Wednesday, November 24, 2010

Modul yang menyentuh hati.....!!!

6.58 pm
Aku baru balik dari meeting malam muhasabah dengan beberapa orang sahabat IKRAM. Ini kali pertama mereka meminta bantuan aku. Malam muhasabah ini insyaAllah akan dilaksanakan esok malam di masjid. Walaupun aku sudah biasa mengendalikan malam muhasabah bersama sahabat-sahabat PSS sebelum ini, tapi kali ini aku rasa berdebar-debar. Dan rasa ingin menangis....Terima kasih Allah, segala puji hanya bagi-Mu yang memilih aku untuk mendapat ilmu baru dari meeting ini....!!

Kalau ikut yang ada dalam kepala aku, sudah pastilah aku akan copy & paste daripada modul2 muhasabah yang lepas. Modul yang biasa dibuat bersama saudara Amin dan Nadhir, Modul tentang ibubapa ataupun modul tentang cinta Allah, cinta Rasul, tanggungjawab kemudian tentang kematian.

Tapi rupanya mereka sudah prepare modul yang berbeza. Modul ini sesuai untuk mad'u atau da'ie yang baru terlibat dalam kerja dakwah. Modul ini juga boleh diubahsuai untuk disampaikan kepada da'ie-da'ie yang dah lama terlibat dalam kerja dakwah. Tapi kalau nak buat untuk orang yang tak pernah didedahkan dengan dakwah pun boleh.

Dan aku sendiri tidak pernah merasai modul seperti ini. Dengar sahaja penjelasan dari Ukhti Ana mengenai modul tersebut pun, sudah cukup untuk membuatkan aku dan sahabat2 hampir menangis. Yang pasti hingga kini pun hati aku masih berdebar-debar. Masih terngiang-ngiang nasihat seorang ukhti meminta aku solat Taubat banyak2 sebelum malam muhasabah esok kerana tugasan aku adalah gambaran adakah malam esok berjaya atau tidak. Dan pastilah aku perlu persiapkan hati sebelum melaksanakan tugasan tersebut. Ya Allah, mampukah dan layakkah aku mengambil tugasan ini??

10.18 pm
Luruh hati aku selesai solat Isyak tadi. Terasa benar aku tidak layak memikul beban ini. Jika dalam PSS, aku tidak perlu risau tugasan2 seperti ini kerana pastinya ada sahaja sahabat PSS yang lebih layak memikul beban seperti ini. Jujur, kalau diikutkan hati, memang aku hanya ingin jadi penonton, ataupun mungkin jadi peserta. Tapi bila memikirkan membantu sahabat IKRAM bermakna membantu Islam, aku gagahkan hati. Walaupun hakikatnya aku tak mampu. Ya Allah, aku tak mampu menghadapi malam muhasabah esok!! Berikan aku kekuatan hati.....

Modul Muhasabah Diri
1. Aku akan memulakan sesi dengan rasa syukur dan ajak peserta berzikir ramai2. Selesai berzikir, aku kena ajak mereka memikirkan tentang cinta Allah dan Rasul (bab ini la yang aku tak mampu sampaikan.....layakkah aku bercerita dihadapan adik2 sedangkan aku sendiri, masih penuh dengan cinta dunia? huhuhu.....)

2. Peserta diminta untuk duduk dan tutup mata. Then muzik kisah tentang "Kasih Rasul" dimainkan.

3. Abis jer video, peserta diminta untuk berdiri dalam satu barisan.

4. Aku kena minta dorang bayangkan yang dorang sekarang berada di hadapan Allah. Bayangkan dengan sungguh2...!!

5. Then aku kena bertindak sebagai ala-ala "malaikat dlm kubur" bertanya soalan demi soalan kepada adik2 tuh secara keras dan nada tinggi. tapi bukan soalan masa dlm kubur...soalannya sangat menyentuh hati. Terutama insan2 seperti aku.....(ada suara latar, spt berzikir/istiqfar semasa aku bertanya-tanya soalan)

a) Siapa yang tidak solat zohor hari ini, selangkah ke belakang.....!!!

b) Siapa yang hari ini, tidak terlintas langsung di hatinya untuk membantu Islam, selangkah
ke belakang....!!!

c) Siapa yang hari ini tidak menyentuh langsung al-Quran, selangkah ke belakang...!!!

d) Siapa yang hari ini menunjukkan auratnya di hadapan orang yang bukan sepatutnya,
selangkah ke belakang...!!!

e) siapa yang tak ikhlas datang ke program ini, selangkah ke belakang....!!!!

