Showing posts with label Kerja. Show all posts
Showing posts with label Kerja. Show all posts

Friday, August 26, 2011

Fatwa Islam Tidak Menyukai Cuti ?

stat hari nih, kawan2 serumah dah mula balik kampung...kawan2 sekerja jugak akan balik kampung...aku?? aku sendirian di depan laptop...menyiapkan projek yang tak siap2...tiba2 teringat email2 lama ustaz Faridul Farhan....

apapun, dalam kesedihan, aku tak nak ulas apa2...just nak share....selamat membaca:

[GEMPAR!!]: Fatwa Islam Tidak Menyukai Cuti (?)


Izinkan saya mengeluarkan kata-kata kontroversi. Perlu juga saya keluarkan, biarpun saya tahu akibatnya orang akan berpusu-pusu mengecam saya.

Saya rasa, ingin saya “fatwakan” di sini betapa Islam sebenarnya membenci cuti. Apa? Islam membenci cuti? Ya, itulah fatwa saya, Islam sebenarnya membenci cuti. Maka Malaysia sedang melakukan suatu perkara yang sangat bertentangan dengan Islam, lantaran Malaysia adalah sebuah Negara yang maha kaya dengan cuti.

Tapi, kenapa bisa ada fatwa yang sebegitu sekali? Sebab, bila cuti, bererti pejabat-pejabat kerajaan akan tutup. Bila pejabat kerajaan tutup, maka kita tidak dapat berurusan. Bukan urusan bank, atau urusan nak buat passport atau I.C, atau urusan pembayaran bil, atau urusan-urusan lainnya yang dihiraukan, tapi betapa di Malaysia , seakan-akan jika ada seseorang mahu memeluk Islam, ia hanya dapat dilakukan pada waktu pejabat sahaja. Ya, waktu pejabat sahaja.

Inilah yang sangat menghairan saya. Entah sejak bila wujud fatwa sebegini, iaitu seseorang manusia yang berminat untuk memeluk Islam, hanya akan sah keislamannya, apabila ianya didaftar di pejabat Agama, di hadapan pegawai agama (atau tepatnya ketuanya sahaja atau tok kadi), pada waktu pejabat sahaja. Di luar waktu itu, maka maaf, “tiada keIslaman buatmu.” Waduh…. persis ungkapan “tiada maaf buatmu.”

Lebih malang lagi, proses keislaman seseorang itu harus mengambil masa yang panjang, dengan menyelusuri proses birokrasi yang kejam, tapi, dalam urusan sunat-menyunat dan penukaran nama kepada nama Islam, harus dilakukan dengan serta-merta! Pelik, seakan menyunatkan orang lebih utama daripada memintanya mengucapkan syahadah. Aneh, seakan nama Chew atau Chai atau Ah Seng atau Pradip yang tidak membawa sebarang maksud, adalah haram digunakan dalam Islam, tapi nama-nama seperti Awang atau Wan atau Tengku yang juga tidak membawa sebarang maksud, bahkan tidak bisa dieja dalam bahasa arab pun (lantaran bahawa arab tak mengenal huruf “nga” atau “G”) bisa pula diberikan pengecualian. Aduh… bagaimana bisa wujud diskriminasi kaum dalam Islam? Saya sangkakan, Islam adalah rahmatan lil ‘alamin (rahmat bagi sekelian alam), rupanya Islam hanyalah rahman lil Melayu sahaja.

Lebih aneh, sebarang nama berbunyi kecinaan atau keindiaan atau kenepalan harus segera diIslamkan/ diarabkan, tapi kenapa nama-nama orang Putih tak pernah pula ditegur? Lihatlah sahaja masyarakat kita, lihatlah sahaja artis-artis, berapa ramai di kalangan umat kita yang kini mengimplementasikan trend mutakhir mengguna-pakai nama orang putih? Ada sesiapa boleh khabarkan pada saya maksud nama Sofea Jane? Jane tu dalam bahasa arab maksudnya apa? Jin ke? Atau Diana Danielle? Dan lain-lain seumpamanya? Sedar tidak sedar, kita telah menunjukkan diskriminasi di sini. Nama-nama cina dan India kita larang, tapi nama-nama melayu yang tiada makna kita halalkan. Bahkan, nama-nama orang putih pun tak pernah menjadi masalah buat kita. Lalu, Islam pun terprotret dengan gambaran “kasta”, di mana cina dan India hanya selaknya menjadi orang islam second class, sedang orang putih tetap menjadi bangsa kebanggaan dan ikutan.

Ketika gereja-gereja membuka “kaunter” untuk orang memeluk agama mereka 24 jam, ketika gelombang pemurtadan beralun ombak dengan berbondong-bondongan (berbondong-bondong orang murtad), ketika golongan free thinker semakin mendapat perhatian dan tempat (mungkin kerana free kot…), orang-orang yang mahu memeluk islam pula tersekat dengan syarat-syarat yang sangat memalukan: pengIslaman anda hanya di waktu pejabat.

