Tuesday, August 2, 2011

Mutiara Ramadhan 2 : Puasa merintis jalan taqwa

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Allah swt berfirman, maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kami berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-o rang sebelum kamu agar kamu bertaqwa. (Surah al-Baqarah: 183)

Ayat ini merupakan ungkapan yang menitahkan fardhu puasa pada tahun kedua hijrah. Di samping menyatakan kewajipan puasa, ayat ini juga menyatakan tujuan dari ibadah puasa kita “agar kamu bertaqwa”.
Darjah taqwa adalah darjah tertinggi yang boleh dicapai oleh seorang hamba. Orang yang bertaqwa dijanjikan syurga oleh Allah:
“ Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan syurga-syurga yang penuh kenikmatan di sisi Tuhannya” (Surah al-Qalam:34)
“ Dan bersegeralah kepada keampunan dari Tuhan-mu dan syurga yang bidangnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” (Surah ali-Imran: 133)

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,
Orang-orang yang bertaqwa akan memperolehi hidayah yang Allah turunkan di dalam al-Quran:
“Alif, Lam, Mim. Kitab al-Quran ini tidak ada keraguan di dalamnya petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa.“ (Surah al-Baqarah: 1-2)

Orang-orang yang bertaqwa bukan sahaja mendapat kejayaan di akhirat bahkan layak mendapat bantuan Allah di dunia lagi. Firman Allah bermaksud:
“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka¬-sangka.”(Surah at-Talaq: 2-3)

Orang-orang bertaqwa merupakan orang yang paling mulia di sisi Allah:
“Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa dari kalangan kamu” (Surah al-Hujurat: 13)

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,
Oleh itu, taqwa adalah darjat yang begitu tinggi, yang melayakkan seseorang menjadi orang paling mulia, dijanjikan syurga, diberikan hidayah dan keampunan serta diberikan bantuan sejak di dunia lagi.
Pasti untuk memperolehinya agak sukar. Namun kini peluangnya terbuka luas dengan tawaran istimewa dari Allah SWT.
Janji Allah, jika kita berpuasa dengan sebenar puasa, pasti kita kan mencapai darjat taqwa. Marilah sama-sama kita berdoa dan berusaha untuk memastikan agar puasa kita Ramadan ini mampu melonjakkan kita ke darjat taqwa. Amin.

Prof. Dr. Omar Yaakob
Johor Bahru

"Ramadan...Bermulanya Suatu Perubahan"

Mutiara Ramadhan 1 : Ramadhan, Bulan Dirindui


Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita dipanjangkan usia untuk berada di awal Ramadan. Inilah yang sering kita doakan:
“ Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya ’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.”
Kita juga bersyukur kerana malam ini kita dapat bersama dalam majlis solat terawih, salah satu sunnah yang amat diberatkan pada bulan Ramadan. Semoga Allah memanjangkan umur kita bagi memperoleh segala keberkatan Ramadan dan mengekalkan kita dengan iltizam dan komitment kepada solat terawih.

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Rasulullah (saw) diriwayatkan sebagai bersabda ketika menjelang Ramadan bermaksud:

“Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadan, bulan berkat, Allah telah mewajibkan ke atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka dan ditambat para syaitan, Pada bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan. Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia rugi.”
(Hadis riwayat Ahmad dan An-Nasai)

Demikian bunyi pengumuman yang dibuat oleh Rasulullah (saw) setiap menjelangnya Ramadan.
Pengumuman ini membayangkan bahawa kedatangan Ramadan adalah satu peristiwa yang amat bermakna bagi mukmin. Puasa pada siang harinya adalah salah satu syi’arnya yang penting. Tetapi bukan itu sahaja yang terdapat pada bulan ini. Adalah rugi kiranya kita terlepas dari mendapat manfaat dan keberkatan lain yang begitu banyak di dalamnya.
Rasullullah (saw) menegaskan bahawa Ramadan bukan sahaja bulan kita berpuasa tetapi ia datang dengan penuh keberkatan, yang mana jalan untuk beramal begitu luas terbentang, jalan untuk mendapat pahala berlipat ganda dipermudahkan, jalan ke arah dosa dipersempitkan. Ini merupakan pemberian Allah yang tiada tolok bandingnya.

