Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Thursday, August 4, 2011

Mutiara Ramadhan 5: Keistimewaan orang berpuasa

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,
Ketahuilah bahawa puasa yang sedang kita jalani ini merupakan jalan singkat untuk mendapat rahmat, pahala dan keberkatan dari Allah.
Orang-orang yang berpuasa merupakan golongan yang terpilih, special, dan mempunyai keistimewaan pada hari qiamat. Sahal bin Sa’ad berkata bahawa Nabi (saw) bersabda:
“Sesungguhnya syurga itu mempunyai sebuah pintu, disebut “rayyan”. Akan diseru pada hari qiamat: “ Mana orang yang berpuasa?”. Lalu bila orang yang terakhir dari mereka telah masuk, maka pintu itupun ditutup”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Puasa ini juga bakal menjadi pembela dan pemberi syafaat kepada kita. Menurut Abdulah bin Umar (ra), Nabi (saw) bersabda:
“Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat bagi hamba, pada hari qiamat. Berkata puasa: “Ya Tuhan, Engkau larang ia makan dan memuaskan syahwat pada waktu siang, dan sekarang ia meminta syafaat padaku kerana itu”. Dan berkata pula al-Quran: “ Engkau larang ia tidur pada waktu malam, sekarang ia meminta syafaat padaku mengenai itu”. Maka syafaat kedua merekapun diterima oleh Allah.”
(Hadis Riwayat Ahmad)

Orang yang berpuasa akan bergembira apabila bertemu dengan Tuhannya nanti seperti hadis dariAbu Hurairah bahawa Nabi (saw) bersabda:
“ Dan orang yang berpuasa itu beroleh dua kegembiraan yang menyenangkan hati: di kala berbuka, ia akan bergembira dengan berbuka itu, dan di saat ia menemui Tuhannya nanti, ia akan gembira kerena puasanya.”
(Hadis Riwayat Ahmad, Muslim dan an-Nisa’i)

Jelas kepada kita status atau kedudukan orang-orang yang berpuasa. Memang dalam mengerjakan puasa itu terdapat kesukaran, keletihan dan kesusahan. Memang puasa memerlukan pengorbanan dan kesabaran. Tetapi yakinlah dengan janji Allah melalui lisan Nabi-Nya ini. Puasa bakal memohon syafaat bagi kita. Kita mempunyai keistimewaan dengan pintu khas untuk masuk ke syurga. Dan kita akan bergembira bukan sahaja ketika berbuka tetapi juga apabila kita bertemu dengan Allah nanti. Inilah kegembiraan yang hakiki.

Semoga Allah menggabungkan kita ke dalam orang-orang istimewa dan memperoleh syafaat dari puasa yang kita kerjakan.

Prof Dr Omar Yaakob

"Ramadhan...bermulanya suatu perubahan"

Tuesday, August 2, 2011

Mutiara Ramadan 3 :Sahur Yang Penuh Berkat

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Di antara sunat puasa yang sering dipandang ringan oleh ramai umat Islam kini ialah bersahur. Bersabda Nabi (saw):
“ Makan sahurlah, kerana makan sahur itu berkat.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis lain, Nabi (saw) bersabda:
“ Bersahur itu berkat maka janganlah kamu tin ggalkan, walau seorang di antaramu hanya meneguk air. Kerana Allah dan para Malaikat-Nya akan men gucapkan selawat kepada orang-orang yang bersahur”.(Hadis Riwayat Ahmad)

Dan adalah disunatkan kita melewatkan sahur tersebut, seperti dinyatakan oleh ‘Amar bin Maimun mengenai para sahabat Nabi (saw):
“Para saha bat Nabi Muhammad (saw) itu adalah orang-o rang yang paling bersegera berbukanya dan paling lambat bersahurnya” (Hadis Riwayat Baihaqi)

Di sana terdapat hikmah dan berkat yang besar dari sahur dan melewatkannya. Pertama, ia memberi kekuatan kepada yang berpuasa. Tetapi lebih besar ertinya pada kita ialah sahur memberi peluang untuk mendapat ucapan selawat dari Allah dan para malaikat. Bukan mudah untuk kita melayakkan diri menerima ucapan selawat daripada Pencipta dan Penguasa Alam dan para malaikat-Nya. Ini merupakan satu anugerah yang perlu direbut oleh setiap insan.

