera memberitahu admin/moderator melalui PM.

Atas kerja samanya, syukron katsiran
Jazakallah Khair

Wassalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Mukhlisah Nur: dapat kat sini http://manhajsalaf.topicboard.net/t4-adab-berposting

Kemanusiaan dalam dunia haiwan

Maafkan saya kerana saya tidak bijak mengarang. Saya bukan penulis.Apa yang saya yngin ceritakan pun hanyalah tetang monyet,haiwan yang sering jadi bahan sendaan kita, bukannya tentang wang, saham, barang kemas, kekasih yang jelita mahupun banglo besar. Saya tidak bijak bercerita tentang itu

Baru-baru ini saya ke Negeri Sembilan untuk mengunjungi rumah seorang saudara.Sewaktu kereta melalui hutan rekreasi Hulu Bendul di kuala Pilah, nun di depan sana ,saya lihat ada sekumpulan monyet mundar-mandir di sisi jalan yang sibuk. Ia seperti terburu-buru untuk melintas.

Saya terus memandu dan sewaktu kereta semakin hamper,saya terkejut kerana ada s!eekor monyet menggeletik di atas jalan. Ia baru dilanggar salah sebuah kereta di hadapan saya. Pantas saya menekan brek dan memperlahankan kereta.

Kereta semakin hampir dan dada ini berdebar apabila melihat monyet itu terus menggelupur dan menghempas-hempas ke atas jalan. Kakinya terketar-ketar. Di sisinya ada darah dan cebisan daging.

Tapi paling menyentak perasaan saya ialah apabila melihat perutnya yang buncit itu terburai, dan dari celah luka besar itu tersembul sesuatu berwarna kelabu. Tahukah pembaca, benda apakah yang saya lihat itu?

Benda kelabu itu adalah anak yang masih dalam kandungannya! Pada ketika itu saya terasa tubuh ini menggeletar. Saya pasti, si ibu monyet tadi akan mati sebentar lagi. Begitu juga dengan anaknya,nyawanya melayang sebelum sempat melihat wajah ibu.

Sebaik melintasinya, saya pandang cermin sisi dan belakang. Saya nampak kawanan monyet tadi bercempera. Ia berlari-lari mendapatkan si ibu tadi, tapi kemudian bertempiaran semula ke tepi jalan kerana hampir saja dilanggar kenderaan yang lalu-lalang.

Mungkin kepada pembaca sekalian, apalah ada pada nyawa seekor monyet. Ia hanya monyet. Haiwan hodoh. Hidupnya di hutan, tidak setaraf dengan manusiawi.

Tapi tidak kepada saya. Pulang bercuti, saya terus catatkan surat ini, kerana peristiwa yang saya sebutkan tadi sebenarnya telah mengingatkan saya kepada sebuah peristiwa yang berlaku pada awal 1990-an.

Ketika itu usia saya masih di awal 20-an. Hari itu, saya diajak oleh seorang bapa saudara untuk memburu di hutan berhampiran rumah. Saya bukanlah minat memburu, tapi daripada bosan terperap di rumah, saya terima ajakan bapa saudara saya tadi.

Masih saya ingat, beberapa jam berburu,matahari pun sudah meninggi, tapi tiada seekor haiwan pun melintas di hadapan k ami . Pelanduk , napuh, rusa, ayam hutan dan burung yang selalu berlegar di hutan itu, seolah-olah bersembunyai jauh dari k ami . Hutan itu sepi .

Saya bertambah rimas, pak cik pula saya lihat mula kecewa. Hari kian beranjak petang, pak cik menepuk-nepuk senapang Relanya. Kata pak cik, "Kita balik ajalah, hari ni tak ada apa-apa.Mungkin esok ada habuan."

K ami berjalan pulang, tapi selang dua tiga puluh langkah, k ami terdengar suara riuh-rendah di sebalik pokok-pokok besar di hadapan k ami . Saya mengamati suara itu, ternyata ia dating dari sekawan monyet yang sedang memakan buah-buah hutan.

Saya perhatikan pak cik begitu berminat memerhatikan haiwan itu.Di bibirnya ada sebaris senyuman. Senyuman yang saya faham benar maksudnya. Adakah pak cik hendak menembak monyet-monyet itu?