Nah.. jika begitu. Kita tanyakan diri kita pada malam pertama ini. Mahukah kita menerima tawaran dan pemberian Allah ini? Mahukah kita menjadi hamba-Nya yang mendapat keberkatan lailatul-qadr yang lebih baik dari seribu bulan yang bersamaan lebih 83 tahun.. mungkin melampaui kadar umur kita?

Sebaliknya ingatlah pesanan di hujung hadis tersebut:
“Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia rugi”.

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Maka pada malam ini, marilah kita tetapkan niat kita untuk menimba sebanyak mungkin keberkatan pada bulan Ramadan. Pada malam ini, kita tingkatkan komitment kita untuk rakus dan haloba mencari pahala. Malam ini juga kita pasang janji kita untuk berlumba memanfaatkan masa yang begitu terhad untuk beramal dan beribadah. Pada malam ini kita bulatkan tekad untuk tidak tergolong ke dalam golongan yang rugi.

Prof. Dr. Omar Yaakob
Johor Bahru

"Ramadan...Bermulanya Suatu Perubahan"

Mutiara Ramadhan 3: Sahur Yang Penuh Berkat

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Di antara sunat puasa yang sering dipandang ringan oleh ramai umat Islam kini ialah bersahur. Bersabda Nabi (saw):
“ Makan sahurlah, kerana makan sahur itu berkat.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis lain, Nabi (saw) bersabda:
“ Bersahur itu berkat maka janganlah kamu tin ggalkan, walau seorang di antaramu hanya meneguk air. Kerana Allah dan para Malaikat-Nya akan men gucapkan selawat kepada orang-orang yang bersahur”.(Hadis Riwayat Ahmad)

Dan adalah disunatkan kita melewatkan sahur tersebut, seperti dinyatakan oleh ‘Amar bin Maimun mengenai para sahabat Nabi (saw):
“Para saha bat Nabi Muhammad (saw) itu adalah orang-o rang yang paling bersegera berbukanya dan paling lambat bersahurnya” (Hadis Riwayat Baihaqi)

Di sana terdapat hikmah dan berkat yang besar dari sahur dan melewatkannya. Pertama, ia memberi kekuatan kepada yang berpuasa. Tetapi lebih besar ertinya pada kita ialah sahur memberi peluang untuk mendapat ucapan selawat dari Allah dan para malaikat. Bukan mudah untuk kita melayakkan diri menerima ucapan selawat daripada Pencipta dan Penguasa Alam dan para malaikat-Nya. Ini merupakan satu anugerah yang perlu direbut oleh setiap insan.

Mengingatkan anugerah ini, pastinya tidak terlalu sukar untuk kita bangun esok pagi untuk bersahur.

Satu lagi hikmah yang besar dari sahur yang lewat ialah ia akan memastikan kita berjaga di penghujung malam menjelang subuh; satu saat yang amat mustajab untuk berdo’a. Ambillah peluang bangunnya kita pada waktu sahur untuk menunaikan dua rakaat solat tahajjud atau hajat dan berdo’alah kepada-Nya Yang Maha Mendengar.
Di samping itu, bangunnya kita untuk bersahur menjelang subuh akan memastikan agar kita dapat solat subuh di awal waktunya; satu amalan yang amat disukai. Menurut sebuah hadis dari Abu Mas’ud al-Ansari:
“ Bahawa Rasulullah (saw) melakukan solat subuh di saat kelam pada akhir malam (di awal waktu subuh), kemudian pada kali lain dilakukannya ketika hari mulai terang. Setelah itu solat tetap dilakukannya pada waktu gelap tersebut sehingga beliau wafat, dan tidak pernah lagi pada waktu hari telah mulai terang.” ( Hadis Riwayat Abu Daud dan Baihaqi)