Setiap kali ada aku bertanya soalan di atas, aku jugak kena beri tekanan(atau ala-ala mem"provok") lagi pada mereka. Contoh:


"Siapa yang hari ini, tidak terlintas langsung di hatinya untuk membantu Islam, selangkah ke belakang....!!! Sampai hati kamu langsung tidak memikirkan tentang Islam?? Bayangkan apa kita nak jawab di hadapan Allah nanti kalau di hati kita tidak terlintas langsung nak bantu Islam?...bla.....bla......bla....sambung soalan lain

Kalau ada 20 soalan, dan kita tidak dapat memenuhi kesemua yang dituntut dalaam soalan2 itu, bayangkan betapa kita jauh 20 langkah dari Allah. Itu untuk hari ini. Hari ini jarak kita dengan Allah 20 langkah. Bagaimana dengan dosa yang sebelum-sebelum ini? Dapatkah kita mengira berapa langkah jauhnya kita dari Allah?? Ini cuma perkiraan pada malam muhasabah, bayangkan secara realitinya berapa jauh kita dari Allah???

Sayu bukan?? Memikirkan soalan-soalan yang patut ditanya pun, entah berapa kali aku menyapu air mata. Terlalu sedih memikirkan bagaimana dengan diri sendiri. Dan aku tak dapat bayangkan bagaimana aku besok. Adakah aku akan sekuat seperti penceramah-penceramah muhasabah sebelum ini? Atau Kak Ana harus jadi back up???


____________________________________________________________________
*Lupa pula aku bertanya kepada mereka apa nama modul ini. Modul ini diakhiri dengan seorang sahabat akan bertugas sebagai penenang. aku paling suka ayat2 ini:
" adik-adik, tak usah la menangis sebab walau macamana adik2 jauh, percaya lah Allah sentiasa dekat....!!! Sekarang ini, berlarilah adik2...berlarilah menuju ke arah Allah....!!!! Dia sentiasa ada untuk kita...bla....bla...."
Sebelum bersurai....adik2 tersebut akan diminta untuk mengisi azam baru selepas ini.

Monday, November 22, 2010

Mualaf yang manja

Malam semalam aku ke kelas bimbingan mualaf(KBM) utk latih dorang jadi pendakwah profesional. Ini bukan kali pertama aku perlu bercakap-cakap di depan mereka. Bukan jugak kali ketiga tapi kali kedua.

Kalau ikut penilaian nafsu, aku rasa banyak perkara yang aku tidak berapa setuju dengan program ini. Sama ketidaksetujuan aku dengan program GEMS. Mewah & manja hingga yang terlahir adalah eksekutif2 yang perasan bagus walaupun tidak semua begitu.

Aku sebenarnya tak faham satu perkara bagaimana seorang da'ie boleh dilahirkan dalam masa yang singkat. Sedangkan aku sendiri mengambil masa yang lama untuk mengetahui medan dakwah. Dan setelah mengetahui, aku masih tidak memahami. Setelah memahami pulak, belum ada rasa tanggungjawab. Itu pun ambil masa yang lama untuk aku lahirkan rasa tanggungjawab. Bila ada rasa tanggungjawab, aku terpaksa mengambil masa yang lama untuk memastikan dakwah benar2 mengalir dalam diri aku, itu pun masih belum berjaya.Kadang-kadang aku jatuh dengan kefuturan, kadang-kadang aku bangkit tapi itupun take time. Mujurlah aku ada sahabat-sahabat yang tidak pernah meninggalkan aku yang sedang merangkak-rangkak walaupun mereka telah berlari jauh ke depan.

Eh, kenapa aku membandingkan kisah aku dengan mereka?? Macamlah mereka sama macam aku, lembab di medan dakwah.....Bukankah mereka adalah orang-orang yang dipilih Allah untuk memeluk Islam? Bukankah mereka jugak la yang dipilih Allah untuk mengikuti program sebegini?? Dan bukankah mereka jugak la yang dipilih Allah untuk merasai ni'matnya hidup tanpa dosa saat mereka mula2 melafaskan syahadata'in??