"Haa. Pak cik nak tembak ibunya, lepas tu pak cik nak ambil anaknya, nanti boleh bela, " begitu jawapan pak cik.

Masih saya ingat juga, saya beberapa kali mendesak pak cik supaya membatalkan hasratnya itu, tapi gagal. Saya gagal mengendurkan niatnya. Tidak akan saya lupa kata-kata pak cik petang itu,

"daripada balik tangan kosong? "

lalu dia mengacukan senapangnya ke arah kawasan monyet tadi, dan ?

DAMMM!!!

Demi berdentum saja senapang, bercempera dan lintang-pukang monyet-monyet tadi menyelamatkan diri. Hutan itu riuh dengan bunyai ranting patah serta jerit pekik haiwan berkenaan.

BUUUPP! Ada suatu benda yang jatuh ke tanah.

Saya terpandang seekor ibu monyet jatuh berdekatan k ami . Saya dan pak cik terus mendapatkannya. Dari perutnya bercucuran darah pekat. Anaknya yang tidak mengerti apa-apa terlepas dari pelukan, tercampak tidak jauh dari ibunya sambil menjerit-jerit.

Si ibu merengus-rengus memanggil anaknya dengan lemah. Dia cuba bangun. Dengan besusah payah sambil tangannya mencapai akar-akar pokok untuk mendekati anaknya. Sebelah tangan lagi menekap perut yang masih berdarah.

Ia berusaha melangkah tapi terjatuh semula. Digagahi lagi sambil berguling-guling ke arah anaknya. Si anak yang baru pandai berjalan jatuh, bangun mendapatkan ibunya.

Si anak itu terus saja memeluk ibunya yang kesakitan. Masih terbayang jelas di ingatan saya bagaimana si ibu monyet tadi memegang tubuh dan menatap wajah anaknya puas-puas, kemudian dicium berkali-kali. Setelah itu dibawa si anak ke dada lalu disuakan susunya.

Saya dan pak cik terdiam melihat si anak mengisap susu manakala ibunya mengerang-ngerang perlahan seakan memujuk sambil menahan sakit. Hati saya tersentuh. Betapa si anak yang baru melihat dunia tidak tahu bahawa ibu tempat dia bermanja akan pergi buat selama-lamanya. Saya tidak mampu menyel ami fikiran ibu monyet tadi, tapi mungkin ia ingin memeluk anaknya buat kali terakhir, sepuas-puasnya, kerana selepas ini ibu akan pergi.

Ibu tidak akan dapat memelukmu lagi apabila kau kesejukan, menyuap mulutmu bila kau merengek kelaparan, juga melindungimu bila kau kepanasan.

Mata si ibu monyet itu memandang ke arah k ami . Tangannya memeluk erat si anak seolah-olah enggan melepaskannya, biarlah ia mati bersama anaknya.

Matanya saya lihat digenangi air, masih tidak lepas memandang k ami dengan pandangan sayu, mungkin ingin menyatakan betapa kejamnya manusia.

Dosa apakah yang aku lakukan hungga aku ditembak? Salahkah aku bebas ke sana ke mari di bumi indah ciptaan Allah ini? Tubuh ibu monyet itu berlumuran darah, begitu juga dengan si anak yang masih di pelukannya.

Beberapa detik kemudian, dengan tenaga yang masih berbaki, k ami lihat si ibu mencium anaknya untuk ke sekian kalinya. Perlahan-lahan tubuhnya terkulai ditanah, bisa penabur dari muncung senapang pak cik tadi tidak dapat ditanggung lagi.

Si anak menjerit-jerit memanggil ibunya supaya bangun dan melarikan diri dari situ, tapi si ibu sudah tidak bernyawa lagi. Puas menjerit, si anak tadi menyusu semula.

Di saat itu perasaan saya terlalu sebak. Saya perhatikan pak cik, dia beberapa kali menggetap bibir cuba menahan air matanya daripada tumpah ke pipi.

Tapi bila melihat si anak monyet tadi menjerit dan menggoncang-goncang tubuh ibunya, akhirnya air mata k ami tumpah juga. Saya betul-betul kesal dengan apa yang berlaku.