Di samping itu, berkesempatan pula kita bersolat sunat subuh yang disebutkan oleh Nabi (saw):
“Dua rakaat sunat subuh itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (Hadis Riwayat Ahmad, Muslim, Tirmidhi dan an-Nisa’i)

Oleh itu, kita tidak boleh memandang sahur hanya sekadar untuk makan menambah tenaga bagi menguatkan badan; mungkin tidak diperlukan jika seseorang merasakan dirinya telah kuat. Tetapi sahur adalah lebih dari itu; ia adalah satu sunnah Nabi, melakukannya memberi kita peluang mendapat selawat dari Allah dan para malaikat, peluang untuk berdo’a di saat yang mustajab, dapat solat subuh di awal waktu dan dapat pula bersolat sunat yang begitu besar ganjarannya.

Semoga Allah mempermudahkan kita untuk istiqamah di atas sunnah Nabi-nya

Prof Omar Yaakob
Johor Bahru

'Ramadhan...bermulanya suatu perubahan'

Kebaikan seorang Fasik

Pada suatu hari seorang oemuda yang terkenal sebagai seorang FASIQ meninggal dunia. Tidak ada seorang pun yang mahu menguruskan jenazahnya. Isterinya lalu membayar dua orang untuk memikul jenazahnya ke masjid untuk disholati. Namun, tidak ada seorang pun yang mahu mensholati jenazah si fasiq tadi.

Akhirnya, sang isteri membawa jenazah tersebut ke tengah padang yang luas untuk dikebumikan. Di situ, ada seorang ahli zuhud yang tinggal di gunung. Dia seolah-olah menunggu kedatangan jenazah si fasiq tadi.

Tersebarlah cerita si zuhud turun untuk mengerjakan solat jenazah untuk si fasiq tadi hingga penduduk sekitar situ turut turun melakukan sholat jenazah kepada si fasiq tadi.

Seusai sholat, penduduk hairan, mengapa si zuhud mahu mensholati jenazah si fasiq. Mereka pun bertanya hal itu kepada si zuhud. "Aku mendengar dalam mimpiku, agar aku mensholati si fulan kerana ia diampuni Allah", jawab si zuhud.

"Bagaimana perilaku jenazah semasa hidupnya?", tanya si zuhud kepada isteri jenazah si fasiq tadi.

"Orang mengenal suamiku memang sebagai ahli maksiat dan sering mabuk," Jawab si isteri.

"Cubalah teliti kembali, apakah dia memiliki kebaikan-kebaikan?", si zuhud bertanya lagi.

"Ya, tiga hal. Pertama, bila dia sedar dari mabuknya di waktu subuh, dia segera mengganti pakaian, berwudhu dan ikut solat subuh berjemaah. Kedua, di rumah tak pernah sepi dari satu atau dua anak yatim. Kasih sayangnya pada anak yatim melebihi pada anaknya sendiri. Bila tak menemukan anak yatim, dia akan mencari. Ketiga, dia pernah sedar dari mabuknya di malam hari. Kemudian menangis dan berkata," Ya Tuhanku, letak neraka Jahannam mana yang Kau kehendaki untuk meletakkan orang terkutuk ini?", jawab wanita itu tentang suaminya.

Monday, August 1, 2011

Tarbiyah Dzatiyah

1 Ramadhan @ 1 Ogos 2011

Akhi wa ukhti,
Pernah dengar tak perkataan "tarbiyah dzatiyah"? untuk kali pertamanya, sy akui ia agak ganjil a.k.a tak pernah dengar. Membaca buku "Tarbiyah Dzatiyah" karangan Abdullah Bin Abdul Aziz Al-Aidan menyentak jantung saya. Jawapan yang sy cari selama ini, akhirnya terjawab.

Di antara ni'mat yang paling besar diberikan oleh Allah kepada kita adalah Islam. Bagi yang advance, dipilih untuk berada di jalan dakwah. Ada yang kekal istiqomah, tapi ada juga terkubur. Terkubur oleh exam, famili, kerjaya, anak-anak dsbg, atas alasan sudah cukup memenuhi syarat sebagai seorang muslim.

