Friday, May 6, 2011

SMK Umas-Umas, Tawau

Saya dijemput memberi talk kepada adik-adik SPM SMK Umas-Umas, Tawau. Ini kali pertama saya ke sini. Sekolah nih terletak jauh dari bandar Tawau. Lebih kurang dalam 30-50 KM. Apa yang menarik, sepanjang perjalanan ke sana, mata kami dihidangkan dengan pemandangan hijau yang sungguh mempesona...Maklumlah kawasan felda.

Sejujurnya, semangat untuk bertemu adik-adik di sini adakalanya di sulami dengan perasan gemuruh dan gementar. Ada dua sebab utama. Yang pertama, saya hanya sempat menyediakan bahan slide semasa dalam perjalanan ke Tawau(dalam bas) dan semasa ke sekolah tersebut (dalam kereta). Sebab kedua, saya difahamkan ke semua pelajar kursus pada hari tersebut adalah anak-anak peneroka felda. Kalau secara biasanya, kebanyakan peneroka felda tidak mempunyai pelajaran yang tinggi. Dan biasanya mereka mengambil pekerja asing untuk menguruskan ladang sawit masing-masing. Apa yang membimbangkan saya, bagaimana saya harus memotivasikan adik-adik ini andai mereka mengambil contoh ibubapa sendiri?

Bayangkan, andai setiap hari kita lihat ibu bapa kita bangun pagi, sarapan, nonton TV, makan tengah hari kemudian tidur tapi setiap bulan duit masuk ke dalam akaun 2-3K. Adakah anda akan merasakan yang pelajaran itu penting sedangkan depan mata hari-hari melihat ibubapa yang tidak mempunyai pelajaran tinggi tapi setiap bulan dapat duit sama macam gaji lepasan ijazah.

Puas saya memikir, apa yang perlu saya sampaikan kepada adik-adik ini bagi memahamkan mereka betapa pentingnya mereka fokus dengan SPM tahun ini. Hingga akhirnya saya terjumpa ayat ini pada slide saya:

Siapa yang berkehendakan dunia, dia mestilah mempunyai ilmu, sesiapa yang berkehendakan akhirat, dia hendaklah mempunyai ilmu; Siapa berkehendakan kedua-duanya maka hendaklah ia mempunyai ilmu Riwayat Muslim

Hadis ini menyedarkan kepada saya bahawa satu kesilapan besar andai saya menanamkan semangat belajar di kalangan adik-adik tersebut dengan tujuan supaya senang dapat kerja di masa akan datang ataupun suapaya tidak melarat seperti pengemis/anak-anak jalanan dsbg.

Rasanya kebanyakan ibubapa juga mempunyai harapan yang sama, menghantar anak-anak ke sekolah supaya masa akan datang tidak menganggur. Yah, tidak salah andai kita memang ada niat/impian seperti itu. Namun, sebagai seorang muslim, alangkah untungnya andai apa sahaja yang kita lakukan, kita niatkan bukan sahaja untuk kebaikan di dunia tetapi juga di akhirat sana. InsyaAllah kalau niat/matlamat kita mencari ilmu lurus, insyaAllah dengan sendirinya ilmu itu akan mengangkat kita bukan sahaja di dunia tetapi paling penting di akhirat sana.

Program ini dimulakan dengan majlis perasmian ringkas oleh Penyelia STF (Skim Tuisyen Felda). Melalui ucapan beliau, dapatlah saya fahami betapa beruntungnya anak-anak felda. Terlalu banyak kemudahan yang disediakan(@sememangnya menjadi hak). Mereka bukan sahaja disediakan kelas tuisyen tetapi bagi pelajar yang berjaya mendapat keputusan yang baik akan diberi biasiswa. Hal ini dapat saya lihat di sekitar sekolah terpampang di papan kenyataan maklumat-maklumat untuk mendapatkan biasiswa ataupun melanjutkan pelajaran.


Selesai majlis perasmian, saya mulakan talk dengan membuat sedikit warming up dan sesi taaruf. Dalam sesi taaruf, setiap pelajar diminta untuk memberitahu nama samaran dan maksud nama samaran. Wah...macam-macam nama samaran. Yang pasti kurang dari mereka yang tahu maksud nama panggilan mereka.

Adik-adik,
Tahu tak kenapa nama panggilan tuh sangat penting? Yup...doa....memang setiap nama panggilan adalah satu doa. Nah....rugilah kalau nama panggilan kita sudah tidak tahu apa maksudnya, mendengar sahaja sudah agak jelek. Menurut seorang pakar motivasi, kalau kita nak berubah, kita jugak kena tukar nama panggilan kita. Mana lah tahu kalau selama ini kita dipanggil dengan gelaran yang tidak baik maknanya, akhirnya ia menjadi satu doa.

Pengisian seterusnya berkisar tentang penggunaan otak kiri dan kanan serta gaya belajar dan kemandirian setiap pelajar. Pelajar juga didedahkan dengan teknik belajar bagi setiap gaya belajar yang mereka miliki. Sejujurnya, saya bukanlah orang yang paling sesuai berkongsi dengan pelajar hal-hal sebegini tetapi saya yakin perkongsian ini dapat membantu mereka memaksimumkan kaedah belajar yang sesuai dengan personaliti mereka tanpa perlu merasa tertekan @ stress.

Sebelum majlis penutupan, sedikit sesi muhasabah dilakukan. Terkejut saya dengan adik-adik di sini.... Saat saya memberikan pengisian, satu-persatu saya lihat pelajar meniitiskan air mata. Ada juga yang cuba menahannya sehingga muka kelihatan merah tetapi pada akhirnya mengalir juga air mata di pipi adik-adik ini. Subhanallah....begitu mudah untuk menyentuh hati-hati mereka tak kira lelaki apatah lagi yang perempuan. Sehingga pada akhirnya, saya mengenepikan persepsi awal saya bahawa adik-adik ini sukar untuk dimotivasikan ternyata mempunyai hati yang lembut.



Sempat saya temukan sebuah artikel tentang menangis:

"Hati yang mudah menangis adalah hati yang lembut"

Seorang Tabi’in berkata : “siapa diberi ilmu dan tidak membuatnya menangis maka lebih baik baginya untuk tidak diberi ilmu, kerana Allah telah menerangkan bahwa sifat orang yang berilmu itu adalah menangis”. (Riwayat Ad-Daraami)

Berarti urutannya ;

ilmu akan mengantarkan seseorang untuk beriman, dan iman pula akan membuat hati seseorang itu menjadi lembut, dan hati yang lembut akan membuat seseorang itu mudah menangis.

Jadi, menangis adalah sebagai tanda kelembutan hati.



"Warming Up"
Ta'aruf














2 comments: