Friday, January 15, 2010

Hikmah gagal exam

Hikmah is an Arabic word meaning wisdom. In Islam, Allah is viewed as All-Wise (Qur'an 45:37) and messengers are given scripture and wisdom (Qur'an 2:129). Muslims believe that those who reject faith in God are rejecting wisdom. "The parable of those who reject Faith is as if one were to shout like a goat-herd to things that listen to nothing but calls and cries: Deaf, dumb, and blind, they are void of wisdom." (Qur'an 2:171).


bila ada masalah, antara nasihat yang selalu kita dengar:

"Sabarlah, ada hikmah semua tuh"

Hikmah?? Hikmah hanya akan dirasai bagi orang yang bersangka baik dengan Allah. Bersangka baik dengan takdirnya. Bersangka baik dengan semua orang. Akhirnya kita akan rasakan hikmah di setiap kejadian yang berlaku.

BENCANA ALAM

Tsunami, letusan gunung berapi dll. Kenapa Allah ciptakan semua ini?? Bukan sahaja ramai manusia yang mati, tapi kerosakn demi kerosakan berlaku. Apa hikmah semua ini?

Saya cuba mencari jawapannya.

Ada yang kata supaya orang yang masih hidup ambil iktibar: Ya. Memang betul.

Ada yang kata supaya tanah di sekitarnya menjadi subur: ya. jugak betul.

dan lain-lain pendapat.

Beberapa minggu lepas, saya menonton rancangan TV mengenai bencana alam. Saya temui hikmah dari sudut sains. Rupanya bencana alam seperti letusan gunung berapi, glasierdan sebagainya, semuanya penting untuk keseimbangan kandungan Bumi...Subhanallah...!! Hebatnya segala ciptaan Allah.

GAGAL EXAM.

Anda pernah gagal exam??

Hari rabu yang lepas,sy dikejutkan dengan berita kegagalan sahabat saya(Pelajar Perubatan) dalam satu subjek perubatan. Ini kali kedua. Semester lepas, dia gagal satu subjek juga jugak. Mujurlah dia hanya perlu mengulang subjek tersebut bukan mengulang tahun.

Sebagai sahabat, sy turut sedih dan menangis semahu-mahunya. Sy sangat sedih.

Tapi sy yakin segalanya ada hikmah di sebaaliknya. Sy tahu dalam ramai-ramai pelajar perubatan di university kami, hanya dia seorang yang Allah pilih untuk gagal kerana hanya dia sahaja yang mampu berdepan dengan ujian kegagalan. Allah memberi ujian bukan berdasarkan IQ, kekayaan atau appun tetapi Allah beri berdasarkan kemampuan. Ya...sy yakin hanya sahabat sy sahaja yang mampu berdepan dengan kegaagalan.

Sy bertambah sebak bila sahabat sy menyatakan bahawa dia gagal mungkin kerana dia terlalu mengejar sesuatu hingga Allah uji untuk menyedarkannya. Dia juga menyatakan mungkin Allah uji kerana dia masih belum ‘terbentuk’ lagi. Subhanallah, segala puji hanya bagi Allah yang menyelamatkan hati sahabat sy daripada bersangka buruk dengan takdir-Nya....

TERBENTUK

Ya...sy sangat setuju dengan luahan hati sahabat sy. Sy juga pernah merasai kegagalan dalam peperiksaan. Sy juga pernah merasai bagaimana bila kita tersenarai antara pelajar yang tercorot di university. Sejujurnya, sy sangat kecewa. Daripada pointer 3 lebih, poiter sy jatuh dan terus jatuh.

Tapi selesai berdepan dengan ujian-ujian tersebut, baru sy sedar segalanya ada hikmah. Mungkin sy masih lagi belum ‘terbentuk’. Ujian datang untuk membersihkan hati-hati yang kotor. Subhanallah, sayangnya Allah pada kita semua...!!
Dengan kegagalan, sy belajar untuk menjadi humble di hadapan masyarakat. Sikap ego juga merosot. Sy belajar untuk merendah diri dan sedaya upaya bersangka baik dengan semua keadaan. Sy juga belajar untuk sentiasa memberi peluang kepada orang lain dan berfikiran matang. Sy tahu Allah beri ujian kerana mungkin sy masih tidak kuat. Jadi diberi ujian demi ujian agar sy jadi kuaat untuk ujian yang lebih besar nanti.......

Sy yakin segala perasaan yang sy alami ketika ujian tersebut, sahabat sy juga sedang mengalami proses-proses tersebut.

Apa yang penting, sentiasa bersangka baik dengan Allah. Dan Dia akan tunjukkan hikmahnya.

No comments:

Post a Comment