Tapi bolehkah kita berhenti di batasan ini?ataukah kita perlu menaikkan diri ke tingkatan ilmu, iman dan akhlak ke peringkat yang lebih tingggi?

Akhi wa Ukhti,
kenapa iman Abu Bakar ra boleh jadi begitu hebat sehinggakan seandainya ditimbang iman Abu Bakar dengan iman seluruh umat, imannya lebih berat? Kenapa Umar Al-Khattab tampil "gagah" hingga syaitan begitu takut kepadanya? Kenapa Abu Hurairah menjadi ilmuwan terkemuka mengalahkan sahabat2 yang lebih dahulu masuk Islam, walhal dia masuk Islam setelah 7 tahun hijrah berlaku.? Kenapa Abdullah Bin Al-Abbas dalam usia muda sudah boleh menjadi "nara sumber"para sahabat2 yang lebih senior? Mengapa di kalangan sahabat masing2 mempunyai ciri khas sedangkan mereka berguru dari naqib yang sama, Rasulullah SAW dan Islam yang dijarkan Baginda SAW juga satu?

Mungkinkah kerana adanya Rasulullah SAW? Kalau kerana adanya Rasulullah secara fizikal bersama mereka menjadi sebab untuk tumbuhnya ummat yang benar-benar mentauhidkan Allah SWT itu tentunya Allah SWT tidak menjadikan Rasulullah SAW sebagai Rasul terakhir. Tentunya ada Rasul-Rasul lain yang menyebarkan agama tauhid ini.

Barangkali diantara rahsianya ialah kerana masing-masing dari sahabat Rasul tersebut mampu mentarbiyah (membina) diri mereka sendiri dengan optimal, meningkatkan kualiti diri menuju tingkatan seideal mungkin, mengadakan perbaikan diri dengan penuh komitmen dan berterusan serta meningkatkan semua potensi mereka hingga tidak ada satu pun potensi mereka yang terabai.

Rangkaian proses tersebut inilah yang diistilahkan dengan Tarbiyah Dzatiyah. Definisi dari Tarbiyah Dzatiyah adalah sejumlah sarana (tuntutan dan keperluan) tarbiyah yang diberikan oleh seorang muslim atau muslimah kepada dirinya untuk membentuk keperibadian Islami yang sempurna pada seluruh aspek kehidupannya; ilmiah, iman, akhlaq, sosial, dan sebagainya lalu mereka sentiasa meningkat ke tingkatan kesempurnaan sebagai manusia.

Pendek kata, Tarbiyah Dzatiyah merupakan tarbiyah seseorang terhadap diri sendiri dengan dirinya sendiri. Tarbiyah Dzatiyah ini berlaku apabila seorang muslim atau muslimah itu memahami tarbiyyah secara konseptual serta menterjemahnya kepada bentuk praktikal lalu dengannya ia memperbaiki kualiti diri, mencorakkan keperibadiannya dengan bercontohkan Rasulullah SAW dan sahabat-sahabatnya serta menyalakan api semangat untuk sentiasa meningkatkan diri sendiri.

Kesemua ini akan mendekatkan dirinya kepada keredhaan Allah SWT serta mampu untuk istiqamah di atas jalan yang benar serta mendapatkan syurgaNya. Peribadi-peribadi begini akan lebih dicintai dan diterima Allah bahkan akan merasakan kebahagiaan, ketenteraman, keamanan dan ketenangan jiwa dibawah bimbingan Allah dalam setiap langkah kehidupannya serta terjaga dari keburukan dan hal-hal yang tidak disukai, mendapat keberkatan dalam waktu dan harta serta sabar di atas berbagai penderitaan dan ujian yang merintangi perjalan menuju redha Allah SWT.



Tarbiyah Dzatiyyah & Kewajiban Dakwah Islamiyyah

Rasulullah SAW diutuskan sebagai “Rahmatul lil ‘alami’ (rahmat untu sekelian alam). Kebenaran Islam adalah sarana tunggal yang akan mendekatkan manusia kepada kebahagiaan dan kemuliaan dunia dan akhirat. Kebenaran Islam yang berada di dalam jiwa kita ini adalah hak yang perlu dikongsikan oleh semua insan tanpa mengira warna kulit dan bahasa.