Ini bererti, untuk menggalakkan dan membolehkan lebih ramai orang memeluk Islam, kita harus panjangkan atau setiap harikan waktu pejabat. Bererti tiada cuti. Oleh itu, saya memfatwakan betapa islam tak menyukai cuti, untuk membolehkan lebih ramai orang memeluk islam. Hahaha…..

p/s – fatwa ini bisa berubah bahkan terbatal, andainya Jabatan agama lebih “mesra pelanggan” dan lebih bersungguh-sungguh membantu pengIslaman orang ramai.

p/s 2 –Maaf saya kepada artis-artis yang saya gunakan sebagai contoh.

p/s 3 – sesiapa yang nak melenting membaca fatwa saya ini, saya minta anda bantu dulu orang-orang yang bersungguh mahukan Islam tapi tersekat dek sikap birokrasi gila Jabatan Agama, seperti cleaner tempat saya, sebelum anda mencaci-maki saya. Itu jauh lebih bermanfaat berbanding anda sekadar menjadi pengkritik yang lepas tangan. Saya tunggu bantuan anda.


Mukhlisah Nur: amik dari Email

Faridul Farhan Abd Wahab “Jadilah Dai’e, bukannya mufti”

Friday, August 27, 2010

Bantuan Pendidikan

Sy baru balik dari Tuaran, sempat buat talk sedikit dengan adik2 tingkatan 6 rendah mengenai Kolej Jaiputra. Kolej nih sudah 12 tahun kat Kelantan. Ia dibuka untuk kebajikan orang Islam. Kerana itu, kolej ini berbeza dari segi pengajian dan yurannya. Di sini pelajar boleh mengambil 2 pengajian secara serentak, pengajian Islam dan profesional. Yuran? Yurannya sangatlah murah berbanding kolej2 swasta yang lain.

Selesai bagi talk, macam biasa sesi Q&A menyusul. Dan soalan yang biasa sy terima adalah berkaitan dengan yuran kolej dan pinjaman PTPTN. Tak faham sy, kenapa duit selalu menjadi masalah untuk belajar terutama sekali ibubapa di Sabah.

Sepanjang perjalanan balik ke UMS, berkali-kali sy fikirkan kenapa? Kenapa duit selalu jadi masalah untuk sambung belajar?

Ya....akhirnya sy temui jawapannya. Mungkin sebab di awal-awal lagi kita telah ditanamkan bahawa bila ada duit sahaja baru dapat belajar. Tak dapat masuk matrikulasi atau diploma UITM, amik STPM pun jadi lah. Tapi bagaimana dengan adik2 yang tak mampu nak amik STPM tapi ada keinginan untuk amik diploma? Takkan kerja kat pasaraya milimewa/giant jak?

Sy faham, kalau kat sini rata-rata mengharap bantuan. Rata-rata mengharapkan dapat belajar secara percuma. Mungkin ada yang bertanya, kenapa kolej ini minta yuran pengajian sedangkan ia adalah kolej untuk menjaga kebajikan orang Islam? Kenapa tak bagi free? Kenapa perlu buat pinjaman PTPTN?

Jawapannya mudah. Kalau bagi free, adakah kita akan belajar bersungguh-sungguh? Adakah kita akan hargai peluang dapat belajar secara free? Rasanya, adik2 tahu jawapannya. Lihat sahajalah, sepanjang berada di sekolah rendah/sekolah menengah. Yuran tidaklah mahal sangat pun, tapi itu pun kita tak hargai. Bahkan, rata-rata kalau ke sekolah, guru-guru selalu mengadu masalah disiplin dan akademik pelajar muslim. Ada juga pelajar Muslim yang ok tapi tak banyak.

Wallahu'alam

Thursday, August 19, 2010

Buku-Buku untuk dipinjam

Ada banyak lagi buku. InsyaAllah ada kelapangan, sy upload gambar. Kalau nak pinjam, sms jak ke no.hp sy: 014-352 3512(Hanya untuk sahabat-sahabat yang dikenali dan terdekat)





















Thursday, July 29, 2010

Lunbawang...

Dah dapat lesen kereta? Sepatutnya 23hb julai lepas, sy ada ujian memandu JPJ, tapi tiba2 terpaksa ke SMK. Trusan, Lawas, Sarawak huhuhu....

Saya berada di sana selama 3 hari 2 malam, program Kem Motivasi Kecemerlangan PMR 2010. Ada banyak perkara yang saya lalui sepanjang berada di sana. Sama ada sedih, gembira, suka, segala perasaan bercampur baur.

Difahamkan sekolah ini merupakan sekolah yang paling 'teruk' di daerah ini. Pelajar malas dan agak kurang berdisiplin. Tapi kagum melihat kesungguhan guru-guru di situ cuba untuk merubah keadaan yang sedia ada. 90% pelajarnya adalah non-muslim dan daripada 600 org pelajar, hanya dalam 64 orang pelajar Muslim. Pelajar non-muslim terdiri daripada bangsa Lunbawang, Cina, Tagal. manakala pelajar Muslim kebanyakkannya Melayu Sarawak. Sedih bila melihat pelajar2 muslim sama saja seperti pelajar non-muslim, terutama sekali dari sudut pergaulan.

Sepanjang berada di sana, saya bertindak sebagai penceramah. Dibantu oleh 2 orang rakan sekerja. Seronok bila kita dapatberkongsi ilmu dengan pelajar di sana walaupun adakalanya kami berdepan dengan masalah komunikasi. Rupanya mereka selama ini menggunakan bahasa Lunbawang sebagai bahasa harian sama ada di sekolah atau di luar. Sehingga guru-guru di situ terpaksa belajar menguasai bahasa tersebut untuk memudahkan mereka 'masuk' dengan pelajar2nya.

Adakalanya, saya terfikir, kalau nak jalankan kerja dakwah kat sini rasanya kena kuasai dulu bahasa Lunbawang...hehe