Susana sunyai kembali. Si anak monyet itu k ami rangkul dan bawa pulang. Biarpun ia terus menjerit-jerit dan enggan berpisah dengan ibunya yang telah mati.

Di dalam kereta saya hanya mendiamkan diri. Begitu juga pak cik. Pada ketika itu saya dapat merasakan betapa kejamnya k ami kerana membunuh satu nyawa yang tidak berdosa. Biarpun monyet itu hanya haiwan yang hodoh, tapi mereka juga ada perasaan, ada rasa kasih kepada anak, rasa sayang kepada ibu. Tapi kita manusia??

Mana hilangnya akal waras k ami ?

Selang dua minggu kemudian, anak monyet tadi mengikut jejak ibunya. Pak cik memberitahu saya, anak monyet itu tidak mahu makan dan asyik menjerit-jerit sahaja. Mungkin ia rindukan ibunya. Apabila malam, keadaannya bertambah teruk, dan akhirnya mati.

Kini saya sudah bekerja dan berumah tangga. Peristiwa tadi sudah saya ceritakan kepada anak dan isteri saya agar mereka mengerti bahawa haiwan juga punya perasaan. Yang kejam adalah manusia, walaupun kitalah satu-satunya makhluk yang Tuhan anugerahkan akal fikiran.

Tidak lupa saya memberitahu mereka betapa agung dan sucinya kasih sayang ibu.

Thank you.

"The believers, in their love, mercy, and kindness to one another are like a body: if any part of it is ill, the whole body shares its sleeplessness and fever" -Prophet Muhammad (P.B.U.H.)

(nukilan: Pok Din al-ahkam)

Thursday, September 1, 2011

sayu baca nih.......

Setitik airmata ibu yang tumpah dari perbuatanmu samalah pedihnya seperti sebutir peluru yang menembusi dadamu..

p/s: ana dapat mesej daripada seorang ibu yg mngadu terasa hati dgn anaknya. Katanya sudah lah tidak pulang menjenguknya. Telefon pun tidak. Hanya sms pengganti diri. Kata ibu itu lagi, dia mahu mendengar suara anaknya. Wahai anak yg tak bisa pulang berhari Raya bersama keluarga terutamanya bersama si ibu dan dan ayah. Telefonlah mereka. Berbuallah dengan mereka. Insha Allah akan terubat rindu mereka. Rindu benar mereka padamu wahai anak. Jangan biarkan air mata itu mengalir kerana terasa hati denganmu kerana sesungguhnya neraka akan tersenyum dan melambai-lambaikan tangan kepadamu.

Teringat ana kepada lagu azimat ibunda dr kump far east:
"setitis air mata ibu yg gugur kerana kesedihan
segaris luka dihati ibu kerna kederhakaan
Tertutup pintu syurga jika tiada keampunannya"

Beruntunglah bagi mereka yg sentiasa mnggembirakan ibu dan bapanya kerana rahmat Allah menyertainya. Wahai anak...mereka benar2 menyayangimu, merinduimu...balaslah semua itu walau hanya dengan menelefon mereka.

A Dialog between a flower and a pearl


One day, a brilliantly beautiful and fragrant flower with attractive colors met a pearl that lives far in the bottom of the sea and has none of these characteristics.

Both got acquainted with each other.

The flower said: "Our family is large; roses and daisies are members of the family. And there are many other species that are various and countless, each has a distinctive scent, appearance .etc."

Suddenly, a tinge of distress appeared on the flower.

"Nothing accounts for sorrow in your talk; so why are depressed?" The pearl asked.

"Human beings deal with us carelessly; they slight us. They don't grow us for our sake but to get pleasure from our fragrance and beautiful appearance. They throw us on the street or in the garbage can after we are dispossessed of the most valuable properties; brilliance and fragrance" The flower sighed.

And then the flower said to the pearl: "Speak to me about your life! How do you live? How do you feel it? You are buried in the bottom of the sea. "

The pearl answered: "Although I have none of your distinctive colors and sweet scents, humans think I am precious. They do the impossible to procure me. They go on long journeys, dive deep in the seas searching for me. You might be astounded to know that the further I lay, the more beautiful and brilliant I become. That's what upraises my value in their thought. I live in a thick shell isolated in the dark seas. However, I'm happy and proud to be in a safe zone far from wanton and mischievous hands and still the humans consider me highly valuable"

Do you know what the flower and the pearl symbolize?