Rasulullah SAW adalah Rasul tarbiyah dan dakwah. Rasululllah tidak hanya mendidik sahabat-sahabat dirumah Arqam bin Abi al Arqam tetapi baginda telah membangunkan satu barisan pendakwah yang akhirnya telah menyebarkan cahaya kebenaran Islam ke seluruh pelusuk dunia.

Tabiat agama ini berkembang dan menyebar ke berbagai pelusuk dunia. Misi agama Allah ini adalah menyebarkan rahmat bagi dunia untuk seluruh umat manusia (Al-Anbiya’: 107). Dengan begitu kebenaran Islam menjadi hak semua orang agar mereka meraih hidayah Allah. Seharusnya seluruh penghuni alam ini mendapat nikmat dari usaha dakwah. Paling tidak, semua manusia dapat merasakan rahmat Islam. Keadaan ini dapat dipengaruhi dengan adanya sekelompok manusia yang memahami, menghayati serta menyebarkan (mendakwahkan) Islam keseluruh pelusuk alam.

Setiap dari kita yang mendapat sentuhan iman ini seharusnya memiliki keperibadian tertentu serta mampu meningkatkan diri serta menyebarkan kebenaran Islam ini keseluruh pelusuk alam. Kita perlu membangunkan diri kita sebagai Rijalun ‘Aqidah (pendokong aqidah) yang merasa bertanggungjawab untuk menyebarkan risalah Iman ini kepada sesiapa sahaja yang kita temui.

Kita mampu menjadikan diri kita dan seruan kita sebagai dakwah kepada Allah SWT. Pendek kata, kita mampu menjadikan diri kita sebagai da’ie atau pendakwah. Kemampuan untuk mendidik dan membangunkan mukmin dengan ciri-ciri istimewa inilah yang disebut sebagai Tarbiyah Dzatiyah atau tarbiyah mandiri.



Jatidiri Mukmin
Kemampuan tarbiyah dzatiyah menjadikan kita mampu bertahan dalam berbagai ujian dan tekanan dalam menghayati dan hidup sebagai mukmin. Kita tidak futur (malas dan lesu), tidak kendur semangat untuk istiqomah diatas kebenaran dan melaksanakan tuntutannya, pemikiran kita tidak jumud dan tidak akan bimbang dan ragu menjawab berbagai tuduhan dan fitnah serta yang sangat diharapkan dari tarbiyah dzatiyah adalah kita menjadi seorang pendakwah yang mampu menyelesaikan segala persoalan yang menghalangi perjalanan kita meraih kemuliaan di sisi Allah SWT.

Dengan sikap ini kita tidak sangat bergantung pada arahan atau bimbingan secara formal (rasmiyyah). Melainkan kita mampu mengembangkan potensi diri dan dakwah Islamiyah sebagaimana mestinya. Dan dapat mengambil keputusan yang tepat.

Utusan-utusan Rasulullah SAW telah membuktikan dirinya dalam mengembangkan dakwah di berbagai tempat. Mereka dapat bertahan sekalipun jauh dari Rasulullah SAW dan masyarakat muslim lainnya. Ja’far bin Abi Thalib di antaranya. Dia dan sahabat lainnya dapat tinggal di Habsyah dalam waktu yang cukup lama. Sekalipun mereka sangat rindu untuk berkumpul bersama dengan saudara muslim lainnya, mereka dapat mempertahankan dirinya dalam keimanan dan ketaqwaan.

Begitu kuatnya daya tahan mereka hidup bersama dakwah jauh dari saudara-saudaranya yang lain dalam waktu yang cukup lama. Hingga Rasulullah saw. begitu bangga terhadap mereka disaat mereka pulang ke Madinah. Baginda menyatakan, “Aku bingung apa yang membuatkan riangnya diriku, apakah kerana menangnya kita di Khaibar ataukah kembalinya kaum muslimin dari Habsyah.”