Ya...itu semua aku akui. Walaupun aku nih Islam dari lahir, masuk sekolah agama dan terjun ke dalam jema'ah di usia muda tapi hakikat yang harus aku terima adalah aku kalah dengan kelebihan ni'mat Islam yang mereka temui. AKU KALAH...!!

Tapi aku masih tak faham sekarang nih, macamana KBM nih boleh berjaya menghasilkan da'ie dalam masa yang singkat?

Sejak KBM nih ditubuhkan di Sabah, berkali2 aku memikirkan perkara ini yang hingga kini aku tak temui pun jawapan. Tapi bila memikirkan betapa banyaknya hikmah yang kutemui sepanjang pertemuan pertama dan kedua dengan mereka, aku jadi malu dengan diri sendiri, terlalu mudah menghakimi orang lain. Mujurlah aku bukan seperti hakim di mahkamah, bukan setakat menghakimi tetapi mudah pulak menjatuhkan hukuman. Semoga aku tidak begitu. Semoga setiap kali aku memandang keburukan, Allah berikan aku mata yang boleh memandang hikmah dan hati yang boleh merasakan hikmah.

Sebenarnya ada beberapa perkara yang aku mau kongsi dalam entri ini. Tapi cukup sampai sini dulu. Sebab aku mau sambung kerja.

Carikan aku jodoh....

Boring
3.51 pm... boring...ya....tiba2 aku rasa teda semangat bekerja hari ini. Hendak kusalahkan suasana, ndak boleh jugak.Sebab kita la yang membiarkan diri kita ditawan suasana.

Walaupun zaman ini ramai yg menggunakan FB untuk menghilangkan rasa keboringan dan kesunyian. Dan macam biasa laman google jadi pilihan aku untuk mencari gambar2 menarik untuk dijadikan poster dan bahan2 lain(nnt kan kehadirannya).

Ntah camana, tiba2 ada kawan tanya(guna ym fb) soalan yang paling boring diusia ini, “ Ko suda kahwin ka?”

Boring mo jawab soalan tuh sebab macam tiap2 minggu mak aku akan tanya soalan yang lebih kurang sama....”bulan berapa mo kahwin?”. Sebab kalau ikut perancangan,memang tahun ini, bersedia(^_________^)

Perbincangan aku dengan kawan aku tuh meleret2 dari soalan tadi hinggalah hal minta tolong carikan jodoh. Hai....apa nih, minta tolong carikan jodoh, aku sendiri teda...hahahaha

Dan aku pun dengan bijaksananya akan mencadangkan kawan aku sendiri, seorang doktor yang sgt baik dan sopan santun, boleh jadi suami yang baik.

Biasanya, bila aku tawarkan Dr.1/Dr.2/Dr.3 atau calon lain pada mana2 kawan, mereka tidak akan banyak soal walaupun tidak menerima cadangan aku. Tapi kali ini aku berdepan dengan soalan yang memerangkap aku sendiri: “Kenapa doktor tuh bukan dengan kau? Konfius aku nih”

Terkejut aku dengan soalan tuh. Lama jugak aku berfikir apa aku nak jawab . Akhirnya terpaksala aku berterus terang dengan kawan tuh. Memang la doktor tuh baik, tapi kerana dia baik la aku rasa aku tak layak. Mungkin kerana aku ada 2 kelemahan yang selama ini tidak diketahui oleh kawan aku:

1. Aku mudah rasa rendah diri walaupun aku selalu buat2 terer/bersikap "sombong" depan kawan2
2. Aku paling takut membuat keputusan walaupun orang selalu cakap aku hebat dalam memimpin

Dan untuk menyedapkan lagi perbincangan kami tadi, aku cari semula artikel tulisan ust.sarip yang ini . Sebab tajuk ini pernah membantu aku mencari beberapa jawapan kepada beberapa persoalan. Tapi kebetulan atau memang Allah nak bantu, buka sahaja web ust.Sarip keluar tajuk ini, Mencari Keserasian. Aku belum baca abis lagi link ini, tapi aku yakin mungkin dapat bantu kawan2 lain jugak. Selamat menambah ilmu...!!