Mengingatkan anugerah ini, pastinya tidak terlalu sukar untuk kita bangun esok pagi untuk bersahur.

Satu lagi hikmah yang besar dari sahur yang lewat ialah ia akan memastikan kita berjaga di penghujung malam menjelang subuh; satu saat yang amat mustajab untuk berdo’a. Ambillah peluang bangunnya kita pada waktu sahur untuk menunaikan dua rakaat solat tahajjud atau hajat dan berdo’alah kepada-Nya Yang Maha Mendengar.

Di samping itu, bangunnya kita untuk bersahur menjelang subuh akan memastikan agar kita dapat solat subuh di awal waktunya; satu amalan yang amat disukai. Menurut sebuah hadis dari Abu Mas’ud al-Ansari:
“ Bahawa Rasulullah (saw) melakukan solat subuh di saat kelam pada akhir malam (di awal waktu subuh), kemudian pada kali lain dilakukannya ketika hari mulai terang. Setelah itu solat tetap dilakukannya pada waktu gelap tersebut sehingga beliau wafat, dan tidak pernah lagi pada waktu hari telah mulai terang.” ( Hadis Riwayat Abu Daud dan Baihaqi)

Di samping itu, berkesempatan pula kita bersolat sunat subuh yang disebutkan oleh Nabi (saw):
“Dua rakaat sunat subuh itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (Hadis Riwayat Ahmad, Muslim, Tirmidhi dan an-Nisa’i)

Oleh itu, kita tidak boleh memandang sahur hanya sekadar untuk makan menambah tenaga bagi menguatkan badan; mungkin tidak diperlukan jika seseorang merasakan dirinya telah kuat. Tetapi sahur adalah lebih dari itu; ia adalah satu sunnah Nabi, melakukannya memberi kita peluang mendapat selawat dari Allah dan para malaikat, peluang untuk berdo’a di saat yang mustajab, dapat solat subuh di awal waktu dan dapat pula bersolat sunat yang begitu besar ganjarannya.

Semoga Allah mempermudahkan kita untuk istiqamah di atas sunnah Nabi-nya

Prof Omar Yaakob
Johor Bahru

'Ramadhan...bermulanya suatu perubahan'

Mutiara Ramadhan 2 : Puasa merintis jalan taqwa

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Allah swt berfirman, maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kami berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-o rang sebelum kamu agar kamu bertaqwa. (Surah al-Baqarah: 183)

Ayat ini merupakan ungkapan yang menitahkan fardhu puasa pada tahun kedua hijrah. Di samping menyatakan kewajipan puasa, ayat ini juga menyatakan tujuan dari ibadah puasa kita “agar kamu bertaqwa”.
Darjah taqwa adalah darjah tertinggi yang boleh dicapai oleh seorang hamba. Orang yang bertaqwa dijanjikan syurga oleh Allah:
“ Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan syurga-syurga yang penuh kenikmatan di sisi Tuhannya” (Surah al-Qalam:34)
“ Dan bersegeralah kepada keampunan dari Tuhan-mu dan syurga yang bidangnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” (Surah ali-Imran: 133)

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,
Orang-orang yang bertaqwa akan memperolehi hidayah yang Allah turunkan di dalam al-Quran:
“Alif, Lam, Mim. Kitab al-Quran ini tidak ada keraguan di dalamnya petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa.“ (Surah al-Baqarah: 1-2)

Orang-orang yang bertaqwa bukan sahaja mendapat kejayaan di akhirat bahkan layak mendapat bantuan Allah di dunia lagi. Firman Allah bermaksud:
“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka¬-sangka.”(Surah at-Talaq: 2-3)