Demikian pula Mus’ab bin Umair sebagai duta Islam pertama dapat mengembangkan dakwah di Madinah dan berhasil membangun masyarakat di sana. Mus’ab sebagai guru pertama di Madinah dapat memperluas jaringan dakwah. Sehingga tempat itu menjadi asas pertumbuhan umat Islam di kemudian hari. Dan menjadi mercutanda peradaban Islam.

Begitulah keperibadian yang menjadi asas kepada kegemilangan Islam dan sejarah kemanusiaan. Mereka dapat menunaikan tugas tersebut dengan sebaik-baiknya. Lantaran Tarbiyah Dzatiyah yang ada pada diri mereka. Malah banyak tugas-tugas lain dapat diselesaikan dengan cemerlang. Sebaliknya peribadi-peribadi lemah yang tidak mampu meningkatkan diri mereka akan tenggelam ditelan masa, tunduk kepada nafsu dan disibukkan oleh urusan yang remeh temeh bahkan sentiasa melibatkan diri dalam perbalahan-perbalahan yang tidak membuahkan amal.

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui.” (Al-Anfal: 27)

Beberapa Fokus Tarbiyah Dzatiyah
Adapun aspek-aspek yang perlu ditingkatkan setiap mukmin dalam tarbiyah dzatiyah terhadap dirinya meliputi:

1. Ar-Ruhiyah (Spiritual)

Sudah menjadi kebiasaan bagi setiap mukmin untuk meningkatkan ketahanan ruhiyahnya. Sehingga ia tidak lemah dalam melaksanakan segala taklif robbani (tanggungjawab keimanan). Ruhiyah yang kukuh menjadi variable yang sangat penting dan berpengaruh. Betapa perlunya setiap mukmin memiliki program yang terancang dalam menjaga ketahanan ruhiyah. Seperti merutinkan diri untuk solat berjamaah di masjid, berpuasa sunat, qiyamullail, sedekah, ziarah kubur ataupun aktiviti lainnya yang memberi kesan pada kesihatan rohaninya.

Dengan usaha ini insyaAllah dari sudut maknawiyah atau hakikinya kita tidak lemah atau bermuka-muka. Keadaan maknawiyah yang rapuh akan memberi kesan negatif hingga melahirkan amal yang murahan dan tidak menjadikan redha Allah sebagai matlamat.

Disamping itu, seorang mukmin perlu mencermati naik turunnya ruhaniyah diri mereka sendiri. Bahkan sedapat mungkin mempunyai standard piawaian yang benar untuk menilai segala tingkahlaku atau amalan dalam kehidupannya.

Ambillah pelajaran dari sikap para sahabat dalam mentarbiyah ruhiyah mereka masing-masing. Ada yang selalu menjaga keadaan diri agar selalu dalam keadaan berwudlu’. Ada pula yang sentiasa mengunjungi orang yang sedang mengalami kesusahan hidup. Ada juga yang menziarahi kuburan untuk mengingati mati dan berbagai usaha lainnya. Ambillah nasihat Umar ibnul Khathtab RA, “Hitung-hitunglah dirimu sebelum kamu dihisab Allah swt. di hari Perhitungan”

2. Al-Fikriyah (Pemikiran)
Pada dasarnya pemikiran manusia perlu sentiasa bekerja agar tidak mengalami kejumudan berfikir. Untuk memenuhi tuntutan tersebut tidaklah cukup menghadkan muatan pemikiran dari majlis tarbiyah yang tertentu sahaja. Akan tetapi dapat mencari berbagai sumber penggalian ilmu untuk berfikir. Mampu menelaah kitab, menghadiri acara kajian ilmiah ataupun kegiatan peningkatan wawasan lainnya.

Telah banyak paparan nas dari Al-Qur’an ataupun Hadith yang menyarankan untuk meningkatkan kemampuan berfikir dengan melakukan pengamatan dan pengkajian. Sehingga pemikiran kita sentiasa dalam pencerahan bahkan selalu dapat mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Dengan ini kita akan sentiasa berkembang dan menjadi pintu gerbang kemajuan intelektual. Maka, adalah wajib bagi seorang mukmin untuk membaca buku beberapa jam dalam setiap hari serta memiliki perpustakaan peribadi di rumahnya walaupun kecil.