Think



Think



Think



You will find that:


The flower is the unveiled woman (who shows her charms)
and the pearl is the veiled woman (who conceals her beauties)


Think about it!


Indeed Allah is gentle and loves gentleness, and gives due to gentleness that which He does not give due to harshness - Muhammad (salAllahu alayhi wasalam) [ibn Majah, ibn Hibban - Hasan]


Tanda-tanda anda menghadapi stress

Anda Menghadapi Masalah STRESS?

Apakah Tanda-Tandanya..?



Pertama: Anda sentiasa menghadapi masalah untuk bangun tidur..


"Huuaaargh..! (Astaghfirullah..) Malehnyo nak poie kojo..!"


Kedua: Tengkuk anda sentiasa merasa sakit dan susah untuk memusingkan kepala..

Akukah yang penin.. Atau kamu yang penin.. Atau peninkah kamu kerana kepeninan ku..?




Ketiga: Rambut anda sentiasa kusut masai setelah mandi dan menggunakan syampu terbaik..

Tak konang budi punya syampoo.. Den dah boli ekau, ekau conteng arang yo..!



Keempat: Kepala anda sentiasa merasa pening dan seperti berada di awang-awangan..

Mak aaaiihh.. Power bangak ike pating masok gulai ase poyok.. Slurp..


Kelima: Berat badan anda terus meningkat dengan mendadak walau pun telah berusaha keras untuk mengurangkan berat.. Senamrobiklah..


Hadoi lah..!! Salesman tu kata.. makan ubat slim tu konfem bergetah..

Ni bukan bergetah..!

Ini 'bergedel' a.k.a 'bergedik' a.k.a 'bergedempol'..!!

Kalo salesman tu datang.. Aku terkam atas dia sampai pensan..!! Hish..!!


Keenam: Anda sentiasa merasa letih yang amat sangat dan sentiasa mengeliat..


"Yaaarkh..! Bahawasanya..

"Saya berjanji..

akan terus cemerlang..

gemilang..

dan ter.. ter.. ter..

ZzZzZz qroooh..!"

Ketujuh: Anda sentiasa merasa fikiran anda terlalu sempit..



Gua akan telus bedili di sini..

Sehingga ada wolan latang bagi gua makan kuweh putu mayam..!!

Gua akan telus besaba.. Saba.. Dan saba..

Gua pasti bejaya..!! Huh.!


Kelapan: Anda sentiasa merasa diri anda terlalu kecil dan selalu dipermainkan..


( You becareful haa..

I know la who are you..! How dare you..!!

How dare you jump on my head.. I know who you are..!

You Smelly Siput..!! )


Kesembilan: Boss sentiasa marah dengan anda..


Cis..!!! Najis sungguh lah dia ni.. Mentang-mentang nama dia boh..


Kesepuluh: Anda sentiasa basah kuyup ketika keluar makan tengahari walaupun berpayung..

Hampeh punya payung.. Rege je RM25..

Tapi low class..!!


Kesebelas: Anda sentiasa dan selalu merasa penat yang amat sangat..



Tongkat Ali tak jalan..

Kacip Fatimah pun tak jalan.. Apa nama daun herba satu lagi yea..

Mas.. Co..

Mas.. Ca..

Mas.. Ci.. Apa la nama daun tu yerk..

Haa.. Mas Idayu..

Keduabelas: Anda sentiasa merasa kehadiran tetamu asing..

Saya sebenarnya adalah seekor ayam.. Tak percaya.. Tanya anak-anak ayam saya nih..!

Ketigabelas: Anda sentiasa merasa seperti hendak demam dan selsema serta kepala merasa panas....... .......... ....



Uwekk..!!

Hai.. Teruk betullah bini aku mengidam kali nih..

Aku pulak yang teruk muntah-muntah.. Huwek..!


Keempatbelas dan akhir:

ANDA SENTIASA MERASA..

KESEORANGAN DAN MERASA AMAT TAKUT..

SEPERTI ADA SESEORANG BERADA DI DALAM RUMAH..


Kali ni.. Konfem takde orang boleh nampakk.. Diam-diam tau.. Syshh..!

.. .. .. .. .. .. ..