Orang-orang bertaqwa merupakan orang yang paling mulia di sisi Allah:
“Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa dari kalangan kamu” (Surah al-Hujurat: 13)

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,
Oleh itu, taqwa adalah darjat yang begitu tinggi, yang melayakkan seseorang menjadi orang paling mulia, dijanjikan syurga, diberikan hidayah dan keampunan serta diberikan bantuan sejak di dunia lagi.
Pasti untuk memperolehinya agak sukar. Namun kini peluangnya terbuka luas dengan tawaran istimewa dari Allah SWT.
Janji Allah, jika kita berpuasa dengan sebenar puasa, pasti kita kan mencapai darjat taqwa. Marilah sama-sama kita berdoa dan berusaha untuk memastikan agar puasa kita Ramadan ini mampu melonjakkan kita ke darjat taqwa. Amin.

Prof. Dr. Omar Yaakob
Johor Bahru

"Ramadan...Bermulanya Suatu Perubahan"

Mutiara Ramadhan 1 : Ramadhan, Bulan Dirindui

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita dipanjangkan usia untuk berada di awal Ramadan. Inilah yang sering kita doakan:
“ Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya ’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.”
Kita juga bersyukur kerana malam ini kita dapat bersama dalam majlis solat terawih, salah satu sunnah yang amat diberatkan pada bulan Ramadan. Semoga Allah memanjangkan umur kita bagi memperoleh segala keberkatan Ramadan dan mengekalkan kita dengan iltizam dan komitment kepada solat terawih.

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Rasulullah (saw) diriwayatkan sebagai bersabda ketika menjelang Ramadan bermaksud:

“Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadan, bulan berkat, Allah telah mewajibkan ke atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka dan ditambat para syaitan, Pada bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan. Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia rugi.”
(Hadis riwayat Ahmad dan An-Nasai)

Demikian bunyi pengumuman yang dibuat oleh Rasulullah (saw) setiap menjelangnya Ramadan.
Pengumuman ini membayangkan bahawa kedatangan Ramadan adalah satu peristiwa yang amat bermakna bagi mukmin. Puasa pada siang harinya adalah salah satu syi’arnya yang penting. Tetapi bukan itu sahaja yang terdapat pada bulan ini. Adalah rugi kiranya kita terlepas dari mendapat manfaat dan keberkatan lain yang begitu banyak di dalamnya.
Rasullullah (saw) menegaskan bahawa Ramadan bukan sahaja bulan kita berpuasa tetapi ia datang dengan penuh keberkatan, yang mana jalan untuk beramal begitu luas terbentang, jalan untuk mendapat pahala berlipat ganda dipermudahkan, jalan ke arah dosa dipersempitkan. Ini merupakan pemberian Allah yang tiada tolok bandingnya.

Nah.. jika begitu. Kita tanyakan diri kita pada malam pertama ini. Mahukah kita menerima tawaran dan pemberian Allah ini? Mahukah kita menjadi hamba-Nya yang mendapat keberkatan lailatul-qadr yang lebih baik dari seribu bulan yang bersamaan lebih 83 tahun.. mungkin melampaui kadar umur kita?

Sebaliknya ingatlah pesanan di hujung hadis tersebut:
“Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia rugi”.

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Maka pada malam ini, marilah kita tetapkan niat kita untuk menimba sebanyak mungkin keberkatan pada bulan Ramadan. Pada malam ini, kita tingkatkan komitment kita untuk rakus dan haloba mencari pahala. Malam ini juga kita pasang janji kita untuk berlumba memanfaatkan masa yang begitu terhad untuk beramal dan beribadah. Pada malam ini kita bulatkan tekad untuk tidak tergolong ke dalam golongan yang rugi.

Prof. Dr. Omar Yaakob
Johor Bahru

"Ramadan...Bermulanya Suatu Perubahan"

Mutiara Ramadhan 3: Sahur Yang Penuh Berkat