3. Al-Maaliyah (Material)
Islam juga menuntut kekuatan material atau kebendaan. Oleh itu setiap mukmin harus memiliki kemampuan keusahawanan agar tidak menjadi beban kepada orang lain. Ini harus menjadi ciri-ciri yang mensifati seorang mukmin. Ia harus memiliki kemampuan mencari penghidupan bagi dirinya (qadirun alal kasabi).

Para sahabat yang diredhai Allah swt. telah memberikan pelajaran pada kita semua bahawa mereka tidak menjadi beban bagi saudara mereka. Kaum Muhajirin yang datang ke Madinah tidak membawa apa-apa, namun mereka tidak dengan mudah menerima bantuan kaum Anshar. Kaum Muhajirin mampu mengembangkan potensi maaliyah dirinya. Mereka pun akhirnya dapat hidup sebagaimana layaknya malah ada yang lebih baik dari kehidupannya di Mekkah.

4. Al-Maidaniyah (Penguasaan Lapangan)
Penguasaan lapangan juga hal sangat penting bagi perkembangan dakwah ini. Seorang mukmin seharusnya memahami keadaan masyarakat yang digaulinya. Ia benar-benar memahami segala permasalahan serta sepak teranjang masyarakat disekitarnya supaya ia mampu menyesuaikan diri dan mencari peluang-peluang atau pintu-pintu untuk memasukkan Iman kepada jiwa masyarakat.

Penguasaan lapangan yang cepat dan tepat nenbolehkan ia menyusun taktik dan strategi yang tepat untuk menyebarkan risalah kebenaran ini. Pengenalannya yang bagus dapat menentukan strategi apa yang sesuai dan praktikal bagi masyarakat yang didepaninya.


Maka ketika para sahabat berada di tempat yang baru mereka mulai belajar untuk mengenal medan dan lingkungannya. Sehingga perjalanan dakwah mereka berkembang dengan pesat. Seperti dakwah di Madinah oleh Mus’ab bin Umair dan sahabat lainnya.

Dari sinilah setiap aktivis perlu mengenal dengan betul wilayahnya. Sehingga dapat mengenalpasti dengan cepat mana satu peluang dakwah dan mana pula yang menjadi penghalangnya. Sehingga ia dapat mempersiapkan diri untuk keadaan tersebut. Bila menemui halangan ia dengan cepat menyelesaikan dan mencari jalan keluarnya.

5. Al-Harakiyah (Gerakan Dakwah)
Penguasaan harakiyah pun menjadi aspek Tarbiyah Dzatiyah yang perlu diperhatikan sehingga setiap mukmin dapat mengekalkan keseimbangan dan kelajuan dakwahnya. Ini mungkin terjadi apabila seorang mukmin itu dapat menyelami seni dan liku-liku perjalanan dakwah serta pergerakannya. Pemahaman terhadap gerakan dakwah yang tepat akan melahirkan sikap pendakwah yang mengerti benar tentang sikap apa yang harus dilakukan untuk kepentingan dakwah.

Sebagaimana yang dilakukan Hudzaifah Ibnul Yaman ketika masuk ke tengah barisan musuh. Ketika malam yang gelap dan mencekam seperti itu, Abu Sufyan sangat khuatir pasukannya intip. Sehingga ia mengumumkan agar seluruh perajurit seharusnya mengenali siapa yang ada di kiri kanannya. Setelah selesai memberikan arahan itu Hudzaifah lantas memegang tangan orang yang ada di sisi kanan dan kirinya sambil menanyakan siapa engkau. Tentu saja mereka menjawab saya fulan bin fulan. Dengan kepantasan dan kebijaksanaannya itu, Huzaifah tidak ditanya orang.

Sumber:
Buku " Tarbiyah Dzatiyah", Abdullah Bin Abdul Aziz Al-Aidan
http://my.opera.com/azmibhr/blog/tarbiyah-dzatiyah